-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label kelebihan bersahur. Show all posts
Showing posts with label kelebihan bersahur. Show all posts

Thursday, July 3, 2014

SEGMEN: BW sambil Menghayati Bulan Ramadhan

 Salam 1 Malaysia ^_^ 

Cik Mimie join Segmen dari Miss Nadia. Suka dengan konsep Segmen yang dianjurkan beliau, kita bukan sahaja dapat meningkatkan trafik dengan blogwalking blog peserta lain malah kita juga dapat berkongsi dan menambah ilmu pengetahuan mengenai kelebihan yang ada di Bulan Ramadhan ini.
Sama ada dari segi PEMAKANAN, KESIHATAN dan juga PERBUATAN.

http://kapas-putih.blogspot.com/2014/07/segmen-bw-sambil-menghayati-bulan.html
Klik-Klik Banner Untuk Join :)

 Dalam Segmen ni Cik Mimie nak berkongsi mengenai Kaifiyat/Kelebihan Bersahur :) Jom sama-sama kita menghayati bulan yang penuh keberkatan ini. SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK.

sumber : Google image

1.      Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat

2. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat

3. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur

4. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tudir sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas

5. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar

6. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur

7. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur.
 
Sumber Artikel : Kelebihan Makan Sahur

P/S Jom kita ramai-ramai memeriahkan segmen ini :)
300 x 250