-->
728 x 90

CARI APE TU?

Monday, March 11, 2019

Resepi : Roti Naik Tanpa Telur

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai semua, Cik Mimie cuba mencuri masa untuk mewarnai semula blog ini. Hope adalah orang yang datang membaca :). Ok harini nak share resepi Roti Naik ada orang panggil Roti Bun. Tak kisahlah janji roti. hehehe.. 

Untuk resepi ni Cik Mimie tak menggunakan telur sebab My Little Hero alah dengan makanan yang ada telur ni. So, google pun google jumpa lah satu resepi mudah dan bahan pun senang je nak cari. :) *Sy Little Kitchen

Bahan yang digunakan :-

  • 11gram Yis Kering / satu paket*
  • 1/2 Cawan Air Suam*
  • 1 sb gula*
  • 1 sb tepung gandum*
  • 2 sb marjerin dicairkan
  • 1 cawan gula dilarutkan dengan 1/2 cawan air panas (kalau taknak manis boleh kurangkan kuantiti gula ye)
  • 3 cawan tepung gandum + 1 cawan tepung gandum (standby kalau doh lembik, boleh tambah susu tepung sikit untuk rasa lemak)

Cara membuatnya :-

  1. Campurkan bahan bertanda (*) tunggu sehinggan yis kembang
  2. Larutkan 1 cawan gula dan 1/2 cawan air panas, jadikan sirap gula dan sejukkan
  3. Masukkan 3 cawan tepung gandum di dalam bekas yang sesuai dan buatkan lubang ditengah-tengah tepung
  4. Masukkan semua bahan iaitu yis yang telah kembang, sirap gula dan juga marjerin yang dicairkan tadi ditengah lubang tepung dan uli sebati
  5. Sekiranya adunan doh lembik boleh tambah sedikit demi sedikit 1 cawan tepung yang kita standby dan sedikit susu tepung, uli sehingga doh tidak melekat
  6. Biar adunan naik dalam masa 30 minit, bila dah kembang uli sedikit untuk buangkan angin dalam doh. 
  7. Bentukkan doh bulat2 dan susun didalam loyang yang telah dioles dengan marjerin (suka hati nak buat bentuk macam mana, panjang ke, bulat2 ke ikut selera masing-masing ye)
  8. Biarkan doh naik lagi dalam 30 minit.
  9. Lepastu boleh bakar pd suhu 180 darjah celcius selama 20 minit atau kekuningan, bila dah masak keluarkan dari oven dan sapu marjerin di atas roti, nak bagi roti berkilat. *jangan lupa panaskan oven dahulu dalam 10 minit
Siap :)

Selepas siap dibakar :)
nyum2:)


p/s : Alhamdulilah percubaan pertama buat roti, ini pun kena tunggu my little hero tido. Kalau tak mimpi la nak buat..hahahahaha

Wednesday, March 6, 2019

2019 Yang Mencabar : Rindu Anda Semua!

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai semua, Ya Allah lama betul Cik Mimie tinggalkan dunia blogging ni. Satu update post pun takde, maaf ye semua. Komitmen semakin besar sekarang ni. Almaklum la, dah jadi isteri dan ibu ni tanggungjawab pun makin bertambah.

Kite kena pandai manage masa, mana nak kena uruskan. Alhamdulillah, Cik Mimie dikurniakan seorang anak lelaki pada tahun lepas. Sekarang da berumur 10 bulan, sekejap betul masa berlalu. Muhamad Nazeem pun semakin membesar dengan sihat dan bijak. Banyak akal da sekarang budak ni.hehehe..

Buat rakan-rakan blogger yang da lama Cik Mimie tak bertegur sapa dan jengah rumah masing-masing tu. Harap takde la kecik hati ye, nanti InsyaAllah ada kelapangan Cik Mimie cuba untuk blogwalking satu-satu. Serius, rindu giler dengan semua..

Dan ramai lagi rakan-rakan blogger yang Cik Mimie rindu nak chatting-chatting. Haish, berair pulak mata ni bila ingat balik zaman aktif berblogging dulu. Satu bulan beratus entry dulu boleh tulis, sekarang nak buat satu entry pun terkial-kial.. huwaaa T_T

Okla, curi masa sekejap je ni. Nak sambung kerja semula. :D


p/s : Ada yang ingat Cik Mimie tak?

Wordless Wednesday #1 (2019) - Buah Hatiku Sayang

Salam 1 Malaysia ^_^



p/s : Muhamad Nazeem Nashrullah - 10month

300 x 250