Salam 1 Malaysia ^_^
Happy Tuesday u oll..Ades, Cik Mimie ngantok lah =_=" xtau nak buat apa. Kebetulan kerja takde hari ini, bos pun takde. Huhu.. Dok blogwalking je dari tadi.. ahak!
U olls, tengah buat apa petang2 ni? ada yang tengah keje jugak ke macam Cik Mimie ni? Meh la tegur2 Cik Mimie yang tengah kebosanan ni. Nak balik belum time lagi..hehehe..Ni pun tengah dok WECHAT dengan Sis Cik Mimie & Incik Comot nasib baik ada orang teman. ^_^
Erm, berbalik kepada tajuk entry u olls perasan tak yang sekarang ni Malaysia tengah dilanda musim panas @ kemarau. Cuaca tempat u oll macam mana? Dekat tempat Cik Mimie di segamat ni suhu 32ยบ, panas dia sampai nak buka mata pun sakit. Sekarang ni pun negara kita dah sibuk dengan krisis CATUAN AIR di tempat2 tertentu. Contohnya, di SELANGOR bermula hari ini semua penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan bermasalah akan menerima bekalan air selang 2 hari mengikut sisitem penggiliran antara 2 zon. Cik Mimie harap mereka semua bersabar dan pihak kerajaan akan melakukan sesuatu bagi mengatasi krisis ini.
Bagi tempat2 yang belum ada krisis catuan air ni, gunakan lah air yang ada dengan berjimat cermat. Ha, jangan lupa tadah air sebagai bekalan jika tiba2 air tiada di kawasan kita. Ingat tu u olls, jangan membazir.
Dengan cuaca sekarang ni Cik Mimie nak sarankan u olls juga memperbanyakkan minum air masak bagi mengelakkan diri kita mendapat apa2 penyakit.
Ok la u oll, sampai disini saja Cik Mimie merapu ye. Inilah kes orang xde kerja merapu..hehehe..Papepun, kita perlu bersabar dengan dugaan yang ALLAH bagi dekat kita ini. Hope, masalah ini tak berlarutan di negara kita. AMIN ^_^
p/s: Semoga ALLAH menurunkan hujan di bumi MALAYSIA..
No comments:
Post a Comment
sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda