-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label nikah. Show all posts
Showing posts with label nikah. Show all posts

Tuesday, January 3, 2017

Solemnization - 23 Disember 2016

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai U Ollsss! Terlalu lama Cik Mimie menyepi, mesti ada yang dah lupa pada Cik Mimie kan? Maaf sangat-sangat sebab banyak benda yang perlu Cik Mimie uruskan. 

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari 3 dalam tahun baru. Cik Mimie nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2017 pada semua rakan-rakan blogger. Nampak gaya nya azam tahun lepas kena bawa ke tahun baru ini, sebab tak complete lagi..hahahaha..

Actually, Cik Mimie nak berkongsi mengenai hari paling bersejarah dalam hidup Cik Mimie. Alhamdulillah pada tanggal 23.12.2016 dengan sekali lafaz Cik Mimie telah selamat bergelar seorang ister buat insan yang bernama Muhamad Najib Bin Lokman. Selama hampir 6 Tahun kami bercinta akhirnya, kami dapat menyempurnakan impian kami untuk menjadi suami dan isteri. Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih buat ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan semua yang mengenali Cik Mimie. Di atas ucapan dan juga doa buat kami. InsyaAllah, Cik Mimie harap jodoh buat kami ini akan berkekalan hingga ke Jannah :)



Buat suamiku, Muhamad Najib Bin Lokman. Terima kasih di atas segala-galanya yang telah papa berikan pada mama. Kasih, sayang, cinta dan juga perhatian yang terlalu banyak buat mama. InsyaAllah, mama akan cuba jadi isteri yang baik buat papa dan menantu yang baik buat emak dan ayah. Mama harap kita dapat sama-sama sabar dan tabah dalam menempuhi dugaan dalam berumahtangga. Amin.. 

p/s : boleh guna 'Cik Mimie' lagi kan, walaupun dah kahwin? :P

Friday, January 21, 2011

Selamat Pengantin Baru Zaquan Adha dan Ayu Raudhah

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini 21 Januari 2011 telah berlangsungnya pernikahan di antara pelakon yg cantik lagi comel ni Ayu Raudhah dengan pasangan beliau Zaquan Adha, seorang pemain bola sepak dan juga kembar kepada Aidil Zakuan di Alor Setar, Kedah.

Jom usha2 Gambar berinai Ayu Raudhah.




wah!! cantiknye Ayu Raudhah ni kan..?? Jelesnye Cik Mimie..hehe..
Akhirnya, 2 hati sudah menjadi 1
janji yang diukir, kini telah pun dikotakan
impian yang diangankan, kini telah menjadi kenyataan
semoga pasangan ini bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.

video-disebalik tabir persiapan perkahwinan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha

p/s: Bila lah turn Cik Mimie lak ni..hehehe

sumber: OHBULAN dan Piccalasso
300 x 250