728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label teman. Show all posts
Showing posts with label teman. Show all posts

Wednesday, September 28, 2016

Wednesday, September 9, 2015

Wednesday, August 19, 2015

Tuesday, August 11, 2015

Mini Reunion - Kami Bertemu Kembali

Salam 1 Malaysia ^_^

Morning U Olls, ini ada cerita terobek ye sayang-sayang. Almaklumlah, a few day ni malas betul nak menaip. Juz publish apa yang ada dalam draft and join simple segmen je...hahaha..kronik betul! So, hari ni nak story pasal kengkawan skolah Cik Mimie yang Cik Mimie jumpa last week. 

Actually, kawan Cik Mimie, Raidah namanya yang nak jumpa kiteorang sebab dia baru dapat cuti untuk balik Segamat. Pada mulanya, hanya Cik Mimie, Incik Kesayangan, Raidah, Nazir dan tunang dia Mila je yang ada. Sebab yang lain2 tak balik kerja lagi. After 10.30pm baru la Bom and Lan pulak join. Memang Havoc giler jumpa diorang semua. Cik Mimie ni cakap je duduk satu kampung dengan yang lain-lain. Tapi jumpanya, jarang sekali...Maklumlah masing-masing sibuk.

Apa yang untungnya, Cik Mimie and Incik Kesayangan berkongsi kengkawan yang sama sebab kami satu sekolah...hahaha..So, kawan dia kawan Cik Mimie jugak. :P Ok, jom usha gambar dulu.. 

Ini dia BFF Cik Mimie si Raidah Aqilah, memang susah nak jumpa minah ni. Dia duduk KL sekarang itu yang jarang berjumpa :)

Ini pertemuan mula-mula 5 orang je, tunang nazir (baju kuning) malu nak join ambil gambar. So, kami berempat je la.. Raidah, Cik Mimie, Incik Kesayangan & Nazir. Ha, kalau nak tahu Nazir ni kawan Incik Kesayangan dan Raidah masa sekolah rendah. So, Cik Mimie tak berapa kenal sangat sebab Cik Mimie sama sekolah menengah je dengan Raidah and Incik Kesayangan.

Bertiga pulak, Nazir hantar tunang dia balik ada hal katanya. So, lepak, gosip-gosip dan makan-makan di Nanyang Kopitian One Segamat Mall. :D

Ha, masa ni pulak Lan (baju biru) dan Bom (pakai cap) baru muncul. Kami semua terjah kedai Nasi Lemak dekat Stesyen Keretapi Segamat untuk SUPPER pulak. Memang hancuss diet Cik Mimie..ekekek... 

Dalam 12.30am barulah kami semua beransur pulang. Orang laki ni kalau dah dapat borak, jam kat tangan pun dorang lupa..hahaha..Sekali dah jumpa memang banyak story masing-masing. We'll meet again guys, hope end of this month. REUNION MERDEKA katanya... :)

p/s : Lebih banyak berborak dari bergambar, So, ini je gambar yang ada..hahaha

Wednesday, February 25, 2015

Wordless Wednesday #8 (2015) : Rindu Korang!!

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari Bersama Kanak-Kanak Istimewa
Family Day's Business & Accountancy Society
Family Day Business & Accountancy Society
Mandi-Mandi di Gambang Waterpark
Berjimba-jimbu di KFC
Annual Dinner DBS & DIA
Convocation Day's

Rindu semua budak-budak DBS, IKIP KOLEJ, KUANTAN - sha, wani, atin, wan, ain, kak iz, amoy, zila, dafi, arip, dd, sue, apis, dan kamarul

 p/s :Seriusly rindu zaman study dulu, selalu buat program luar kolej sesama :')

Thursday, January 22, 2015

PostCard From Germany

Salam 1 Malaysia ^_^

Diterbangkan khas dari Germany
Good Morning U Olls!! Ha, nampak tak poskad kat atas ni, ada kereta warna pink lagi tau..hehehe..Mesti semua tahu kan siapa pengirim poskad ni? kalau cakap je dari Germany memang dah boleh agak dah...hehehe..siapa lagi kalau bukan AISYA IBRAHIM pemilik blog NEVER PERFECT :) Huuwaa!! I suka giler you, thank sangat-sangat tau.. jauh berbatu-batu poskad ni terbang, semalam sampai rumah I :) Nak melompat-lompat dan lari setempat je rasa...haha..


Ucapan Aisya : 
"Assalamualaikum, Cik Mimie. Harap Cik Mimie happy dapat poskad nie. Terima kasih banyak sebab selalu rajin datang baca & komen blog kita you. Semoga friendship nie lasts for long-long time."

Happy Everything Until Next You!!

"With great love comes great friendship"

Salam sayang, Aisya Ibrahim JINDRISSKA.blogspot.com

To  Aisyah : 
"Waalaikummusalam, untuk pengetahuan Aisya Cik Mimie happy giler you dapat poskad ni..hehe..first time tau dapat poskad dari luar negara ni..ha, excited die jangan cakap la..hehehe..Cik Mimie pun nak ucapkan terima kasih dekat Aisya sebab selalu singgah dan komen disini jugak. Hope friendship ni bukan setakat di bloga aja ye :) Gudluck for your study & take care disana :) Muah2 ciked!"

with Love,
Cik Mimie ^_^

p/s : Sesiapa yang tak kenal atau nak kenal-kenal dengan Aisya boleh KLIK SINI :)

Monday, November 3, 2014

Hadiah Dari BFF

Salam 1 Malaysia ^_^

Seronoknya Cik Mimie rasa hari ni, tadi abang posmen ada singgah rumah hantar bungkusan tok Cik Mimie. Da dapat agak dah dari siapa, sebab hari tu BFF Cik Mimie ada minta alamat nak bagi something katanya. So, barangnya dah pun sampai hari ini.


Cantik tak? Brooch and Pin. Actually, BFF Cik Mimie ni ada buat craft. Kreatif sangat orangnya, Cik Mimie pun  ada jugak order dengan dia. :) Hadiah untuk kahwin kakak2 Cik Mimie bulan 6 hari tu.



Bantal ni lah antara barang yang Cik Mimie order dengan BFF Cik Mimie ni..cantik kan? Design gambar semua ikut citarasa kita..dia akan buat apa yang kita nak :)

https://www.facebook.com/QasehHati04

So, kalau u oll nak boleh terjah FB dia. Klik je banner QASEH HATI ini :)

p/s : Thank BFF, terharu sangat :)  dari Terengganu barang ni sampai :)

Monday, September 29, 2014

Trip Ke Kuantan Part 2

Salam 1 Malaysia ^_^

Ok, now Cik Mimie nak sambung cerita ke Kuantan hari tu. Cerita pasal weddng BFF Cik Mimie pula :) Pagi Sabtu tu kami semua check out dalam pukul 10 pagi sebab Akak-akak Cik Mimie nak jalan-jalan bandar Kuantan. Destinasi kami pagi itu adalah Berjaya Megamall, Kuantan. *Ya Allah, rindu sangat bandar Kuantan itu. Mesti nak tahu kenapa Cik Mimie rindu kan? Sebab Kuantan tu tempat Cik Mimie belajar dulu, 3 Tahun kot duduk sana. Tapi, jalan-jalan kat sana semua dah berubah, baru 3 Tahun tak jejak kaki kat sana banyak betul perubahan. *Sampai sesat kot T_T. Selesai jalan-jalan di Megamall, kami pun bertolak ke rumah BFF Cik Mimie dalam pukul 12 tengah hari. Actually, dari bandar Kuantan nak ke Felda Cerul Chukai Kemaman tu hanya 1 jam je. Tapi disebabkan kami sesat dekat 2 jam baru sampai. T_T

Berjaya Megamall, Parkson tengah buat Sale sempat shopping handbag dan juga wallet dengan Incik Kesayangan..
Tepat pukul 2 petang kami pun sampai, masa tu pengantin tengah bersanding. Salam peluk Cium semua Cik Mimie pergi makan dulu, jumpa member-member sekelas yang lain. Pergh, memang seronok la orang kata :) Terubat rindu sekejap, tapi tak semua datang hanya beberapa orang je. Ada juga yang tak sempat jumpa sebab nak kena balik awal.

Inilah dia pengantin baru kita. Shasha & Nordin. Pengapit perempuan tu Classmate Cik Mimie, jauh tu import dari KELATE. K.Izni Syuhada.*Dio meme suko bab2 gini eh..hehehe
Ini pula member Cik Mimie yang tak sempat nak jumpa. Wan Rahmah & Fatihah. *Sowi guys, kena balik awal tak sempat nak tunggu korang.. Atin rindu sangat kat ko..comey belaka lening..
Ini dio mek kelate jauh import untuk jadi pengapit..hehehe..K.Iz maintain je, Cik Mimie yang dah gemuk..haha
Opps, Ambik berkat..ambik berkat..hahaha..
Ini Parent Si Kecik tu..Akak Cik Mimie :)
p/s: Tak sempat nak snap pic banyak-banyak lagipun pengantin sibuk, tangakp muat je lor..Pic-pic lain pada member lain dorang belum share lagi..hoho..nanti dah ada Cik Mimie update lagi ye :)

Trip ke Kuantan Part 1

Salam 1 Malaysia ^_^
Hai u oll, Da lunch ke? Okla, hari itu Cik Mimie ada bagitahu yang Cik Mimie pergi Kuantan kan? So, nak story pasal tu. Jumaat malam hari itu Cik Mimie telah bertolak dari segamat ke Kuantan pada pukul 8.00 malam bersama dengan Incik Kesayangan, Kakak dan juga Abang Ipar Cik Mimie.

Actually, kakak Cik Mimie sorang lagi dengan family dia dah tunggu dekat homestay di kuantan. Kami berempat pun terus menuju ke sana di area Permatang Badak. Kami sampai dalam pukul 11.30 malam. Itupun sebab sesat cari homestay tak jumpa*boleh pulak akak Cik Mimie bagi salah info =_=". Inilah homestay yang kami tinggal tu. Murah je semalam RM150.00, ada 3 bilik dan 2 bilik air selesa sangat tau. Nak ke bandar pun x jauh sangat lar dalam 10 ke 15 minit. Kedai makan pun dekat jer.

Welcome Home :) Inilah Homestay yang Cik Mimie tinggal tu :)

Ini pula ruang tamu yang simple dan selesa :)

Master Room ada aircond & Bilik air :)

Ini pula bilik kedua..kipas je..haohoho

Bilik ketiga :) Kipas jugak..
Halaman rumah bahagia depan :)
Budak kecik ni memang suka selfie..dengan abang ipar Cik Mimie.
Bukan main kusyuk lagi dia..dengan Incik Kesayangan :)
 P/s : Nanti Cik Mimie cerita pasal wedding BFF Cik Mimie pula ye..Next Entry :)

Friday, September 26, 2014

Out Of Office - Cuti

Salam 1 Malaysia ^_^

Seperti sedia maklum malam nanti Cik Mimie akan bergerak ke Kuantan bersama-sama dengan Incik Kesayangan, Kakak dan Abang Ipar Cik Mimie untuk menghadiri majlis perkahwinan Sahabat Baik Cik Mimie semasa di Kolej dulu. Wah, sahabat baik dah kahwin ni. Susah la nak jumpa nanti..hehehe.. Majlis akan berlangsung di Chukai Kemaman pada esok hari.*tak sabar nak jumpa kengkawan lama..rindu sangat!!


So, cuti hari Sabtu sudah pun Approve*Terima kasih Bos! Untuk makluman semua kalau hari Sabtu dan Ahad tu Cik Mimie tak kelihatan faham-faham aja la yerk?hehehe.. Nanti Isnin Cik Mimie terjah U Olls tau:)



 Doakan perjalanan Cik Mimie selamat pergi dan balik, InsyaAllah nanti Cik Mimie update entry pasal majlis perkahwinan ini :) 

Bakal Pengantin Baru : Zhasazatul Sahera @ Shasha :)
p/s : Selamat pengantin baru Shasha & Nordin semoga berkekalan hingga ke Jannah. Sayang awak sangat-sangat!

Monday, September 15, 2014

Selamat Pengantin Baru Nurul Atikah Dan Suami

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai U oll, Sorry tak balas jejak U oll agak sibuk sedikit. Hari ni Cik Mimie cuba balas semua jejak U oll ok? :) So, entri hari ini nak cerita pasal majlis perkahwinan kawan lama @ kawan sekolah rendah Cik Mimie. Wah, 12 tahun sudah kutinggalkan zaman sekolah rendah. Kejap je masa berlalu kawan-kawan pun sorang-sorang dah naik level..ekekekeke..

Majlis berlangsung pada hari Sabtu yang lepas (13.09.2014). Cik Mimie pergi after balik kerja dalam pukul 1.30 petang bersama-sama dengan Incik Kesayangan, Kakak & Abang Ipar Cik Mimie :) Malas nk celoteh panjang-panjang layan gambar je ye :)

Lari jumpa pengantin sekejap..Curi-curi ambik gambar.. Cantiknya Ika :)
Opps!
Selamat Pengantin Baru Ika & Suami :)
Bagai pinang dibelah dua *Close up sikit!
Classmate Batch 1997-2002 SK Dato Seri Maharajalela (Cik Mimie, Farihin, Aishah, Azinuddin, Salehin & Amir) Tua dah kami..hahahaha..
Bersama pasangan masing-masing..ekekeke..:p
Actually Cik Mimie xdan nak tangkap gambar. Semua gambar di atas diambil oleh Amir credit dekat dia..Aku pinjam gambar ko amik sebab ko je yang bawak kamera besar gedabak time tu..hahahaha..

Haish, rindu time dolu-dolu..hahaha..semua bukan main nakal lagi, sekarang dah besar dah jadi ustaz pun ada..hehe..kebanyakkan kawan sekolah Cik Mimie sudah jadi Cikgu & Jururawat sekarang ni..huhu..Next time, nak buat reunion pulak..bestnye :)

p/s : Kenangan sebagai seorang student memang terbaeekkkk!!

Wednesday, January 25, 2012

rindu koranggggg!!!!!

Salam 1 Malaysia ^_^

Cik Mimie tak nak cakap banyak2 kat entry ni.
Juz nak menujukan sebuah lagu ni khas buat rakan-rakan sekolej Cik Mimie dulu.
Tak tahu la kenapa Cik Mimie rindu sangat kat dorg semua..

Guys!! gudluck ok in your life.. Jangan pernah lupa kat aku tau!! Siyes!! Aku rindu dengan kenangan kita masa kat kolej dulu... :')


Kerjasama Bergandingan Tangan
Tiap Masa Setiap Ketika
Lerai Dendam Hilanglah Sengketa
Agar Hidup Aman Bahagia..

Handai Taulan Jangan Kita Lupa
Susang Senang Rentasi Bersama
Balas Segala Jasa Mereka
Untuk Ayah Bonda Tercinta..

Sebangsa Bawah Satu Dunia
Serumpun Citra Hidup Kita
Biar Berbeza Asal Kita
Ukhuwah Harus Kita Bina
Walau Usia Jadi Ukuran
Moga Dirahmati Selamanya..

Aur Dan Tebing Hidupnya Sehati Sejiwa
Putusnya Air Jika Air Tidak Mengalir
Itulah Hakikatnya Kita
Yang Saling Memerlukan
Yang Susah Sama Dihulurkan
Sama-sama Disyukuri Hidayah-Nya

P/s: Berkawan biar beribu, bercinta biar pd yang satu *ayat klise pun klise la..hahaha

Thursday, March 31, 2011

We Are The Best!!!!

Salam 1 Malaysia ^_^

Hello u all..macam mana perjalanan hari ini?? ok x?? Hope u all lalui hari yang indah2 hari ini.
huhu..rasa segan pulak Cik Mimie nak post entry ni..hehe..
Tapi, demi u all Cik Mimie post jgak..*padahal belum tentu lagi u all nak tegok ke tak video ni.
Entry kali ni, Cik Mimie nak share dengan u all Video Cik Mimie and Classmate perform masa Malam Annual Dinner yg lepas.
Kami telah mempersembahkan 2 persembahan.

PERSEMBAHAN PERTAMA: NYANYIAN
Lagu yang kami dendangkan ialah Di Mana Kan Ku Cari Ganti nyanyian Allahyarham P.Ramlee.
Sedey kot masa ni, sampai suara pun susah nak keluar.
Terlalu banyak kenangan manis yang tercipta selama 3 tahun kt Kolej IKIP ni.

So, Jom kita layan lagu tu!!


Amacam?? ada rasa sedey tak?? hehe..
ok2, takmo taouching2..now, jom kite happy2 pulak dengan...

PERSEMBAHAN KEDUA: TARIAN
Part ni Cik Mimie paling suka sangat, inilah kali pertama Cik Mimie menari...
hahaha, agak kelakar sedikit tapi menyeronokkan..

Let's, enjoy it!!huhuhu


p/s: I love u guys and i hope our friendship never end here..It will be everlasting until the end of the world...INSYAALLAH..AMIN ^_^ DBS6 the best!!!

Monday, March 28, 2011

ANNUAL DINNER SOBM 2011

Salam 1 Malaysia ^_^

mintak ampun, mintak maaf ya u all semua sebab Cik Mimie dah lama tak post entry baru. Cik Mimie betul-betul busy, almaklumlah sem akhir macam-macam kena bereskan. Ok lah, Cik Mimie taknak bebel banyak-banyak sangat. Untuk entry kali ini Cik Mimie nak story-mory dekat u all semua tentang Annual Dinner School of Business Management (SOBM) pada malam Sabtu yang lepas.

Tema untuk dinner pada malam itu ialah "Glamourous + Masquerade". Memang tak dinafikan semua yang hadir pada malam itu cantik-cantik + tampan-tampan belaka, termasuklah Cik Mimie..teehee v(^_^*).*perasan giler!!

Untuk pengetahuan u all, pada malam dinner tersebut Cik Mimie and classmate ade buat persembahan tau!! Kami telah menyanyi dan menari, happening sangat.. *Cik Mimie menari?? mesti ada yang tak percaya kan?? *silalah percaya!!

so, apa lagi jom lah kita usha-usha picca Vogue + Glamour Cik Mimie and rakan-rakan ^_^

[pose ala-ala model la kononnya]

[pic with syiqah@amoy]

[pic with Sha era]

[pic with izni]

[pic with puan wati and the gang]

[dengan Sha Era lagi ]

[orang kuat majlis pengerusi persatuan & p. pengerusi]

[kamarul, dafi & arif]

[hadiah untuk student DL]

[pic classmate Cik Mimie & Lecturer]

[Inilah classmate Cik Mimie yg best gilerrr!!]

[puteri-puteri dari kayangan]

[pic with Miss. Diana *auuw, baju sama kaler la plak]

[masquerade time]

[tunggu 'Tuxedo bertopeng' ^_^]

[pic gewdik dengan Sha Era & Cik Aswani]

[ala-ala di kayangan gitu]

[muuaaahhhhxx....]

[hensemnya lelaki tuuu..*berangan jer]

malam yang sangat-sangat menyeronokkan, pastinya ia akan menjadi kenangan yang paling indah dalam hidup Cik Mimie.. *sedeynye dah nak abis sem T_T

p/s: Pertandingan bola tampar team Cik Mimie dapat naib johan...yyeeaayyhh!! Congrate purple team.. \(^_^)/

300 x 250