-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

Friday, November 28, 2014

#11 Liebster Awards

Salam 1 Malaysia ^_^



Kali ini Liebster Award dari Acik Watie. Dia tag semua yang ada dalam bloglist dia, so Cik Mimie salah seorang yang berada dalam bloglist Acik :) Nak jawab soalan-soalan Acik :)

SOALANNYA :

1. Apakah kekuatan blog korang?
-Takde kekuatan apa-apa rasanya, sebab blog Cik Mimie lebih kepada personal :)

2. Warna tema untuk blog korang?
-Merah :)

3. Sebab apa warna tu? Bukan warna lain?
-Merah lambang keberanian dan ia warna kegemaran Cik Mimie

4. Blog korang cerita pasal apa?
-Personal, segmen & ga, quotes..haha..senang cerita rojak la cerita dalam blog Cik Mimie ni.

5. Cakap betul-betul...cantik tak blog Acik ni?
-Cantik dan kemas :)
 
6. Kalau tak cantik, sebab apa?
Kalau cantik, belah mana yang cantik?
-Cantik tang header and background. Juz kalau acik bermain dengan warna2 sikit, lagi bertambah cantik :) *pendapat Cik Mimie je

7. Ada letak tak blog Acik dalam bloglist korang?
Cakap je, tak marah pun.
-Ada :)

8. Kalau join segmen / BW / GA orang, awak update entri saja,
pastu terus tinggalkan atau buat jugak BW?
-Depends pada mood dan masa, kalau Cik Mimie tak sibuk Cik Mimie akan bw.

9. Setakat ni, follower dah berapa orang?
-1155 follower *Alhamdulillah.

10. Rasanya, perlu tak Acik letak blog korang
dalam bloglist Acik?
 -Mestilah perlu :)

 11. Sebab apa perlu letak blog korang dalam bloglist Acik?
-Senang untuk Acik terjah Blog Cik Mimie :)

Yeeaayyhh! Selesai sudah..hehehe..peluh-peluh jawab tau..:)

Kali ini Cik Mimie nak tag & bagi soalan dekat  U olls. Selalu sangat tak ikut syarat Cik Mimie ni kan..hehehe..So, mangsa-mangsa tag Cik Mimie ialah :-

-Nad

Soalan untuk U Olls
  1. Dalam sehari berapa entry korang update dalam blog?
  2. Biasa korang online blog dekat mana? *cth : pejabat, rumah, cafe
  3. Sudah berapa lama korang terlibat dalam dunia blogging ni?
  4. Kenapa pilih untuk menjadi seorang blogger?
  5. Nyatakan kebaikan dan keburukan berblogging.
  6. Berikan 3 ciri-ciri blog yang korang suka singgah.
  7. Korang lebih suka komen entry atau tinggalkan jejak dekat shoutbox?
  8. Apa pendapat korang tentang blog Cik Mimie?
  9. Perlu ke Cik Mimie ubah mana-mana bahagian dalam blog Cik Mimie?
  10.  Ada tak apa-apa yang korang nak bagitahu dekat Cik Mimie?
  11. Soalan Cik Mimie susah ke senang?
Ok, I'm done :) akhirnya!! hahahaha..hope u Oll sudi menjawab soalan Cik Mimie. Bagi yang tak kena tag tu boleh jugak nak jawab :) Cik Mimie lagi suka..hehehe..
 
p/s : Tunggu time nak balik keje je ni..hehehe :)

Monday, November 24, 2014

Simple 1st Giveaway Segment by Beba Ifa

 Salam 1 Malaysia ^_^

Thank Kak Wana  & Cik Balqis Tag Cik Mimie untuk GiveAway ini :)

http://kylifa.blogspot.com/2014/11/simple-1st-giveaway-segment-by-beba-ifa.html

  1.  Follow Blog Beba Ifa
  2. Like Facebook Page (ada di sidebar..hehe)
  3. Tag minimum 3 rakan anda! ^_^
  4. Letak tajuk Simple 1st Giveaway Segment by Beba Ifa
  5. Copy banner dan link ke entri ini...letak url entri anda di bahagian komen ni ya..
Mangsa Tag
-Nad-


Simple? hehe memang simple...
GA ini akan tamat pada 30 Disember 2014 jam 11.59 malam
Jom join! ^_^

Friday, November 21, 2014

#9 Liebster Awards



 Salam 1 Malaysia ^_^



Liebster Award a.k.a LA kembali menerjah blog Cik Mimie lagi..hahaha..LA yang kesembilan, lama tak kena tag. Terima kasih Amy sebab tag Cik Mimie. Akan ku jawab dengan sejujur-jujurnya..cewah!

Soalan dan Jawapan

1. Satu tabiat buruk tak boleh diubah
- Apa erk? macam tak de je tabiat buruk tu..heee..xdapat detect la Amy :p

2.Dua benda mengingatkan korang dengan Amy J. hahahaha. susah gila soalan.
- Perkataan PELIK. Bila Cik Mimie terbaca atau terjumpa perkataan PELIK mesti Cik Mimie ingat kat Amy..hahahaha.. mungkin sebab Weirdo tu kot :p
-Emily the Strange. Anime ni mengingatkan Cik Mimie dengan Amy, masa mula2 datang n baca title blog Amy, terus Cik Mimie terbayangkan Anime ni..mugkin sebab weirdo and Strange tu lebih kurang kot..hehehe :)

http://img1.fantasticfiction.co.uk/images/n64/n324148.jpg

3. Tiga orang penting dalam hidup. Tunjuk Gambar pun boleh :)
-Abah
-Emak
-Incik Kesayangan

4. Empat ciri-ciri lelaki yang berjaya mencuri hati
-Beriman
-Hormat orang tua
-Penyayang
-Tidak merokok
*Alhamdulillah, Incik Kesayangan ada semua ciri-ciri ni :)

5.Lima makanan tak boleh tolak
 -Tomyam
-Soto
-Sup
-Maggi
-Asam Pedas

6.Terbang atau baca fikiran orang?
-Soalan ni kena pilih salah satu tu ye? Baca fikiran orang :)

7. Wahai*insert the name of your love*, saya sayang awak sebab.....
-Wahai Incik Kesayangan, saya sayang awak sebab awak sayang saya...haha..aci tak macam ni? 

8. Binatang paling menakutkan
-Katak & Cicak

9. Kenapa korang suka/tak suka pergi kenduri kahwin?
-Cik Mimie suka pergi kenduri kahwin sebab dapat tengok tema majlis kahwin tu..hahaha..mana tau ada yang berkenan di hati..satu lagi kalau majlis kahwin kengkawan Cik Mimie lagi suka sebab boleh jumpa Kengkawan lama :)

10. Apa persaan korang hari ini?
-Gembira sebab petang ni Cik Mimie nak gerak pergi Mersing dengan Family and esok dan lusa cuti..Yeeayhh!!

11. Rumah Idaman
-Nak rumah yang ada taman dan kolam renang :) Macam kat bawah ni pun da ok dah..heheh :)
http://cdn.designhomes.pics/design/www.undergroundswimmingpools.net/wp-content/uploads/2011/03/home-swimming-pools.jpg

Yeaayhh!! Selamat sudah menjawab semua soalan Amy. Minta maaf kalau ada salah silap ye :) 

P/s : Tiada Soalan dan tiada yang kena Tag, sorryy bz skit tak dan nak create soalan n tag U Oll T_T

Thursday, November 6, 2014

"1st Giveaway By Cik Puan Jelita"

Salam 1 Malaysia ^_^

Cik Mimie join GA lagi..hihihi..kali ini ditag oleh Cik Fafa dan juga Nanad :) Terima kasih U oll, Cik Mimie join tau...hehehe :)

Klik-klik banner untuk join :)

SYARAT-SYARAT

1. FOLLOW Blog Cik Puan Jelita aka cikjelita.blogspot.com
 (keputusan pemenang bertuah akan di umum dalam blog!) 

2. Copy PICTURE di atas ni dan link kan ke 
(Link kan ke entri "1st Giveaway By Cik Puan Jelita")

3. Sila letak TITLE entri dengan "1st Giveaway By Cik Puan Jelita" ye.

4. Sila TAG kan seberapa ramai kawan2 anda untuk join giveaway ni ye!
(minimum 3 orang!)

- Aina -
- Amy J -
- Hikayat Seorang Budak -

5. Sila TINGGALKAN LINK anda tentang "1st Giveaway By Cik Puan Jelita" di ruangan komen entri ini 
(Kalau takde tinggalkan link entri, penyertaan tidak di kira)

Giveaway ni bermula pada hari ini! 

( 20 Oktober -19 November 2014 )

p/s : Gudluck semu ^_^

Wednesday, November 5, 2014

"First Giveaway By Eilya Maisara"

Salam 1 Malaysia ^_^

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhynCEzO2V48yGnHfL57m5L8HcLXKx9IfHQgZAC89SZNrEqgwjZtaR4ihMby3Dq35dhKiQVuGjs8e4Mbo5mzU15oGiFzJynjNJUcMF_lcrGXtevHrAe0FgIFQJO8uGksg2vBTT3wpVtvE0/s1600/10743263_763517720361024_1825719020_n.jpg
Klik-klik banner untuk join
GA anjuran Eilya Maisara @ EM yang telah ditag oleh Cik Fafa. Terima kasih kerana tag Cik Mimie..Terharu T_T. hehehe..

MANGSA TAG

 
SENARAI HADIAH

Rm 50 x1 [yatiadam]
Topup Rm 10 x2 [niaemkay]

Hadiah Misteri x3 [greenhousera]
Topup Maxis Rm 5 x1 [eilya]
Hadiah Misteri x1 [liya]
Topup Rm 5 x3 [farihan]
Bloglist Ever x3 [wani]
Vector x2 [dayangdeno]
Topup Rm 5 x1 [zuhaira]
Tshirt JogJakarta x1 + Keychain JogJa x1 [cikpjaz]
Rm 30 x1 [mawarbiru]
Topup Rm 5 x2 [mira]
Topup Rm 5 x2 [fatin]
Loom Bands 3 kotak x2 [Eymasu]
Topup Rm 10 x2 [Julia]
Topup Rm 10 x1 [liazakiah]
Handsock x1 [Atikah]
Bawal Satin x1 [Rara]
Topup Rm 5 x1 [Rosmiera]
Topup Rm 20 x1 [Yanty]

Topup Rm 5 x2 [PurnamaUngu]  
Hadiah Misteri x1 [AeNoyou] 
 Sabun x1 [Meura]


Due Date : 25 November 2014. Pemenang akan diumumkan pada 3 Disember 2014.

Friday, October 24, 2014

"First Giveaway by Zaki! Namaku"

Salam 1 Malaysia ^_^

Wah3, dia tag kita la..hahahaha..Terima kasih Mommy to be a.k.a Pn.ayu..*hehehehe :P

http://aquzack.blogspot.com/2014/10/first-giveaway-by-zaki-namaku.html

Giveaway ini akan berlangsung selama 3 hari saja. Pemenang akan dipilih menggunakan random.org. So tiada unsur ketidakadilan kan? Hehe. Pemenang hanya 1 orang sahaja. Hadiah merupakan kek lapis Sarawak yang diimport khas dari Sarawak untuk pemenang. Hik hik. So are you ready? Selamat berjaya buat korang semua! Pemenang akan diumumkan pada hari ahad dan pengeposan secepat yang mungkin menggunakan poslaju!

Mangsa Tag:

23.10.2014 - 25.10.2014 (11.59pm)

p/s : Semoga Berjaya Semua :)

Saturday, October 4, 2014

"Giveaway Pertama SitiSab"

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai U Oll, Cik Mimie join GA. Kali ini ditag oleh 2 orang budak Comel ni..hahaha.. Nanad & Aina, Thank korang sebab tag Cik Mimie :) Ha, tak lupa juga dapat invitation dari tuan rumah ajak join GA beliau ini Cik SitiSab. Toce2 :)

http://www.sitisab.com/2014/10/giveaway-pertama-sitisab.html
Klik-Klik Banner Untuk Join
Mangsa Tag : -

- Nad - 
- Anis -
- Naalisa -
- Fifi -

Ok Done :)

( 3rd October 2014 - 3rd November )

p/s : Start hari ni Lembu, Kambing and sekutu dengannya dah mula gelisah dah ni..hahaha..

Monday, September 15, 2014

#4 Liebster Award

Salam 1 Malaysia ^_^

Liebster award yang keempat ditag oleh BUDAK. *Terima kasih bebanyak tag Cik Mimie :) Ok, now jom kita jawab soalan yang diberi..



1. Pasukan bola sepak pilihan anda.
JDT *anak jati johor la katakan :p

2. Lagu patriotik kesukaan anda.
Warisan - Sudirman

3. Berikan nama negeri yang anda sedang duduki dan berapa buah daerah yang terdapat di dalam negeri tersebut.
Johor 
- Segamat
-Muar
-Batu Pahat
-Kluang
-Kota Tinggi
-Pontian
-Johor Bahru
4. Asam pedas berasal dari negeri mana? 
-Melaka kot*xtau la Cik Mimie.

5. Dalam banyak-banyak pantun, pantun apa yang paling anda sukai?
"Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati."

6. Kalau celup stoking putih dalam air yang berwarna merah, stoking jadi apa?
Stoking jadi basah lor..:p

7. Apa yang anda faham tentang "buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan".
Salah satu rangkap dalam pantun :p

8. Dalam banyak-banyak negara, negara mana yang mempunyai banyak artis KPOP?
KOREA kot..huhuhu

9. Siapakah yang mencipta blogger.com?
alamak, tak habis lagi study bab ni..

10. Pertahankan blog anda dengan mengatakan bahawa blog anda sangat best dan sebab kenapa ia dianggap best.
Sebab blog ni Cik Mimie yang punya dan Cik Mimie boleh buat apa saja dengan blog ni..best sangat-sangat..hahaha..

11. Apa perasaan anda semasa menjawab soalan-soalan diatas?
Nak gelak je rasa tak tahu kenapa...hahahaha..

SOALAN TAMBAHAN :

12. Berikan sebarang komen tentang budak yang memberikan soalan diatas. 
Budak ni terlebih bijak, so soalan semua out of box..:p

13. Adakah anda menggunakan google.com untuk menjawab soalan diatas?
Tak menggunakan apa-apa bantuan..hentam ikut suka je jawab...hahaha :p
Ok done!

p/s : Malas nak tag sesiapa..sapa nk jawab soalan Cik Mimie boleh -KLIK SINI-

Thursday, September 11, 2014

#2 & #3 Liebster Awards

Salam 1 Malaysia ^_^

Wah, Liebster Award kembali lagi..hehehe..Ini adalah Liebster Award Cik Mimie yang kedua & Ketiga. Kalau siapa-siapa belum baca yang pertama boleh KLIK SINI. Terima kasih kepada yang tag Cik Mimie tu ye Nadya dan juga Amy J. :)

http://loveneddy.blogspot.com/2014/09/the-liebster-award-3.html
  •  Mention the person who nominated you with a link to their blog.
    • Answer the 11 questions asked.
    • Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with lots of potential.
    • Create 11 of your own questions for them to answer.
    • Notify your nominate.

Tag dari  Nadya :)

Soalan -soalannya seperti berikut :-

1- 5 Fakta tentang diri anda?
- Tak suka makanan & minuman yang manis-manis
-Takut & geli dengan binatang seperti katak & Cicak
-Pendiam
-Manja 
-Sensitif

2- Pandai masak tak? Suka masak apa?
-Pandai sangat-sangat :) Suka masak tomyam, paprik dan juga sup sayur.

3- Tempat yang paling anda ingin lawati/ kunjungi suatu hari kelak? dan kenapa?
Disney Wonderland Tokyo!! Sebab Cik Mimie suka sangat dengan character cartoon Disney. Comey2!! 

4- Da kawen belom? target kawen?
Single but not available. InsyaAllah dalam perancangan target tu dalam 2 -3 tahun lagi :)

5- 3 Blogger yang wajib korang follow? *kira inspirasi laa*
 -Ben Ashaari - Sure mesti semua kenal dia. Entry Bro Ben semua best2!
-Yuyu Zulaikha - Belog dan orang empunya belog sama-sama comey:)
-Hanis Zalikha - Dari zaman dia belum jadi retis sampai sekarang Cik Mimie suka baca belog dia :)


6- 5 orang yang anda percaya dan sayang. selain ibuayah dan adik beradik.
-Muhamad Najib Lokman@Incik Kesayangan
-Raidah Aqilah Thahir@Bestfriend Since Secondary School
-Zhasazatul Sahera Azman@Bestfriend Since College
-Nur Aswani Osmadi@Bestfriend Since College
-Nur Aqilah Muhd Ghawas@Bestfriend Since College
7- Hadiah paling best paling sweet anda pernah terima?
Heeee, pasal hadiah ni banyak sangat ada teddy bear, necklace, ring tapi yang paling best Anniversary Card Handmade by Incik Kesayangan (ada cartoon2 bagai dia lukis sendiri..sweet sangat2 :)
8- Favourite quote ?
" Never  say NO, before you TRY"




9- Kisah yang paling sedih dan buat anda down sangat sangat ?
-So far macam takde lagi kisah sedih and buat Cik Mimie down. Hope takdelah kan.

10-Ayat cepumas ni! Korang sayang aku tak?jeng jeng jeng
 -opkoslah sayang Nad :) Nad sayang Cik Mimie tak?


11- Pernah tak rasa menyampah dengan penulisan aku ? *jujur ok. hehe*
-So far takde menyampah lagi la...hahaha..penulisan Nad best tau :)


 Tag dari Amy J

Soalan beliau adalah :-
 
1.  favourite song all the time / lagu kesukaan sepanjang masa
-Tunjukkan Aku by Boneca
2.  what's so unique about you / apa yang membuatkan anda unik
-Hahaha, tak pernah tahu pulak apa yang unik pasal diri ni. Macam takde je..hehe
3.  A fact about the last person you met / Fakta mengenai orang terakhir anda berjumpa tadi
 -Officemate sebelum dia keluar lunch tadi. Fact suka mengarah! annoying~
4.  Last movie you saw / Filem terakhir anda tengok
 -Ribbit last tuesday. Teman anak buah Cik Mimie nak sangat tengok wayang. :)
5. I'll love you if / Saya akan sayang awak kalau
 -Awak pandai hormat dan jaga hati saya *ecehhh..:p
6. Your favorite ice cream / Ais krim kesukaan anda
 -Takde, sebab tak suka makan Aiskrim.
7. Celebrity I would love to meet / Selebriti yang anda ingin jumpa
 -Dato Siti Nurhaliza :)
8. Most romantic thing you've ever done / Perkara paling romantik anda pernah lakukan
 -Surprise birthday party untuk Incik Kesayangan dan hadiahkan Novel yang paling dia suka:) Terharu giler dia time tu..huhu :P
9. Are you sarcastic / Adakah anda sinis
 -Amy rasa?
10. Thoughts about my blog / Pendapat mengenai blog aku
-Simple, Santai dan juga Menarik :)
11. 3 things that annoy me easily / 3 perkara yang membuatkan anda mudah menyampah 
-Suka mengarah sesuka hati
-Cakap perkara sama berulang kali
-Bangga diri yang terlampau..oppss!
Ok, I'm done..Tapi kan Cik Mimie nak tag semua yang baca entry ni boleh tak? siapa yang baca kira andalah Cik Mimie tag.. awk..awk..dan awak..hehehe..Sudi-sudilah jawab soalan Cik Mimie :)
p/s :  jawab terus 2 tag senang...hehehe.. :)

Tuesday, August 26, 2014

7 Thing Must Know About Me - The Versatile Blogger Award

Salam 1 Malaysia ^_^

Soorryyyyy U oll, Cik Mimie agak sibuk sikit 2-3 hari ni. Maklum lah nak hujung bulan banyak kerja nak kena update and close for this month. Tapi, Cik Mimie tetap juga luangkan sedikit masa tok update blog. Bagi sesiapa yang terjah Cik Mimie, nanti bila free Cik Mimie terjah balik ok :). *Takmo cakap Cik Mimie sombong tau!

So, untuk entry hari ni agak panjang sikit kot. Cik Mimie nak menjawab entry TAGS dari Nadya, Yun Sing dan juga Aisya. Terima kasih sebab tag Cik Mimie, terharu sangat T_T. Dapat Award lagi tau...Thank you so much Nadya Yun Sing & Aisya :)

  • Thank the nice fella who gave you this award ;)
  • Include a link to their blog
  • Select 15 blogs/bloggers you've recently discovered/followed regularly. 
  • Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award
  • Tell the person who nominated you with 7 things about yourself
7 thing that u oll must know about me :)

1. Si Tinggi Lampai
- Ok, kalau u oll nak tahu dalam kalangan adik-beradik Cik Mimie  yang 9 orang tu. Cik Mimie lah yang paling tinggi sekali dan sering digelar galah & zirafah. *menci tau! Tapi, ada jugak bestnya bila dekat kolej ada yang gelar Cik Mimie pramugari.HAHAHAHA.*rabun agaknya mata dorang tu ;p


2. Bukan Penggemar Makanan/Minuman Manis
-Ha, yang ini memang pelik sikit. Kalau u oll nak tahu Cik Mimie memang tak makan or minum benda yang manis-manis ni. Contoh : Kek, kuih, Coklat and minuman manis2 memang tak sentuh langsung. Kalau minum or makan gerenti muntah balik. Pelik kan?


3. Hobi Memasak
-Ye, Cik Mimie memang suka memasak. Suka sangat-sangat, kalau free dekat rumah tu mesti Cik Mimie akan masak. Tak kisahlah apa lauk sekalipun. Satu lagi Cik Mimie suka olah resepi, ikut apa yang ada dalam peti ais tu. HAHAHA*Sukati je kan. Favourite dish Cik Mimie Tomyam kaw pedas2 & Paprik ayam. Sedapnye~~

4. Ex-Student Secondary Chinese School
- Untuk pengetahuan U Oll, Cik Mimie dulu masa sekolah menengah sekolah Cina tau. Haish, memang cultural shock la orang kata. Mana taknya, mula-mula sekolah kebangsaan tiba-tiba Form 1 tercampak sekolah Cina dengan takde kawan lagi T_T. Orang kata kalau sekolah Cina tahu cakap bahasa Cina,  tapi Cik Mimie tak pandai cakap tapi faham apa orang cakap..heee :D


5. Melatah
-Ok, ini memang rahsia besar Cik Mimie. Kalau nak tahu Cik Mimie ni sebenarnya melatah. Bukan Cik Mimie seorang, nenek, makcik, mak, kakak semualah senang cerita. Apa orang kata GENETIK. Ha, tapi tahap melatah Cik Mimie biasa-biasa je lah ;p Ada lagi best masa study dulu dapat roomate and classmate semua melatah.. HAHAHA. kalau lepak memana grup Cik Mimie paling happening lagi2 dekat cafe kolej.

6. Senang Menangis dan Senang Ketawa
- Cik Mimie memang seorang yang cenggeng, sensitip dan cepat terasa hati. Lagi-lagi kalau orang tu tengking-tengking Cik Mimie, memang cepatlah airmata ni mengalir.*Anak bongsu la katakan. Tapi, kalau orang tu buat lawak memang ketawa tak ingat dunia la Cik Mimie ni. HAHAHAHAHA.
7.Tak Suka Jadikan Masalah Sebagai 1 Masalah
- Faham ke tak ayat Cik Mimie tu? Maksud dia macam ni, Cik Mimie kalau ada masalah Cik Mimie tak suka jadikan ia sebagai 1 masalah. Kira macam tak suka pening-peningkan kepala. Cik Mimie lebih suka cool and follow the flow orang kata. Ingat masa dekat kolej dulu, kawan Cik Mimie gelar Cik Mimie ni sempoi sebab ada masalah pun still boleh steady, senyum and beriang-ria raya. HAHAHA. *Rindu kau Amoy T_T.



Ok, I'm Done!!

Tags 
  1. Aina Akmal
  2. Cik Oren
  3. Fiona
  4. Nad
  5. Miss Kepeng
  6. Nik
  7. Anis Ifham
  8. Naalisaa
  9. Kupu-Kupu@Noura Qifays
  10. Syaz
  11.  Mamazara
  12. Dayah
  13. Bro Zumal
  14. Ikhwan
  15. CikNa
Photo credit : Google Image

p/s : Jenuh jugak nak  reveal pasal diri sendiri ni..hehehe..papepun thank siapa yang tag Cik Mimie and sesiapa yang kena tags ni sudi-sudilah jawab yer..hikhikhik :) Nice to know u oll :)
300 x 250