-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label abah. Show all posts
Showing posts with label abah. Show all posts

Wednesday, July 27, 2016

MyLip's Generation : Rayakan Sebulan

Salam 1 Malaysia ^_^

Ini kisah hari AHAD 24.07.2016 yang lalu. Kami semua ke Kluang beraya rumah Kak Long Cik Mimie di Taman Matahari. Alhamdulillah, semua 9 beradik dapat berkumpul tapi still tak cukup ahli. Riuh-rendah dibuatnya, dengan anak-anak buah berlari sana-sini. Adik-beradik dok bergosip plus melatah lepastu ketawa sampai cramp perut. Ipar-duai sibuk bersembang. Hehehe.. Inilah Keluarga Cik Mimie :D

Disebabkan hari ni hari Rabu, maka tak boleh nak taip panjang-panjang. "Wordless Wednesday" :P

Family Besar Cik Mimie



Kami 9 beradik, 1 Kumbang 8 Bunga :)



My anak-anak buah, Dah besar dah..







Jom balik Segamat :)
Alhamdulillah, tahun ni memang jauh-jauh berjalan. So, mulai hari ini kita attend Open House pulak! Yeeaayhhh! Tak sabar nak makan-makan..Hahahaha..

p/s : Lepas ni dah kena lupakan pasal raya, fokus persiapan hari penting pulak ^_^

Thursday, July 23, 2015

Alhamdulillah, Abah dah boleh balik!

Salam 1 Malaysia ^_^

Alhamdulillah, tadi abang ngah hantar mesej dekat whatsapp Family Group bagitahu yang Doktor benarkan abah balik petang ni. Syukur sangat-sangat dapat berita ni. Mana taknya, Cik Mimie dekat tempat kerja ni nak buat kerja pun jadi susah hati fikirkan Abah. Bila dapat berita Abah dah boleh balik petang ni rasa lega sangat-sangat. 

Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan dan juga kesembuhan Abah Cik Mimie. Semoga kalian juga diberi kesihatan yang baik :') Amin...



p/s : Kak Long baru sampai dari Kluang tadi, semoga Abah cepat sembuh :')

Alamak!! Cuti Dah Habis!!

Salam 1 Malaysia ^_^

Selamat pagi semua :) Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk terus menulis di teratak usang ni. Setelah hampir seminggu Cik Mimie bercuti, hari ini Cik Mimie dah kembali bekerja. Huwaaa...T_T rasa macam sekejap je cutinya..sob..sob..sob..

Blog pun dah naik berswang dah ni, disebabkan cuti yang lama. So, kerja-kerja di Office pun menggunung tinggi, maaf tau Cik Mimie tak sempat nak jengah U Olls. Nanti bila dah free sikit Cik Mimie datang beraya ye :) Jangan lupa sediakan air dengan kuih muih...hehehe..Kalau ada tom yam ke, sup ke, rendang ke? lagi awesome...hikhikhik :)

http://www.faizalfredley.com/wp-content/uploads/2015/05/Troll-cuti-dah-nak-habis.png

Lagi satu, mood Cik Mimie tak berapa happy sangat hari ni. Sebab malam tadi Abah Cik Mimie excident T_T Pukul 1 pagi baru balik dari hospital uruskan Abah. Doktor suruh Abah duduk wad sebab tulang dekat belakang tapak tangan Abah patah T_T jari kelingking pulak kena jahit sebab terkoyak. Lepas balik kerja nanti nak bekejar ke hospital lagi. Semoga Abah cepat sembuh dan boleh keluar hospital A.S.AP. Risau kami adik beradik. T_T

 http://3.bp.blogspot.com/-xU0AiyJG0ew/U8_PjVtrF1I/AAAAAAAA3kU/2rZG_DGFPE0/s1600/doa+penyembuh+sakit.JPG

p/s : Macam-macam perkara sedih jadi raya ni.So, mood raya tu tak berapa nak ada sangat :(

Wednesday, April 8, 2015

Wordless Wednesday #12 (2015) : Happy Birthday Abah :)

Salam 1 Malaysia ^_^



 p/s : 04.04.44 - Selamat Hari Jadi Abah yang ke 71 Tahun. Kesayangan Cik Mimie dunia akhirat :)

Friday, January 30, 2015

My Family - MyLip's Generation

Salam 1 Malaysia ^_^


Ha, nampak tak gambar kat atas tu? Kalau nak tahu itulah keluarga Cik Mimie, tapi tak cukup 100% masih ada yang tak termasuk dalam gambar tu :) Disebabkan ramai sangat bertanya Cik Mimie ni berapa orang adik beradik. Lepas tu rasa macam ramai je kakak Cik Mimie ni kan? So, Cik Mimie nak story pasal keluarga Cik Mimie. 


Ini gambar campak balik pada 04.04.2012, masa ni kami adik beradik berkumpul dekat dataran Segamat bawa makanan dan celebrate Birthday Abah Cik Mimie. Memang seronok la..hehe..tak pernah dibuat orang berkelah dekat dataran. :)


Adik beradik Cik Mimie ada 9 orang semuanya, 8 perempuan dan seorang lelaki. Cik Mimie anak yang bongsu so Cik Mimie ada 7 orang kakak dan seorang abang lah. Semua dah berkeluarga tinggal Cik Mimie seorang je belum lagi. InshaAllah, sampai seru adalah nanti..ekekeke..Memandangkan semua dah berkeluarga so Cik Mimie mempunyai 21 orang anak buah 10 perempuan dan 11 lelaki. Ha, ada seorang lagi tengah on the way, inshaAllah bulan 3 nanti akan keluar dari perut mak dia..huhu..Opps, lupa nak bagitahu yang Cik Mimie dah ada seorang cucu iaitu anak kepada anak buah sulung Cik Mimie. Tengok anak buah pun dah kawin dan ada anak tau..haha..ucu nya saja belum lagi..:)

Along - Normah Md Yusop
Angah - Nordin Md Yusop
Uda - Normala Md Yusop
Andak - Norlizana Md Yusop
Ateh - Nora Md Yusop
Anjang - Zubaidah Md Yusop
Itam - Zuriawati Md Yusop
Acik - Zuriyani Md Yusop
Ucu - Norshamimi Md Yusop

Kesayangan kami semua Encik Md Yusop Kasim dan Puan Lipah Ason.

p/s : Ada masa cerita pasal anak-anak buah Cik Mimie pula.. :)
300 x 250