Salam 1 Malaysia ^_^
Kuih Raya yang ketiga untuk tahun ini berasaskan cornflakes diberi nama 4C - Cornflakes Chocolate Chip Crunchy. Hahaha...kemain nama dia kan. Kalau u Olls nak tahu kuih ni sedap dan memang sangat-sangat crunchy. Budak-budak kalau makan kuih ni, sure nak lagi, lagi dan lagi.
Ini adalah percubaan pertama Cik Mimie alhamdulillah, ianya menjadi. Terima kasih kepada Kak Long Cik Mimie sebab membantu dalam menyiapkan kuih ni..*cewah formal betul ayat..hehehe.. U Oll yang lain tak nak cuba ke? Resepi yang sangat mudah :)
RESEPI CORNFLAKES CHOCOLATE CHIP CRUNCHY
- 100g gula kastor
- 3 biji putih telur (putih sahaja tau, kuning taknak)
- 250g NESTLE CORNFLAKES (takde ni x jadilah kuih ni)
- 100g chocolate chip
- 100g kacang badam (Cik Mimie guna peanut sebab xde badam, pun sedap jugak)
CARA MEMBUATNYA
- Pukul putih telur bersama-sama dengan gula kastor sehingga pekat.
- Masukkan nestle cornflakes, chocolate chip dan badam. Gaulkan sehingga sebati (Kalau U Olls rasa adunan putih telur and gula tadi terlalu banyak boleh tambahkan ketiga-ketiga bahan ni)
- Sudukan dan masukkan kedalam paper cup tu dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 150 darjah celcius selama 15 - 20 minit :)
- Lepas je oven bunyi 'Ting' boleh la dimakan..hehehe :)
SELAMAT MENCUBA :)
p/s : Popia Nestum dah siap tapi lupa nak amik gambar.. Kalau nak resepi boleh KLIK SINI. :)
