-->
728 x 90

CARI APE TU?

Thursday, July 9, 2015

Kuih Raya : 4C - Cornflake Chocolate Chip Crunchy

Salam 1 Malaysia ^_^


Kuih Raya yang ketiga untuk tahun ini berasaskan cornflakes diberi nama 4C - Cornflakes Chocolate Chip Crunchy. Hahaha...kemain nama dia kan. Kalau u Olls nak tahu kuih ni sedap dan memang sangat-sangat crunchy. Budak-budak kalau makan kuih ni, sure nak lagi, lagi dan lagi. 

Ini adalah percubaan pertama Cik Mimie alhamdulillah, ianya menjadi. Terima kasih kepada Kak Long Cik Mimie sebab membantu dalam menyiapkan kuih ni..*cewah formal betul ayat..hehehe.. U Oll yang lain tak nak cuba ke? Resepi yang sangat mudah :)

RESEPI CORNFLAKES CHOCOLATE CHIP CRUNCHY

  1. 100g gula kastor
  2. 3 biji putih telur (putih sahaja tau, kuning taknak)
  3. 250g NESTLE CORNFLAKES (takde ni x jadilah kuih ni)
  4. 100g chocolate chip
  5. 100g kacang badam (Cik Mimie guna peanut sebab xde badam, pun sedap jugak)
CARA MEMBUATNYA 
  1. Pukul putih telur bersama-sama dengan gula kastor sehingga pekat.
  2. Masukkan nestle cornflakes, chocolate chip dan badam. Gaulkan sehingga sebati (Kalau U Olls rasa adunan putih telur and gula tadi terlalu banyak boleh tambahkan ketiga-ketiga bahan ni)
  3. Sudukan dan masukkan kedalam paper cup tu dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 150 darjah celcius selama 15 - 20 minit :)
  4. Lepas je oven bunyi 'Ting' boleh la dimakan..hehehe :)
SELAMAT MENCUBA :)

p/s : Popia Nestum dah siap tapi lupa nak amik gambar.. Kalau nak resepi  boleh KLIK SINI. :)

11 comments:

  1. sedapnyaa. tak sempat lagi nak buat kuih :)

    ReplyDelete
  2. Wahh dah byk bat kuih raya cik mimie :)

    ReplyDelete
  3. Wah sedapnyanya Cik Mimie...
    Huhuu aci Pm utk order x ?

    ReplyDelete
  4. Mudah gak resepinya yer Cik Mimie...

    ReplyDelete
  5. abang akak suruh buat popia nestum hihihi kena buatbla ni

    ReplyDelete
  6. Senangnya.. Sha copy resepi ya Cik Mimie... Malam nie kalau sempat nak try buat..

    ReplyDelete
  7. PERCUBAAN Pertama terus menjadi...cayalah

    ReplyDelete
  8. wahh senang nyer resepi dia...tiba2 kita rasa nk buat pulak kueh raya... arrr tension!! :D

    ReplyDelete
  9. cerrr zoom sikit kuih tuu cik mimie
    eheheh tapi mcm 1st time je dengar kuih ni
    nak try tak tahu lak bile nak buat nie
    cornflake madu pon tak terbuat lagi

    ReplyDelete
  10. biskut raya kalo guna konflek mmg best hehe.. buat mcm mana pun jadi best kan kan..

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250