-->
728 x 90

CARI APE TU?

Monday, January 31, 2011

Budak-Budak 308

Salam 1 Malaysia ^_^

Alhamdulillah, hujan da mula reda sikit malam ni. Cik Mimie harap sangat yang cuaca akan kembali seperti sediakala dan banjir di Segamat ni akan surut..Amin..

Haish, bila sunyi2+duduk sorang2 ni tetiba pulak Cik Mimie rasa rindu dengan kawan2 sebilik Cik Mimie masa mula2 Cik Mimie melangkah masuk ke Kolej dulu (2008). Mereka2 inilah orang pertama yang Cik Mimie jumpa.

Noor Aqilah Muhamad Ghawas (Qiela), Zhasazatul Sahera Azman (Sha), Nur Izzati Che Mohd Adna (Atie), Najwa Noor Azmi (Wawa), Nur Ambika Mohd Noor (Ieka), Nur Fatihah roslan (Te'ah), dan juga Nurul Hazirah Bahor (Iera).

I Love U All Bebeh!! Hope sgt friendship kte berkekalan dunia & akhirat. Entah bila la kita boleh hang out sesama lagi kn? macam dulu2..siyes!! rindu korang sume T_T.

KAMI mahu TERBANG

MANCHESTER UNITED *pompom gurls

Sha, Cik Mimie & Qiela

di pantai TELUK CEMPEDAK

MENUNGGU itu SERONOK

keSENGETan kami terserlah

kami di SINI SANA

berpoya-poya HOBI kami

KENANGAN yang tak boleh diULANGi

Rindu..rindu..rindu.

Picca2 ketika kami bersama yang ada dalam simpanan Cik Mimie. Walaupun tak banyak tapi ia sangat2 berharga bagi Cik Mimie, pastinya kenangan2 ini tidak bisa lagi Cik Mimie ulangi. Sesungguhnya mengenali mereka semua adalah satu kenangan yang indah di dalam hidup ini.

::PESANAN TOK KORANG::
Qiela: semoga ko sukses di UiTM melaka
Atie: chaiyok2 di UiTM machang
Iera: enjoy dengan praktikal di Johor.
Te'ah: sila kejar impian anda di UiTM jengka
Wawa & Ieka: Sudah jarang jumpa korg di kolej
Sha: Kita akan sama2 kejar cita2 kita.

Korang!! aku rindu sangat dengan korang. Jangan lupakan aku ye!! ^_^

p/s: Semester 1 yang paling kecoh dan tunggang langgang.

Cik Mimie Menang GA..Yyeeaayyhh!!!

Salam 1 Malaysia ^_^

Konichiwa...hait! hehe..wah, happynye Cik Mimie hari ini.
Mana tidaknya buka2 je blog, then klik kt shout box. ada org bagitahu Cik Mimie menang GA beliau. Orang yang dimaksudkan adalah Misztrex. * terima kasih banyak2 ye misztrex..sayunk kamu sgt2..hehehe ^_^

{pesanan yang ditinggalkan misztrex kpd Cik Mimie}

di bawah ini pula, senarai nama pemenang yang diumumkan oleh misztrex kat blog beliau.
ada 2 pemenang. Tahniah juga buat Wan Zulqhairi =)


hehe..sangat2 x sangka Cik Mimie hari ini.. rezeki tahun 2011..alhamdulillah!!
bertambah semangat la Cik Mimie nak join GA lagi lepas ni..^_^

p/s: Tuan ayam nampak di kaki, Tuan kita..siapa yang tahu?? ye dok??

Sunday, January 30, 2011

Hujan Oh Hujan

Salam 1 Malaysia ~_~


Erm, hari ini mood Cik Mimie tak berapa nak ada la. Mana tidaknya, dah berapa hari kampung Cik Mimie dilanda hujan lebat 24 hours. Niat nak keluar jumpa kawan-kawan pun terpaksa dibatalkan disebabkan hujan yang x berhenti-henti sejak beberapa hari ini.

Cik Mimie dengar-dengar dah ada beberapa kawasan di Segamat ni yang telahpun dinaiki air (banjir). Beberapa balai raya dan sekolah juga telah dibuka bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir. Erm, Cik Mimie berharap sangat sejarah yang lalu tidak kembali lagi iaitu banjir besar yang melanda Segamat kira-kira 4/5 tahun lalu. Ramai juga la mangsa terkorban dan rumah2 musnah disebabkan kejadian tersebut. Apa-apa pun Cik Mimie berdoa agar hujan ini akan berhenti dengan segera dan banjir2 ini hanya sementara. Amin ^_^

[keadaan bandar segamat ketika dilanda banjir 4/5 tahun lalu]

p/s: Hujan itu rahmat, semoga hujan yang turun ini membawa petanda yang baik. ^_^

HAPPY BIRTHDAY GIVEAWAY

Salam 1 Malaysia ^_^

[klik2 tok terma dan syarat]

Ohoi, Cik Mimie join GA lagi. Kali ini Cik Mimie tak ditag oleh siapa2, tetapi Cik Mimie telah di invite oleh tuan punya GA sendiri. *Toce2 Cik Anna.
GA ini adalah sempena besday beliau yang ke 23 pada 16 Jan yang lalu.
*heppy belated day cik anna =)
due date dia esok la! sempat lagi kan Cik Mimie nak join?
hehe..ok disini Cik Mimie nak seru semua untuk join GA ini. Rugi woo x join hadiah dia comel+hebat..wink3x ^_*

[picca Cik Mimie dan kawan-kawan]

Due Date: 31 Jan 2011

p/s: done!! hope me have a luck..wee..^_^

Friday, January 28, 2011

Cerita Kartun yang menjadi kegemaran ketika Zaman 90-an

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai u all..selamat hari Jumaat, disebabkan sekarang ni Cik Mimie sedang bercuti. Jadi banyaklah masa Cik Mimie habiskan dengan menonton rancangan televisyen di rumah bersama-sama dengan anak buah Cik Mimie. Kalau dah sebut bersama anak buah ni pastinya rancangan yang ditonton ialah cerita Kartun. haiisshh, x best kot cerita kartun sekarang ni rasa macam ntah apa2, ngarut pun ada..huhu

Tetiba Cik Mimie rindu nak tengok cerita kartun zaman Cik Mimie kanak-kanak. Ala, masa era 90-an dulu2, banyak kot cerita kartun yang best2. Contohnya macam cerita yang kat bawah2 ni.

::Sailor Moon::

Ini mmg cerita favourite Cik Mimie, sampai sekarang pun Cik Mimie still lagi berangan2 bilalah boleh jadi cam usagi ni..haaiisshh.."dengan kuasa bulan ku akan menghukummu".^_*

::Kluang Man::

Hero zaman kanak-kanak dulu. Bersama-sama Tiong Man membanteras jenayah.*"dia lah satria~~~lalalala"

::Usop Sontorian::

kisah hidup 3 sekawan usop, abu dan dol. Tidak lupa jugak singh, abang budin dan kak kiah yang banyak memeriahkan lagi cerita ini.

::Anak-anak Sidek::

5 beradik misbun, ajib, alan, aman dan adol dalam menurut segala kerenah ayah mereka yang menginginkan mereka menjadi pemain badminton yang berjaya.

::TomatoMan::

kisah tomatoman yang berasal dari negara buah-buahan dan beliau telah dilantik sebagai pahlawan istana yang kesepuluh. *Cik Mimie pun ingat2 lupa da cerita ni.

Actually, banyak lagu cerita kartun yang best2 macam A.L.O.N.G, Keluarga Yukies (yang semua bentuk telur tu, ingat x??), ABC (ana, budin dan cici), Sesame street, dragon ball, di mana joe jambul (cerita kartun ke ni?? boleh lah), gaban, robocop, ultraman dan banyak lagi lah. Best kan cerita2 tu semua? *sila cakap best ye, lau tidak Cik Mimie majuk nanti!!

p/s: Agak terganggu sikit buat entry ni, mana tidaknya anak buah Cik Mimie yang lebih2. "ucu nak tengok kartun ni" *so, kenalah klik uncle youtube tu bagi dia tengok dulu..ish3x..

Thursday, January 27, 2011

Lucky Draw >> Cabutan Bertuah My Followers Blog S.H.A.I.Z.H.A.R

Salam 1 Malaysia ^_^

Malam ini untuk pertama kalinya Cik Mimie join Lucky Draw.
before ni banyak melibatkan diri dalam contest dan GA jer..hehe..
Cik Mimie join ni pun saja2 je nak mencuba nasib, manalah tau bertuah..
ye dok??

::Banner LuckyDraw::
{klik2 tok syarat2 penyertaan}

::Bukti::

::Hadiah::
-Topup RM30 ke mana2 rangkaian tak kira lah Celcom/Maxis/Digi.

::Tarikh Tutup::
- 16.02.2011 pada pukul 11:59 p.m-
- 17.02.2011 pemenang diumumkan pada pukul 11:11 a.m-

p/s: marilah kita menyertai LuckyDraw ini beramai2..^_^

Kontest Blog Paling Comel!

Salam 1 Malaysia ^_^

Konichiwa semua!! hekhekhek..sihat tak hari ini?
Cik Mimie doakan semoga u all semua sihat2 yer. *sekarang musim hujan, so xmo main hujan tau!! nanti sakit..

Ok, Cik Mimie join contest lagi, dan ditag oleh Cik Cahaya lagi.
*thankz yunk tag Cik Mimie ^_^
Kengkawan semua jom kita join contest anjuran Cik Nabiela yang comel macam blognya jugak ni.
simple and easy jer syarat2 penyertaan.

{klik2 banner untuk T & C}

Hadiah bagi contest ini ialah $$$ *ching!! ching!! ching!!
Sejumlah wang..berapa?? kena tanya tuan contest sendiri..hehehe

4 orang ditag

Due date 05.02.2011

p/s: enjoy guys!!

Wednesday, January 26, 2011

"Fall in Love" Buat Cik Mimie Tak Boleh Tidur

Salam 1 Malaysia ^_^

Ehem..ehem..entry pada hari pertama di kampung.
Alhamdulillah Cik Mimie sudah selamat sampai di kampung pukul 9.00 malam tadi
perjalanan sangat lancar dan penumpang dalam bas pun tak sampai 10 orang.
So, Cik Mimie dapat extra 1 seat kosong sebelah seat Cik Mimie. *giler best landing dalam bas tadi nasib baik takde cecair yang mengalir dari mulut.hahaha..

Ok, habis cerita pasal balik kampung ni.
berbalik kepada tajuk entry "Fall in Love" buat Cik Mimie tak boleh tidur.
Apa?? Cik Mimie fall in love?? dengan siapa??
mesti u all nak tahu jawapan dia kan?? kan??
wek =p tak nak bagi tahu pun..ngeh3x..*giler kijam Cik Mimie ni..hehe..

Actually, Cik Mimie dah fall in love dengan 2 jejaka ini.
Siyes!! Cik Mimie tak tipu.
dorang ni comel + hensem sgt..Adess! tiap2 malam Cik Mimie tak boleh tidur, mesti nak tgok muka dorang dulu.*kronik da kan??
nak tahu sapa mereka?? mereka ialah.....
|
|
|
|
|
||||||||
|||||
||
|
Dennis Oh

dan

Zhang Han

Hensem kan mereka?? *tolong jangan sesekali nak kebas mereka dari Cik Mimie. Nanti Cik Mimie babab sorang2..=p

Mereka berdua merupakan pelakon bagi drama "Fall in Love"
sebuah cerita mandarin bergenre romantik.
*Ok sekarang Cik Mimie dah giler dengan cerita ini.. sebab cerita dia best sangat2!!

Fall in Love

Sinopsis:-
- Qin Qing tinggal bersama sebuah keluarga kaya. Ketika usianya 12 tahun, dia dan keluarga kayanya telah mendapati bahawa Qin Qing telah tertukar dengan Mi Li seorang gadis malang yang lain ketika mereka baru dilahirkan. Selepas mengetahui hal sebenar, kedua2 keluarga tersebut telah bersetuju untuk menukarkan mereka berdua ke identiti yang sah. Qin Qing dan bekas abangnya Qin Lang sangat rapat, keduanya tidak boleh melupakan antara satu sama lain bahkan selepas 10 tahun. Akhirnya setelah 10 tahun pemisahan, Qin Lang kembali untuk mencari Qin Qing dan mereka berdua telah jatuh cinta.

*cerita ini kalau u all tengok ala2 cerita Autumn In My Heart

best sangat!! ^_^

p/s: berangan-angan jadi Qin Qing...lalalala

source: disini

26. Januari - 06. Februari 2011

Salam 1 Malaysia ^_^

Yeeeaaayyyhh!! Seronoknya Cik Mimie hari ini.
Rasa macam nak guling2 je..hehehe*over pulak Cik Mimie ni kan?
U all nampak tak tarikh kat tajuk entry tu?
Apa?? tak nampak?? *meh sini nak bagi pinjam spek Cik Mimie ni.
huhuhu..nampak kn??

Yup, tarikh itu ialah tarikh hari ini (26.01.2011).
Apa kena mengena tarikh tu ngan kegembiraan Cik Mimie hari ini??
ha, cepat teka cepat. Sapa betol Cik Mimie tak bagi apa2.hehehe.
Actually, hari ini Cik Mimie nak balik kampung (Segamat).
Cik Mimie da mula bercuti sampailah...tu da tuliskan kat tajuk entry, tak nampak lagi ke?
*uiks, garangnya..hehe..gurau je la. Cik Mimie cuti sampai 06.02.2011. *lamakan??

Erm, rindunya Cik Mimie dekat family tak sabar nk jumpa mereka semua.
Sudah berapa minggu Cik Mimie tak balik.
Dan paling2 Cik Mimie tak sabar nak jumpa ialah.
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_

Si Montel ni..eeee, rindu sgt2 dengan dia.

[Nur Husnina Aqilah]

Tiket Cik Mimie pada pukul 6.00 petang
dalam pukul 9.00 malam, insyaallah Cik Mimie akan sampai Segamat.
Dekat je Segamat dengan Kuantan..hehe

[MaraLiner The Best!!]

Doakan perjalanan Cik Mimie selamat pergi dan selamat pulang yer?? ^_^
Sayang u all semua..nanti kita sambung dekat Segamat k..
Selamat tinggal

Onion Emoticons

p/s: Kekadang rasa takut pun ada nak naik bas, bila dengar byk kemalangan ngeri berlaku.

Monday, January 24, 2011

Contest Gambar Tak Nampak Muka Paling Cool

Salam 1 Malaysia ^_^

Ahakz, rasa macam dah lama Cik Mimie tak kena tag tok join contest.
tup3x, hari ini Cik Cahaya yang comel tu tag Cik Mimie.
huhuhu, bagi tak menghampakan kawan Cik Mimie yang seorang ni.
Cik Mimie pun join la contest ni.

[klik2 banner tok Terma & Syarat]

Ok, setelah puas Cik Mimie menyelongkar album2 lama.
Tetiba Cik Mimie jumpa picca ni.

2 orang gadis sedang beronggeng..ngeh3x
Picca Cik Mimie ngan member Cik Mimie, Noor Aqilah Muhd Ghawas.
*rindu sama kamoo kak qilah.

[Minah payung]

Ha, Cik Mimie nak pertaruhkan 1 lagi gambar.
ini gambar orang ngah menikmati keindahan alam..huhu..

[Jauh termenung kn??]

Cik Mimie Tag

Due Date
25. March. 2011

p/s: gudluck tok semua...Chaiyok2!!

Sunday, January 23, 2011

Jom Santai Bersama Ben Ashaari

Salam 1 Malaysia ^_^

Huhuhu..macam biasa cuti hujung2 minggu ini, Abang Ben akan ajak semua rakan blogger bersantai bersama segmen2 menarik beliau. So, Cik Mimie pun tak nak lah ketinggalan.

Segmen kali ialah: Header Blog Best?


Siapa yang buat header tersebut?
- Header ni Cik Mimie yang buat sendiri.

Perisian yang digunakan.
- Photoshop Cs3

Maksud header tersebut
- Tentang semua; Diri sendiri, surrounding dan juga benda2 yang menarik

Jangkamasa yang diambil buat header itu
- Tak lama sangat sebab header ni simple jer.

Header blog lain yang anda suka tengok

I'm Done..^_^

Friday, January 21, 2011

Selamat Pengantin Baru Zaquan Adha dan Ayu Raudhah

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini 21 Januari 2011 telah berlangsungnya pernikahan di antara pelakon yg cantik lagi comel ni Ayu Raudhah dengan pasangan beliau Zaquan Adha, seorang pemain bola sepak dan juga kembar kepada Aidil Zakuan di Alor Setar, Kedah.

Jom usha2 Gambar berinai Ayu Raudhah.




wah!! cantiknye Ayu Raudhah ni kan..?? Jelesnye Cik Mimie..hehe..
Akhirnya, 2 hati sudah menjadi 1
janji yang diukir, kini telah pun dikotakan
impian yang diangankan, kini telah menjadi kenyataan
semoga pasangan ini bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.

video-disebalik tabir persiapan perkahwinan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha

p/s: Bila lah turn Cik Mimie lak ni..hehehe

sumber: OHBULAN dan Piccalasso

BlogWalking List 2011 Bersama AbgFeroz

Salam 1 Malaysia ^_^


Ha, mari adik, abang, kakak semua kita join ramai-ramai.
Kalau u all tak join, u all akan rugi.
sebab pe Cik Mimie ckp u all akan rugi?
sebab Blogwalking List 2011 Bersama AbgFeroz ni byk kebaikannya.

1. Minggu pertama tiap2 hari abgFeroz akan blogwalking ke blog u all.
2. Blogwalking list ini akan digunakan oleh blogger baru tok blogwalking.
3. AbgFeroz akan FOLLOW blog u all yang join walaupun u all tak follow beliau.
4. Yang paling best ni, AbgFeroz akan SUBMIT BLOG u all ke GOOGLE SELURUH DUNIA.

bestkan??kan?? rugi kalau u all x join.
syarat-syarat beliau sangat mudah.*boleh klik banner tok tahu.

AbgFeroZ

AbgFeroz, I'm Done..hehehehe..

p/s: jangan malu, jangan segan nak join yer..*cam Cik Mimie lak tuan rumah..hahaha

Thursday, January 20, 2011

Bila Ku Dirundung Kebosanan

Salam 1 Malaysia ^_^

Jam sekarang menunjukkan pukul 01:42 pagi. Owh, mata Cik Mimie masih cerah lagi mengadap lappy yg tersayang ni.
Lagipun esok Cik Mimie tak ada kelas, so boleh lah tido lewat2 sikit..kuikuikui!!

Disebabkan hari dah jauh malam, dan semua kawan2 Cik Mimie dah lena dibuai mimpi indah. Kebosanan mula lah menyerang diri ini.
Siyes!! bosan sgt2 sampai dah tak tahu nak buat apa.

Oleh kerana, Cik Mimie tidak mempunyai metabolisma yang kuat tok melawan tahap kebosanan yang makin menganas laksana buaya tembaga.*cit! apa yang Cik Mimie mengarut ni? U all, sila abaikan merapu meraban ini yerk!

Cik Mimie pun mengodeh2 lah Aunty photoshop lam lappy Cik Mimie ni.
Menagih simpati tok mencari kerja apa2 yang patut...ngeh3x..
Dan, hasilnya setelah masuk sini, padam sana, lukis situ dan tampal sinun.
siaplah beberapa hasil editan tangan Cik Mimie yang tak berapa nak seni ni.

u all nak tengok tak?? jeng..jeng..jeng..
-
-
-
-
-
-

1. When Me Be a Rose

2. Cik Mimie and The Chipmunks

3. Berfantasi, Berimaginasi dan Beranimasi

4. We In Key EL C c

p/s: apa pulak lah yang Cik Mimie edit lepas ni!! =_="

-SELAMAT MALAM-

Tuesday, January 18, 2011

Penat Tapi Seronok

Salam 1 Malaysia ^_^

Holla u all!! Tengah buat apa tu?? skudeng2 blog Cik Mimie ye?? hehehe..
Eh2, Cik Mimie tak marah pun..Cik Mimie lagi suka tau!!
Kalau boleh skudeng2 lah selalu ye! Teehee

Onion Icons

Berbalik kepada tajuk entry, owh hari ini Cik Mimie rasa adalah hari yang sangat2 memenatkan.
Mana tidaknya, kelas Cik Mimie hari ini giler full!!
Dari pukul 9 pagi sampai lah pukul 6 petang.

*9.00 pagi-Kelas Selling with Miss. Diana
*11.00 Pagi-Kelas Entreprenuership with Miss Ita

Then, hari ini boleh plak kelas pukul 2-4 petang cancel.
*kelas International Business.
Sebab lecturer Cik Mimie MC.*semoga cepat sembuh ye Mr. Jega =)

Onion Emoticon

Tapi, dalam penat2 pun Cik Mimie still seronok tau!!..sebab pe??
Sebab pukul 2-4 petang tu ada masa tok Cik Mimie and the geng melakukan aktiviti kami..
Nak tau tak, aktiviti ape?
jeng...jeng...jeng..
-
-
-
Onion Icon
Giler rajin kan Cik Mimie? *ok! x betol pun sebenarnya..huhu..

ini yang sebetulnya Cik Mimie and the geng buat sementara nak tunggu kelas seterusnya pada pukul 4 petang *kelas Research Methodology (RM) with Pn. Yati
-
-
-
-
MSN Onion Icon
[sangat-sangat nikmat kalau u all nak tahu..hahahaha]

p/s: Esok last ada klas..then Khamis+Jumaat cuti...yyeeaayyhh!!Onion Icons


Sunday, January 16, 2011

25 Random Things About Me

Salam 1 Malaysia ^_^

Wah, 25 Random Things About Me?? Habislah Cik Mimie tiada rahsia antara kita dah lepas ni..hehe..
Segmen ini telah ditag oleh Nanie kepada Cik Mimie
Gomo Arigato gozaimasu!!

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

Ok2, tanpa membuang masa dan tenaga. Jom sama-sama kita check up, apakah 25 random things tentang Cik Mimie.

1. Bernama Norshamimi Binti Md. Yusop.
2. Anak bongsu dari 9 orang adik-bradik dan mempunyai seorang abang dan 7 orang kakak*giler ramai kn??hahaha.
3. Setakat ni mempunyai 16 orang anak buah.*boleh pengsan kalau semua ada kt rumah.
4. Masih Belajar di salah sebuah kolej di pantai timur*semester akhir sudah..yeeaayhhh!!
5. Sekelas dan sebilik dengan Cik Sha era dan Cik Aswani*member kamcing giler ni.
6. Sangat suka tengak cerita seram+komedi.
7. Suka gelak sorang-sorang bila membaca. Tak kisahla baca buku ke, mesej ke..mesti gelak sorang-sorang kalu benda tu lawak..kuat pulak tu..oppss!!
8. Suka kucing sangat-sangat. Dekat rumah adalah dalam 6 ekor.
9. Sangat Obses dengan kueytiaw+ais kosong.
10. Suka on9 sampai pagi*blogwalking dengan main game kat facebook.
11. Tak suka Coklat + Air Susu
12. Tak suka benda yang manis-manis, sebagai contoh: kek, air manis, kuih-muih dan sekutu dengannya.
13. Sangat fobia naik motor time hujan*sebab pernah jatuh, dan habis kotor baju time tu..baju sekolah plak tu..haissh!!
14. Pelanggan tegar majalah REMAJA.*walaupun dah tak berapa nak remaja dah sekarang ni.
15. Sedang mengembara mencari cinta.*ada tak yang sudi?? hahaha.
16. Melatah*bukan buat2, tapi genetik dr nenek, mak, akak2 dan makcik2.
17. Boleh ngadap komputer/lappy 24 jam*power spek pun makin naik, padan muka ko mimie!!
18. Tak suka dipaksa.*lagi-lagi buat benda yang Cik Mimie tak suka.
19. Masih belum memiliki lesen motor+kereta*insyaallah, tahun ni akan cuba Cik Mimie dapatkan.
20. Seorang yang suka menyendiri.*Best!! boleh muhasabah diri kekadang.
21. Happy go Lucky.
22. Sentiasa mengganggap suatu masalah itu bukan sebagai masalah. *kalau tak faham, buat2 faham je la yerk.
23. Sangat geli dengan Katak dan Cicak.
24. Suka Memasak.*yang simple2 je la.
25. Sayang ISLAM, FAMILY, KAWAN-KAWAN, KUCING dan DIRI SENDIRI.

::25 yang ditag::

p/s: I'm Done!! Sesapa yg kena tag ni, jgn lupe join yer..bolehla kita berkenalan dengan lebih dekat..tol tak??

SELAMAT BERKENALAN

Saturday, January 15, 2011

GiveAway 3 Tahun Blog MiszTrex

Salam 1 Malaysia ^_^

Ditag lagi..Kali ini En. Wan Gerrard yang tag.
Dia ajak join GA MisTrex.
Syarat-syarat penyertaan sangat mudah dan senang.

jom join ramai-ramai jom!!


[klik-klik tok T & C]

No. Follower: 541
No. Like: 85

::Tag::

::Due Date::
24 Januari 2011

p/s: mari kita memeriahkan dunia blogging kita dengan memberi sokongan sesama blogger.

Headphone/Earphone Apakah Itu?

Salam 1 Malaysia ^_^

Iklan tak berbayar

Erm, tiba-tiba Cik Mimie rasa macam nak buat post pasal headphone/earphone lah. Nak discover ada ker? headphone/earphone yang pelik2 lam dunia ni? hehehe..*sangat-sangat tidak boleh bla kn? So, discover punya discover. Cik Mimie jumpa lah 10 Headphone yang agak pelik lah dimata Cik Mimie.*tapi, ada gak yang comel..ngeh3x..

1. 'Dragon Ball Headphone'. Headphone ni hanya terdapat di negara Jepun sahaja tau. Ia juga dikenali sebagai 'Kame type', 'Kame' yang bermaksud kura2.*kalau u all tengok citer Dragon Ball pasti tahu siapa yang ada cangkerang kura2 kat belakang badan beliau, ingat tak?


2. 'Michael Jackson Thriller Headphones'. Di inspirasi kan daripada klip video Thriller. Menakutkan pun ada kn??


3. 'Catbud@Telinga Kucing Earphone'. Si pemakai earphone ini akan kelihatan seperti catwoman. *agak2 ada tak kucing lain yang akan terpikat dengan kita kalau pakai earphone ni? tteett!!

.
4. 'Mushroom Earphones'. Ahakz, comel je kan?

5. 'Wings Headphone', atau nama lain bagi headphone ini ialah 'I Flew'. Ia telah dicipta oleh Rodshakur dan sumber inspirasi bagi headphone ini ialah dari Lagu nyanyian R. Kelly 'I Believe I Can Fly'.

6. 'Bullet Earphone'. Earphone ini hanya boleh didapati di Shibuya, tokyo*kat Malaysia takde jual ok!. Chasing pada munitio earbud 9mm ini sangat2 lah eksklusif kerana terdapat gambar helang dan disaluti emas kuning 18karat.


7. 'Zipper Earphones'. Orang yang menciptanya memang kreatif. Kalau u all nak tahu earphone ini adalah seperti zip seluar kita tau.*p, zip seluar kita digunakan untuk tutup dan buka seluar la. Manakala, zip untuk earphone ini dibuka bila kita ingin menggunakannya.*kalau tak nak guna tutplah balik..huhu..


8. 'Coconut Headphone'. Adess!! tempurung kelapa pun mereka leh jadikan inspirasi kn?
yang pasti headphone ni comel..ngeh3x..


9. 'Lego Earphone'. Ha, bagi yang ada anak2 atau adik2 yang masih kecil. Sila jaga earphone anda baik2 ye? nanti tak pasal2 mereka guna buat cipta robot.


10. 'Transformer Headphone'. Harga headphone ini adalah sekitar $37, dan ia boleh didapati dalam dua warna iaitu merah dan biru. Nama panjang headphone ini ialah Frenzy Tomy Takara Headphone Transformer.


resource: Google

p/s 1: Lebih suka pakai earphone, sebab kecil je tak besar sangat..^_*

p/s 2: ini adalah post yang ke -100*aiyak, manyak sikit lorh.
300 x 250