-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label banjir. Show all posts
Showing posts with label banjir. Show all posts

Monday, December 29, 2014

Cuaca yang sangat sejuk

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini, Cik Mimie seorang saja dalam office. Bos tak masuk, officemate seorang lagi cuti. So, melayan diri sensorang je la dalam office ni. Buat kerja apa yang patut, nak hujung-hujung tahun ni banyak nak kena settlekan. Cuaca hari ini pulak sangat-sangat lah sejuk, hujan dari pagi tadi sampai sekarang masih belum menunjukkan tanda-tanda nak berhenti. Kalau cuti ni, memang dah bergolek-golek atas katil..hahaha..Sebenarnya takde idea nak tulis apa, create je la entry merapu ni sekejap...jangan marah tau.. :)


Terpaksa pakai stoking sebab terlampau sejuk
-INFO TERBARU-

"Macam-macam kejadian yang berlaku sekarang ni, semalam dapat tahu pasal kapal tebang Air Asia QZ8501 dari Surabaya  - SIngapore hilang, semoga semuanya selamat dan segera dijumpai"

"Banjir di pantai timur pula makin meruncing, belum ada petanda air nak surut"

"Sesi persekolahan di Malaysia ditangguhkan selama seminggu JOHOR, KELANTAN, PAHANG & TERENGGANU pada 11 Januari manakala negeri lain 12 Januari"

P/s : Semoga Allah melindungi kita semua dan juga banjir di Malaysia kian pulih..Amin :(

Friday, December 26, 2014

Entri Tanpa Kata : Jumaat Yang Indah #17

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini merupakan hari Jumaat minggu terakhir bagi bulan Disember dan juga hari Jumaat penutup bagi tahun 2014. Selepas ini kita akan berjumpa dengan tahun baru 2015 pula..InsyaAllah.. cepat betul masa berlalu hanya berbaki 4 hari sahaja lagi kita akan berjumpa dengan tahun 2015. Seperti kita semua tahu tahun ni banyak betul dugaan bagi Malaysia yang terjadi. Apa yang Cik Mimie harapkan semoga Allah melindungi kita dan memberi keamanan serta menjauhkan musibah di Malaysia pada tahun-tahun akan datang. Amin..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfZeEvLL-MWq9MXZXaOzmtbU2SGqA1hPoaUtFabbP-yKzxlB__iTz_LLvPJTM4RjNGs1ZRz_O0gu5m2idOityBJOV_qYJo8FO40dv4b4PdCz_2aEgDvH0JDy9KY15_dnIIfewb3sf1KeQ/s640/IMG-20140418-WA0025.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1heFbpLBsrbmCjvV5i7n3L3alwddFliS0pZcHhLFTfTjBAlTBPO81mLwpvUY3w0Cw6HuxWeZXPQ6Lo-HaVnSUGb2kdjMkXlqdiI7yUPwJVdEvPrUK_K9wIF8ipP64UMCCBer4UuzD8YI/s1600/IMG_56319415469867.jpeg

Sumber : Google Image

p/s : PRAY FOR PANTAI TIMUR, BAGI KAUM ADAM JANGAN LUPA SOLAT HAJAT SELEPAS SOLAT JUMAAT HARI INI.
300 x 250