-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label Segamat. Show all posts
Showing posts with label Segamat. Show all posts

Tuesday, April 21, 2015

Majlis Jamuan Teh Rakyat Daerah Segamat

Salam 1 Malaysia ^_^


Hai U Olls, hari ini Cik Mimie nak story pasal event yang diadakan di Dataran Segamat pada hari Ahad yang lalu.  Ha, nampak kan banner kat atas ni? Ini adalah majlis yang diadakan bersempena dengan kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim iaitu Sultan Johor pada 23 Mac yang lalu. Pada 19 April 2015 (ahad) merupakan giliran bagi Daerah Segamat untuk majlis Minum petang bersama Sultan.

Tentatif Lawatan Sultan Johor ke Daerah-daerah

28 Mac 2015 - 3.00 petang - Padang Awam Gelang Patah, Johor Bahru
3 April 2015 - 3.00 petang - Permas Jaya, Johor Bahru
4 April 2015 - 3.00 petang - Laman Tasik Kluang
5 April 2015 - 3.00 petang - Stadium Batu Pahat
7 April 2015 - 3.00 Petang Stadium Mini Pontian
9 Apil 2015 - 3.00 petang - PerkaranganPejabat Majlis Daerah Mersing
14 April 2015 - 3.00 Petang - Padang Bukit Kerajan Kota Tinggi
16 April 2015 - 3.00 petang - Perkarangan Pejabat Daerah Kulaijaya
18 April 2015 - 3.00 petang - Dataran Tanjung Emas, Muar
19 April 2015 - 3.00 petang - Dataran Segamat
20 april 2015 - 3.00 Petang - Dataran Ledang

Semalam merupakan hari terakhir lawatan DYMM Sultan Ibrahim. Majlis yang sangat happening sebab takde lah formal sangat, santai-santai gitu. Cik Mimie pergi dengan semua family Cik Mimie. Taknak lah lepaskan peluang berjumpa dengan DYMM Sultan Ibrahim...hehehe..Aktiviti pada hari itu just makan-makan dan persembahan dari wakil-wakil kerajaan/Swasta, Cabutan Bertuah dan juga persembahan artis jemputan. Manakala, makanan pula ditaja oleh wakil-wakil Kerajaan & Swasta yang mana mereka semua membuka booth-booth kecil untuk semua rakyat Segamat. Banyak sangat makanan yang disediakan, sebagai contoh wakil yang terlibat :

Wakil Bomba & Penyelamat - Aneka Bubur
Wakil KFC - Ayam
Wakil KSL Hodings - Burger
Wakil Jakel Trading - Ayam Golek
Wakil Nirwana Maju - Air Nescafe Panas & Sejuk
Wakil KopTown Hotel - Aiskrim
Wakil Komuniti Facebook Segamat - Roti John

Dan banyak lagi wakil-wakil yang terlibat, ada nasi lemak, kuih-muih, laksa dan macam-macam lagi. Cik Mimie ni just makan burger, soto dan ayam golek je. Tu pun dah kenyang sangat, tak merasa pun makanan lain-lain tu. Haish, tak tahu nak letak mana, perut kecil sangat..ekekeke..

Majlis bermula pukul 3.00 petang selepas kedatangan DYMM Sultan Ibrahim bersama dengan 2 orang Anakanda Tuanku iaitu YAM Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor dan YAM Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Kadi Daerah Segamat. Artis yang datang memeriahkan majlis ialah Farid Kamil, David Teo, Shima Anuar dan juga Ifa Raziah. Now, kita layan gambar je la ye :)

Kereta yang dinaiki oleh DYMM Sultan Ibrahim & Anakanda beliau

Anak buah Cik Mimie nak juga bergambar dengan Motor Polis
Escort..escort..hehe
Ketibaan DYMM Sultan Ibrahim
YAM Tengku Idris
Tempat untuk bersantap :)
Meja Makan untuk Wakil-wakil kerajaan & Swasta yang terlibat
Rayyan & Ayah dia bergambar dengan Ifa Raziah
Ada sesiapa yang cari gambar Cik Mimie ke? Hehehe..takde mood nak bergambar Cik Mimie sibuk jadi babysitter jaga si Rayyan tu je..hahaha.. Selain Majlis Minum petang ada juga Pameran yang diadakan..Baca lah banner di bawah ye...penat pulak menulis..ekekeke :P


Belum berkesempatan lagi Cik Mimie nak pergi sebab kerja, tengok lah hari Sabtu or Ahad nanti Cik Mimie datang terjah sini pula :)

p/s : Maaf kalau entri ni terlampau panjang :) Sekadar berkongsi.

Credit gambar : Kamera abang & abang ipar..:P

Thursday, February 5, 2015

Karnival Kebudayaan, Kesihatan & Sukan Rakyat

Salam 1 Malaysia ^_^

Ha, hari ini Cik Mimie nak buat promosi sikit untuk Segamat tempat kelahiran lagi tumpah darahku..hikhik..Sesiapa yang rasa cuti Tahun Baru Cina tak tahu nak pergi mana, meh la datang Segamat boleh cuci-cuci mata dan jumpa Cik Mimie kat sini..ekekeke..Kebetulan bulan ni ada Citra Medini Karnival, Kebudayaan, Kesihatan & Sukan Rakyat berlangsung selama lebih kurang 3 Minggu di Dataran Segamat. Banyak juga acara menarik dan juga persembahan-persembahan dari Artis. Boleh la juga kita mengisi masa cuti tu.. ye ke idak? 

Kalau nak tahu Karnival ini adalah anjuran dari Kelab Belia Segamat ( Segamat Fans Club) dan juga kerjasama Pejabat Daerah Segamat, Majlis Daerah Segamat, Pejabat Belia Sukan Daerah Segamat dan Pejabat Kesihatan Daerah Segamat.

Banner Karnival
-Aturcara-
  • Persembahan Artis
  • Kebudayaan
  • Ceramah Agama
  • Futsal
  • Sukan Rakyat
  • Battle Of Accoustic
  • Battle Of Kompang
  • Band
  • Persembahan Silat
  • Pertandingan Karaoke
  • Gusti Lengan
  • AutoShow
  • Tarik Tali dan banyak lagi.
-Penampilan KHAS-
  • Sanggar Budaya Sri Pengkalan
  • Kempulan Kesenian Lestari 
  • Kelab Kesenian Batu Pahat
JOM KE DATARAN SEGAMAT

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/8/82/Dataran_Segamat.jpg 

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhlJ0ILAfTmVqS7-PBVXlzBQ-hC-Gu0iOfb2AJXB3gka3pi0-JuXVwbOVltVfMtd-2ikAHEUiaYyDxQbA9eF59yQ3KjESLs90qIpMzs5-12JGI8Vue1eNJrFwxXB0uYuH_PWHF0rw0a5x7n/s1600/10.jpg

http://fotografik.my/iso1125/images/stories/fotografidigital/dataransegamat_pano1.jpg

 14 - 28 FEBRUARI 2015

p/s : InshaAllah, kalau ada masa nak pergi jugak Karnival ni :)

credit : Google Image

Wednesday, January 26, 2011

26. Januari - 06. Februari 2011

Salam 1 Malaysia ^_^

Yeeeaaayyyhh!! Seronoknya Cik Mimie hari ini.
Rasa macam nak guling2 je..hehehe*over pulak Cik Mimie ni kan?
U all nampak tak tarikh kat tajuk entry tu?
Apa?? tak nampak?? *meh sini nak bagi pinjam spek Cik Mimie ni.
huhuhu..nampak kn??

Yup, tarikh itu ialah tarikh hari ini (26.01.2011).
Apa kena mengena tarikh tu ngan kegembiraan Cik Mimie hari ini??
ha, cepat teka cepat. Sapa betol Cik Mimie tak bagi apa2.hehehe.
Actually, hari ini Cik Mimie nak balik kampung (Segamat).
Cik Mimie da mula bercuti sampailah...tu da tuliskan kat tajuk entry, tak nampak lagi ke?
*uiks, garangnya..hehe..gurau je la. Cik Mimie cuti sampai 06.02.2011. *lamakan??

Erm, rindunya Cik Mimie dekat family tak sabar nk jumpa mereka semua.
Sudah berapa minggu Cik Mimie tak balik.
Dan paling2 Cik Mimie tak sabar nak jumpa ialah.
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_

Si Montel ni..eeee, rindu sgt2 dengan dia.

[Nur Husnina Aqilah]

Tiket Cik Mimie pada pukul 6.00 petang
dalam pukul 9.00 malam, insyaallah Cik Mimie akan sampai Segamat.
Dekat je Segamat dengan Kuantan..hehe

[MaraLiner The Best!!]

Doakan perjalanan Cik Mimie selamat pergi dan selamat pulang yer?? ^_^
Sayang u all semua..nanti kita sambung dekat Segamat k..
Selamat tinggal

Onion Emoticons

p/s: Kekadang rasa takut pun ada nak naik bas, bila dengar byk kemalangan ngeri berlaku.

Monday, December 27, 2010

Saya Blogger Johor

Salam 1 Malaysia ^_^

Wah, Cik Mimie sangat-sangat teruja nak join Segmen yg dianjurkan oleh En. Azman Roslan pemilik Blog Pilihan Malaysia 2010 ni. Segmen ini bertajuk "Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri"*anda boleh klik2 disini untuk join ye!!

SAYA BLOGGER JOHOR

1. Nama Anda
- Nama yang diberi ialah Norshamimi Binti Md Yusop. Di rumah family panggil adik/ucu. Dikalangan kawan-kawan plak lebey dikenali sebagai mimie. N nikname blogger Cik Mimie.

2. Status Anda
- Single-mingle but not available*Apakah??

3. Cara Hubungi
- U all semua boleh add je Cik Mimie kt Facebook*search Norshamimi Md Yusop.
Dan emel plak mimie_yumiko90@yahoo.com.

4. Daerah/Jajahan
- Segamat, Johor daerah yang indah lagi mendamaikan*ngeh3x

5. Tempat tinggal
- Pekan jabi, Segamat*atau nama yg lebey glamour (Batu 2)

6. Apa yang menarik di tempat anda?
- Pertama anda semua boleh bermandi-manda di Gunung Ledang*dalam sejarah pun ada cerita pasal ini.


- Kedua mercu kebanggaan orang2 Segamat. Menara bendera di Dataran Segamat.


Berikut adalah jadual untuk entri mengikut negeri yang anda boleh tinggalkan link:
  • Ahad - Pahang, Sabah, Sarawak, Perlis dan Kedah.
  • Isnin - Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
  • Selasa - Johor, Terengganu, Kelantan, Melaka, Perak dan Negeri Sembilan.

p/s: ayuh,blogger2 johor dan negeri2 lain kita join ramai2..^_^

Wednesday, December 8, 2010

Project terbaru dalam proses?

Salam 1 Malaysia ^_^

Cik Kiah: Eh, Cik Mimie tau x Segamat nk buka Hypermarket baru?
Cik Mimie: eh! yeker?? *muka ala2 terkejut beruk
Cik Kiah: betol weyh! Cantik lak tu..boleh la kite leypark2 sana nnt.
Cik Mimie: tadahal la, hari2 Cik Kiah ajak pun Cik Mimie ok je.
Cik kiah: btol ni? alrite..eh, chow lue la yer anak nanes lak.
Cik Mimie: ok Cik Kiah..daaa..

ttteeeeeettt!! *talian tamat serta-merta

Wah, ade projek terbaru la kt Segamat *hometown Cik Mimie ni.
hoyyee2!!

1SEGAMAT
gambar dr sini

baru2 ni after Cik Mimie blik dr Kuantan tok cuti sem.
Cik Mimie dpt tau yg Segamat nk buka 1 hypermarket ala2 pavillion*cewah!
ok, humble skit la ala2 isetan gitu..huhu.
Alhamdulillah, bgus sesangat la kn coz kt tmpt Cik Mimie xde lagi hypermarket cmni.
*bg sapa yg xtau Segamat kt mna? Segamat terletak di utara johor yer..
lau xtau gak sila google maps/beli peta kertas tu ^_*

Cik Mimie dgr2 dr Cik Kiah, di 1Segamat ni nanti akan ade cinema, foodcourt, entertainment department dan juga shopping2 department.
seronoknye, ase x sabar lak nk tggu projek ni siap.
*almaklumla bnda2 cmni xde b4 ni, lau nk tgok movie kna tggu Cik Mimie blik Kuantan bru dpt tgok..sedey an??

Actually, projek ni masih dalam pembinaan dan dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada June/July 2011. *semoga pembinaan ni berjaya disiapkan dalam masa yg dijangka.

jom tgok picca yg Cik Mimie share dr Facebook/Onesegamat

OneSegamat floor plan

Picca ni menunjukkan floor yg akan ade lam 1Segamat ni.
Ade 3 floor semuanya.

OneSegamat building visual

Picca yg ni plak menunjukkan visual 1Segamat berhadapan dgn bus station.
jambatan tu akan menyambungkan 1Segamat dgn bus station.
agak besar jgak.

p/s: lepas ni hari2 la Cik Mimie leypark kt 1Segamat.

sumber: Facebook/One segamat.
300 x 250