-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label disember. Show all posts
Showing posts with label disember. Show all posts

Saturday, May 6, 2017

Majlis Resepsi Belah Perempuan (24.12.2016)

Salam 1 Malaysia ^_^

Ya Allah, lamanya Cik Mimie tak bersiaran dekat sini. Maaf semua Cik Mimie tak menghilang ke mana pun, ada je. Cuma mood nak berblogging tu tak kunjung tiba. Hari ini, rindu nak menulis  tu menebal sangat. So, Cik Mimie nak story sikit mengenai Majlis Resepsi Cik Mimie pada Disember yang lepas. (*Dah basi dah majlis ni...hehehe)

Kalau u olls scroll entry lama Cik Mimie, u olls akan nampak entry mengenai Majlis pernikahan Cik Mimie iaitu Solemnization - 23 Disember 2016. Masuk bulan Mei ni bermakna dah 5 Bulan Cik Mimie bergelar isteri. Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T ^_^

Ok, berbalik kepada Majlis Resepsi atau Majlis Persandingan Belah Perempuan. Majlis ini telah berlangsung pada 24 Disember 2016 bersamaan Hari Sabtu. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan sangat lancar seperti yang dirancang. Actually, Majlis belah Cik Mimie telah diadakan di Dewan Taman Pelangi, Paya Pulai, Segamat. So, petang lepas nikah pada hari Jumaat tu. Cik Mimie terus drive pergi Homestay berdekatan Dewan sebab malam tu Cik Mimie tidur di Homestay je. Petang Jumaat tu juga Bridal dan juga Katering datang untuk setting segala benda.. Pelamin, meja beradap, meja makan dan juga meja buffet . Penat tu jangan cakap la. Terkejar sana, terkejar sini.. hehehe..

Alhamdulillah, semuanya selesai, Esoknya pada hari kejadian, pihak lelaki sampai pada pukul 1.00 petang. Sebelum tu, dalam pukul 12.00 tengah hari hujan tiba-tiba turun lebat sangat. Hati dah risau dah, macam mana nak hadap majlis hujan-hujan ni. Alhamdulillah, hujan berhenti sebelum pukul 1.00 tu. Hujan pemberi rahmat mungkin. So, disebabkan pengantin dah siap, pihak lelaki dah datang, kompang pun dah ada, Tepat 1.30 petang majlis perarakan pun bermula. Awal seperti yang dijadualkan, sepatutnya pukul 2.00 petang, Benda baik, tak perlu tunggu-tunggu kan? :D

Majlis selesai pada pukul 5.00 petang, nasib baik sahabat Cik Mimie dari Johor dan KL sempat datang. Dorang tiba dalam pukul 4.30 macam tu, disebabkan jalan jem. Terima kasih korang sudi datang dari jauh. Amoy, Shasha, & Qila :)

Ok, jom kita layan gambar Majlis Resepsi Cik Mimie




Tema : Merah + Putih
Bridal + MUA : Eiza Faiezah Bridal
Photograper : Airol Niezam Yasin
Katering : Kuzam Caterer
Tempat : Dewan Taman Pelangi, Paya Pulai, Segamat

p/s : Nanti kita sambung Majlis Resepsi Belah Lelaki pulak :)

Tuesday, January 3, 2017

Solemnization - 23 Disember 2016

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai U Ollsss! Terlalu lama Cik Mimie menyepi, mesti ada yang dah lupa pada Cik Mimie kan? Maaf sangat-sangat sebab banyak benda yang perlu Cik Mimie uruskan. 

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari 3 dalam tahun baru. Cik Mimie nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2017 pada semua rakan-rakan blogger. Nampak gaya nya azam tahun lepas kena bawa ke tahun baru ini, sebab tak complete lagi..hahahaha..

Actually, Cik Mimie nak berkongsi mengenai hari paling bersejarah dalam hidup Cik Mimie. Alhamdulillah pada tanggal 23.12.2016 dengan sekali lafaz Cik Mimie telah selamat bergelar seorang ister buat insan yang bernama Muhamad Najib Bin Lokman. Selama hampir 6 Tahun kami bercinta akhirnya, kami dapat menyempurnakan impian kami untuk menjadi suami dan isteri. Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih buat ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan semua yang mengenali Cik Mimie. Di atas ucapan dan juga doa buat kami. InsyaAllah, Cik Mimie harap jodoh buat kami ini akan berkekalan hingga ke Jannah :)



Buat suamiku, Muhamad Najib Bin Lokman. Terima kasih di atas segala-galanya yang telah papa berikan pada mama. Kasih, sayang, cinta dan juga perhatian yang terlalu banyak buat mama. InsyaAllah, mama akan cuba jadi isteri yang baik buat papa dan menantu yang baik buat emak dan ayah. Mama harap kita dapat sama-sama sabar dan tabah dalam menempuhi dugaan dalam berumahtangga. Amin.. 

p/s : boleh guna 'Cik Mimie' lagi kan, walaupun dah kahwin? :P

Thursday, January 1, 2015

10 Pengomen Tegar Disember

Salam 1 Malaysia ^_^

Selamat Tahun Baru 2015!!  Alhamdulillah, dapat juga kita bertemu dengan tahun 2015 ini. Ini bermakna Tahun 2014 dan bulan Disember telahpun melabuhkan tirainya. Ini dia 10 orang PENGOMEN TEGAR bagi bulan DISEMBER. Terima kasih banyak-banyak diatas sumbangan komen-komen anda semua :) Cik Mimie sangat-sangat menghargai dan terharu :) Muah-muah Ciked! Terimalah rewards yang tak seberapa ni dari Cik Mimie untuk U olls :)

DRUM ROLL PLEASE!!!
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOMFvMP5EJ6cOHXP9SpYaik7HZ2rBLmWXXCtBklaBN50dblJLGXxogX4kC5Amevam4Gbjyqqtdv8KldoSnPgTzbO9A4AOAY4QiTs2IcRkQkr5JaPZ897JAj8_fojJz-SpR9iRkX2AHDVgE/s1600/drumkitty2.gif


10 PENGOMEN TEGAR DISEMBER
Sijil untuk U Olls semua, hope U Olls suka. Maaf, tak sempat nak buat cantik-cantik..Cik Mimie sibuk sikit, ini je yang termampu..:) Sayang U Olls semua..Terima kasih sebab rajin conteng-conteng dekat sini :)
 
p/s : Terima kasih Kak Wana sebab Boom Blog Cik Mimie semalam..meletup-letup sekejap..haha :)

Monday, December 1, 2014

Entri Tanpa Kata : December Here!!

Salam 1 Malaysia ^_^

http://www.phmainstreet.com/mba/blog/december.jpg

http://hanarous.files.wordpress.com/2012/12/tumblr_lcmatyqiko1qck5zyo1_500.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg49nBZsHFX5udf19Vny3eGzDuRyj6Tqt0FqUBC8VzynY5U3I6f2ck6I77uxpJzEjIMnewWlpIuPkKRhPMyuUnyMNuVyjvKlXaoPrjJhMK4Ykxm7sdGcJHUSm1a9kB0VZJgBLr7RDV6PGo/s1600/welcome+to+today.jpg

p/s : Disember dah datang ni, kita dah hampir dengan tahun baru..hohohoho..Semoga hari2 yang mendatang memberi makna dalam diri kita :)
300 x 250