-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label kuih raya. Show all posts
Showing posts with label kuih raya. Show all posts

Monday, June 12, 2017

CORNFLAKE'S BERSALUT COKLAT - KUIH RAYA PERTAMA

Salam 1 Malaysia ^_^

Salam 17 Ramadhan, sekejap je masa berlalu. Semalam baru Cik Mimie berkesempatan nak buat kuih raya. Itupun buat yang simple dan tak perlu menggunakan ketuhar. HEHEHE.. First raya, sebagai isteri dan juga menantu. So, semalam ajak MIL buat kuih sama-sama. Alhamdulillah, siap dengan jayanya :)

Bagi sesiapa nak cuba buat kuih raya yang simple lagi senang ni, boleh tengok resepi dibawah :)

Cornflake salut coklat

Bahan-bahannya :-
1 kotak cornflakes (300gram) atau ikut banyak mana U Olls nak.
1 bar coklat masakan
1/4 butter (Buttercup) untuk kilatkan coklat
1 bekas coklat urai warna warni (sebagai hiasan)
Papercup secukupnya

Cara membuatnya:-
1. Masukkan coklat masakan dan juga butter dalam satu bekas masak menggunakan kaedah double boiler atau guna microwave pun boleh.
2. Apabila coklat dah cair dan sebati dengan butter. Sejukkan sekejap.
3. Dalam bekas yang lain, masukkan cornflakes dan ramas-ramas supaya menjadi kepingan kecil.
4. Setelah coklat sejuk sedikit masukkan kedalam cornflakes dan gaul sehingga rata.
5. Sudukan cornflake ke dalam papercup dan hias dengan coklat urai.
6. Susun di dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk bagi mendapatkan cornflake yang sedap! :D

P/s : Selamat mencuba... :) Next Popia nestum...

Wednesday, July 20, 2016

Wordless Wednesday #1 (2016) : KUIH RAYA BUATAN SENDIRI

Salam 1 Malaysia ^_^


Tahun ni terlebih rajin, semua kuih & Kek buat sendiri.. Nak jadi bini orang kena lah belajar..kahkahkah!

p/s : Wordless Pertama untuk tahun ni *Gila lama tak update =_="

Thursday, July 9, 2015

Kuih Raya : 4C - Cornflake Chocolate Chip Crunchy

Salam 1 Malaysia ^_^


Kuih Raya yang ketiga untuk tahun ini berasaskan cornflakes diberi nama 4C - Cornflakes Chocolate Chip Crunchy. Hahaha...kemain nama dia kan. Kalau u Olls nak tahu kuih ni sedap dan memang sangat-sangat crunchy. Budak-budak kalau makan kuih ni, sure nak lagi, lagi dan lagi. 

Ini adalah percubaan pertama Cik Mimie alhamdulillah, ianya menjadi. Terima kasih kepada Kak Long Cik Mimie sebab membantu dalam menyiapkan kuih ni..*cewah formal betul ayat..hehehe.. U Oll yang lain tak nak cuba ke? Resepi yang sangat mudah :)

RESEPI CORNFLAKES CHOCOLATE CHIP CRUNCHY

  1. 100g gula kastor
  2. 3 biji putih telur (putih sahaja tau, kuning taknak)
  3. 250g NESTLE CORNFLAKES (takde ni x jadilah kuih ni)
  4. 100g chocolate chip
  5. 100g kacang badam (Cik Mimie guna peanut sebab xde badam, pun sedap jugak)
CARA MEMBUATNYA 
  1. Pukul putih telur bersama-sama dengan gula kastor sehingga pekat.
  2. Masukkan nestle cornflakes, chocolate chip dan badam. Gaulkan sehingga sebati (Kalau U Olls rasa adunan putih telur and gula tadi terlalu banyak boleh tambahkan ketiga-ketiga bahan ni)
  3. Sudukan dan masukkan kedalam paper cup tu dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 150 darjah celcius selama 15 - 20 minit :)
  4. Lepas je oven bunyi 'Ting' boleh la dimakan..hehehe :)
SELAMAT MENCUBA :)

p/s : Popia Nestum dah siap tapi lupa nak amik gambar.. Kalau nak resepi  boleh KLIK SINI. :)

Monday, July 21, 2014

RESEPI : POPIA NESTUM

Salam 1 Malaysia ^_^

Wah, tetiba rasa hari ini Cik Mimie nak kongsi resepi buat kuih raya iaitu POPIA NESTUM. *Enak bangat gue cakap sama lo..hehehe. Kalau nak tahu inilah salah satu jenis kuih yang Cik Mimie dah buat satakat ini. So, Jom usha resepi kuih raya Cik Mimie.

 Bahan-bahan yang diperlukan ialah : -
  • 1 paket kulit popia nestum *Cik Mimie beli yang ada 40sheet banyak sikit dapat :)
  • 100 grams Horlicks Original. *Kalau u oll suka rasa horlick boleh tambah lagi ikut suka u oll.
  • 100 grams Nestum Original.
  • 1/2 Cawan Gula Halus/Kastor.
  • 1 biji telur dikacau *untuk lekatkan kulit popia.


 Cara-cara membuatnya :-
  • Leraikan kulit popia satu persatu *jangan semua nanti kulit tu jadi keras.
  • Gulung kulit popia sama ada secara menegak atau pun menyerong *ikut kesenangan u oll la ye :) Cik Mimie prefer menegak sonangggg..
  • Sapukan telur di hujung gulungan sebagai gam. *kalau tak nanti time goreng kulit popia terbuka.
  • Lepas tu gunting kulit popia secara menyerong *contoh dalam gambar

  •  Panaskan minyak, make sure minyak betul-betul panas baru masukkan kulit popia.
  • goreng sehingga warna keemas-emasan/golden *Ha, macam lam gambar tu :)
  • Angkat dan toskan.


  •  Now, buat bahan untuk salut popia tadi.
  • Campurkan kesemua bahan yang telah disukat iaitu nestum, gula halus & horlick.
  • Then, ambil popia yang telah digoreng tadi *make sure popia tadi da kurang berminyak.
  • Gaul..gaul..dan gaul..*rujuk gambar..ekekeke..


  • Taaaddddaaaaa..Dah siap dah!!
  • Boleh simpan dalam tupperware dan makan..yyeeeaaayyhh!!
  • Mudah dan sedap..kriuukk..kriukk..kriukk bunyinya..:p

p/s : Tahun ni GILER semangat nak raya semua kuih buat sendiri..huhuhu :)
300 x 250