-->
728 x 90

CARI APE TU?

Monday, October 3, 2016

Cara Daftar Permohonan Kebenaran Nikah Di Negeri Johor

Salam 1 Malaysia ^_^


Hai, Johor Girlsssss! Ada yang bakal kahwin tak lama lagi?
Dah daftar permohonan Kebenaran Nikah? 
Apa! belum lagi? 


Marilah kita mendaftar secara berjemaah!! hehehe.. Memandangkan Cik Mimie ni berasal dari Johor so, sebelum nak kahwin ni kena lah buat permohonan kebenaran nikah di daerah masing-masing. Permohonan boleh dibuat 3 bulan sebelum tarikh pernikahan U Olls. Ada yang nak tahu Cik Mimie Johor belah mana? SEGAMAT jerrr.. :P 

Actually, permohonan ini bukan untuk perempuan je tau, lelaki yang berasal dan bermastautin di Johor pun kena buat permohonan ni juga. Nasib baiklah tunang Cik Mimie satu daerah so, mudah lah untuk Cik Mimie menyelesaikan semua perkara ini.. Kat mana U Olls kena daftar? Hanya pergi ke laman sesawang e-NCR Johor je. Sistem ni kalau U Olls tak daftar U Olls TAK BOLEH KAHWIN TAU! Ha!! takut tak? takut tak? 

Ok, kalau bagi U Olls yang girls-girls ni berasal dari Johor dan pasangan pulak berasal dari negeri lain. U Olls je kena buat permohonan ini, untuk lelaki pulak kena dapatkan surat kebenaran nikah luar kawasan dari negeri masing-masing. Surat tu pulak U Olls kena lampirkan sekali dengan permohonan U Olls. So, jom kita mendaftar mudah dan cepat!

Cara Isi Permohonan di e-NCR
  • Layari laman sesawang seperti di bawah ini:

  • Bagi pengguna baru sila klik pada item No.2.
  • Tanda pada Box yang disediakan dan Klik Teruskan
  • Pilih No. Kad Pengenalan dan masukkan No. Kad Pengenalan, Klik DAFTAR
Note: Selepas daftar U Olls akan diberi No. Rujukan Pendaftaran dan juga Status Pendaftaran. Jika tidak aktif U Olls boleh telefon Pejabat Kadi Daerah masing-masing untuk mnegaktifkannya. Jangan risau No.tel setiap daerah akan diberi. Sila cetak untuk rujukan U Olls! *Status Pendaftaran Cik Mimie terus aktif, mungkin sistem sekarang dah update :)


  • Selesai mendaftar, sila log in dan masukkan semua maklumat yang diminta. Klik NIKAH>PEREMPUAN>PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH(Perempuan). Isi semua maklumat.
Nota : Bagi pasangan yang kedua-duanya berasal dari Johor, Cik Mimie sarankan daftar lah serentak sebab dalam satu kolum "Pasangan" Ia memerlukan No. Rujukan Pendaftaran pasangan. Just, masukkan No.rujukan tersebut Klik pada Jana Pasangan automatik semua maklumat mengenai pasangan akan keluar. Tak payah la U Olls nak taip lagi. Maklumat pun tak kan bercanggah :) Bagi pasangan luar Johor taip manual je lah :)



  •  Selepas selesai isi semua maklumat boleh lah Klik pada butang "Hantar Permohonan". Sila cetak maklumat berkenaan dan dapatkan tandatangan sesiapa yang terlibat. Disini, akan ada senarai dokumen yang kita perlukan seperti :
  1. Slip Permohonan On-line
  2. Kad Pengenalan
  3. Borang Pengesahan Saksi Permohonan Kebenaran Nikah
  4. 2 Salinan Kad Pengenalan 2 Orang Saksi
  5. 2 Salinan Kad Pengenalan Wali
  6. Surat Akuan Status Diri dari Ketua Kampung, Penghulu atau Majikan beragama Islam 
  7. Sijil Pra-Perkahwinan
  8. Laporan Pemeriksaan Kesihatan HIV
  9. Sijil Nikah Ibu Bapa

Dan beberapa lagi dokumen mengikut maklumat yang U Olls ini, jika wali bukan bapa kandung ada dokumen lain yang perlu disertakan. Bagi permohonan untuk lelaki hanya beberapa borang yang perlu diisi. So, lepas dokumen semua dah lengkap bolehlah hantar ke Pejabat Kadi Daerah yang U Olls dah pilih masa membuat permohonan. Bersedialah untuk di TEMUDUGA!

Cik Mimie belum hantar borang lagi, baru je mendaftar.. HAHAHA.. nanti Cik Mimie continue pasal temuduga pulak tau! Semakin berdebar-debar pulak rasa...:)

p/s : Macam mimpi je semua ni.. :P

7 comments:

  1. WAHHHH MUDAH LONI SENANG SANGAT

    ReplyDelete
  2. okay, yang ni boleh kasi dekat member yang duk sana. :D

    ReplyDelete
  3. klu yg khwin last minute tu cm na ye? sbnrnya isi online ngn manual mne lg sng ek? zmn skg ni smua online je

    ReplyDelete
  4. daftar kebenaran nikah di KL Xkena interview

    ReplyDelete
  5. nk kawin dah cik mimi ye. hehe. semoga majlis berjalan lancar ye

    ReplyDelete
  6. Bagus ni... Nak kawen nanti boleh bookmark entry ni.. he he he...

    ReplyDelete
  7. Boleh recommend kat kawan2 johor nanti

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250