-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Tuesday, August 11, 2015

Mini Reunion - Kami Bertemu Kembali

Salam 1 Malaysia ^_^

Morning U Olls, ini ada cerita terobek ye sayang-sayang. Almaklumlah, a few day ni malas betul nak menaip. Juz publish apa yang ada dalam draft and join simple segmen je...hahaha..kronik betul! So, hari ni nak story pasal kengkawan skolah Cik Mimie yang Cik Mimie jumpa last week. 

Actually, kawan Cik Mimie, Raidah namanya yang nak jumpa kiteorang sebab dia baru dapat cuti untuk balik Segamat. Pada mulanya, hanya Cik Mimie, Incik Kesayangan, Raidah, Nazir dan tunang dia Mila je yang ada. Sebab yang lain2 tak balik kerja lagi. After 10.30pm baru la Bom and Lan pulak join. Memang Havoc giler jumpa diorang semua. Cik Mimie ni cakap je duduk satu kampung dengan yang lain-lain. Tapi jumpanya, jarang sekali...Maklumlah masing-masing sibuk.

Apa yang untungnya, Cik Mimie and Incik Kesayangan berkongsi kengkawan yang sama sebab kami satu sekolah...hahaha..So, kawan dia kawan Cik Mimie jugak. :P Ok, jom usha gambar dulu.. 

Ini dia BFF Cik Mimie si Raidah Aqilah, memang susah nak jumpa minah ni. Dia duduk KL sekarang itu yang jarang berjumpa :)

Ini pertemuan mula-mula 5 orang je, tunang nazir (baju kuning) malu nak join ambil gambar. So, kami berempat je la.. Raidah, Cik Mimie, Incik Kesayangan & Nazir. Ha, kalau nak tahu Nazir ni kawan Incik Kesayangan dan Raidah masa sekolah rendah. So, Cik Mimie tak berapa kenal sangat sebab Cik Mimie sama sekolah menengah je dengan Raidah and Incik Kesayangan.

Bertiga pulak, Nazir hantar tunang dia balik ada hal katanya. So, lepak, gosip-gosip dan makan-makan di Nanyang Kopitian One Segamat Mall. :D

Ha, masa ni pulak Lan (baju biru) dan Bom (pakai cap) baru muncul. Kami semua terjah kedai Nasi Lemak dekat Stesyen Keretapi Segamat untuk SUPPER pulak. Memang hancuss diet Cik Mimie..ekekek... 

Dalam 12.30am barulah kami semua beransur pulang. Orang laki ni kalau dah dapat borak, jam kat tangan pun dorang lupa..hahaha..Sekali dah jumpa memang banyak story masing-masing. We'll meet again guys, hope end of this month. REUNION MERDEKA katanya... :)

p/s : Lebih banyak berborak dari bergambar, So, ini je gambar yang ada..hahaha

Monday, December 8, 2014

"Segmen : Zaman Persekolahan"

Salam 1 Malaysia ^_^

Tiba masanya Cik Mimie join segmen dari Cik Balqis @ CB. Segmen yang memerlukan para blogger menjadi sedikit kreatif dengan membuat karangan ataupun cerita mengenai zaman persekolahan masing-masing. Sebelum join tu macam biasalah kena ikut syarat-syarat yang diberi.

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2014/12/segmen-zaman-persekolahan.html

Klik-Klik Banner untuk Join :)


Cik Mimie yang mana? Cik...Cik Mimie yang mana?
*sambil ikut rentak lagu awak kat mana..lalalala..

Cik Mimie pilih Nombor 16 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNYB-7X0C6SKehfVvA2mqI1Ju8XP0brPFR_ZHUvtfFaK5vscgPjGUKzHiCoADtnU44RyR-TBctrA0FQNQtk9iJyRSzEuIgJ-5VQtz8nFxuBrcngrdD0o5teswhPkaGSUy3TXQNqJQsS2r_/s400/IMG05200-20130426-1344.jpg

Pada tahun 2003 - 2007, terdapat seorang budak perempuan yang bersekolah di sebuah sekolah yang agak tinggi nun diatas bukit sana. Nama sekolah itu ialah S.M.J.K (C) Seg Hwa yang terletak di daerah Segamat, Johor. Dia merupakan pelajar yang sangat Nerd dan pendiam, suka bersendiri dan melakukan kerja sendiri tanpa mempedulikan orang-orang disekeliling beliau. Ini kerana, beliau agak Culture Shock sedikit sebab tetiba diri beliau dikelilingi oleh pelajar-pelajar berbangsa Cina. *Lantak pi lah pelajar lain nak buat apa dalam kelas, yang dia tahu buat kerja dia dan siapkan homework. Samalah karakter beliau seperti nombor 16. Bercermin mata sebab rabun yang terlampau tinggi..HAHAHAHA.. Tapi dalam pendiam itu, beliau jugak seorang atlet yang bolehlah dikatakan aktif sebab berjaya merangkul Emas 3 tahun berturut-turut dalam acara sukan Lompat Tinggi.*sebab tu dia tinggi macam galah. 

Walaupun pendiam, beliau masih mempunyai teman yang agak gilerrr-gilerrr dan sesengal ayam. HAHAHAHA..lima tahun disana memberi banyak kenangan yang memang tak dapat dilupakan. Bersaing dengan pelajar cina yang lain adalah cabaran yang paling besar sekali. Haish, tetiba rindu pulak dengan kawan-kawan lain.
Pic kena blur sikit..hahaha..biarlah dia tidak dikenali..hahaha
 Jom Belajar Sikit :) * Ni je Cik Mimie tahu...hahaha..

Ni hao ma? - How Are you?
Wo hen hao - I'm Fine
Ni jiao shenme mingzi? - What is you name?
Wo jiao Mi Mi - I am Mimie
Hen gaoxing renshi ni - Nice to meet you
Wo hen ye gaoxing renshi ni - Nice to meet you too

 Due Date : 31 Disember 2014

Mencari  66 Orang Pemenang, Cepat-cepat penyertaan masih dibuka hadiah-hadiah menarik menanti anda semua...cewah, macam wat Year End Sale je...hahaha
p/s : Cik Mimie salah seorang sponsor, jom2 join ramai-ramai :)

Tuesday, December 2, 2014

Promote Segmen by Cik Balqis

Salam 1 Malaysia ^_^

Ha, sapa ingat Cik Mimie ada bagitahu yang Cik Mimie ada sponsor satu segmen ni. Kalau nak tahu inilah segmen yang Cik Mimie sponsor "Segmen : Zaman Persekolahan" anjuran Cik Balqis. Mari-mari adik, abang, kakak semua jemput join segmen ni :) Senang je tau, sambil kita berkongsi cerita masa zaman sekolah dulu, mana tahu rezeki boleh menang hadiah. Seramai 66 pemenang yang dicari oleh Cik Balqis. Ramai tak? ha, ramai kan. So, apa tunggu lagi.. Moh ler kiter join!

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2014/12/segmen-zaman-persekolahan.html

Sila klik banner di atas untuk join segmen tersebut. Selamat bersegmen dan semoga berjaya ye :) Segmen berlangsung selama sebulan mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014.

p/s : Sponsor pun boleh join jugak. Nanti Cik Mimie join ye CB, tengah cari masa sikit..hehe :)
300 x 250