728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label Kakak. Show all posts
Showing posts with label Kakak. Show all posts

Friday, January 30, 2015

My Family - MyLip's Generation

Salam 1 Malaysia ^_^


Ha, nampak tak gambar kat atas tu? Kalau nak tahu itulah keluarga Cik Mimie, tapi tak cukup 100% masih ada yang tak termasuk dalam gambar tu :) Disebabkan ramai sangat bertanya Cik Mimie ni berapa orang adik beradik. Lepas tu rasa macam ramai je kakak Cik Mimie ni kan? So, Cik Mimie nak story pasal keluarga Cik Mimie. 


Ini gambar campak balik pada 04.04.2012, masa ni kami adik beradik berkumpul dekat dataran Segamat bawa makanan dan celebrate Birthday Abah Cik Mimie. Memang seronok la..hehe..tak pernah dibuat orang berkelah dekat dataran. :)


Adik beradik Cik Mimie ada 9 orang semuanya, 8 perempuan dan seorang lelaki. Cik Mimie anak yang bongsu so Cik Mimie ada 7 orang kakak dan seorang abang lah. Semua dah berkeluarga tinggal Cik Mimie seorang je belum lagi. InshaAllah, sampai seru adalah nanti..ekekeke..Memandangkan semua dah berkeluarga so Cik Mimie mempunyai 21 orang anak buah 10 perempuan dan 11 lelaki. Ha, ada seorang lagi tengah on the way, inshaAllah bulan 3 nanti akan keluar dari perut mak dia..huhu..Opps, lupa nak bagitahu yang Cik Mimie dah ada seorang cucu iaitu anak kepada anak buah sulung Cik Mimie. Tengok anak buah pun dah kawin dan ada anak tau..haha..ucu nya saja belum lagi..:)

Along - Normah Md Yusop
Angah - Nordin Md Yusop
Uda - Normala Md Yusop
Andak - Norlizana Md Yusop
Ateh - Nora Md Yusop
Anjang - Zubaidah Md Yusop
Itam - Zuriawati Md Yusop
Acik - Zuriyani Md Yusop
Ucu - Norshamimi Md Yusop

Kesayangan kami semua Encik Md Yusop Kasim dan Puan Lipah Ason.

p/s : Ada masa cerita pasal anak-anak buah Cik Mimie pula.. :)

Saturday, January 10, 2015

Breakfast With My Sister

Salam 1 Malaysia ^_^

Yeeaayhh! hari ini dapat breakfast kat luar, biasanya breakfast kat rumah je..hehehehe..inipun sebab Cik Mimie tumpang tidur rumah kakak Cik Mimie No.7 malam tadi, ada rewang sikit kakak No.3 nak buat kenduri cukur jambul anak dia malam ni. So, pagi tadi sebelum pergi kerja kami berdua sempat singgah kedai Soto paling sedap dekat Segamat ni. Dah lama kot tak makan kat sana, paling suka sambal kicap dia..ummpph! terangkat kalau makan..ngeh3x!!


Ini dia Cik Mimie and kakak No.7 makan Soto nasi separuh je..sebab tu mangkuk kecik je, kalau nak penuh pun boleh mangkuk dia lagi besar tau..ha, memang kenyang la kalau makan..:) Harga dia untuk Soto separuh RM2.50 manakala Soto penuh RM3.50 :) murah je kan? 

Kakak No.7 tunggu masa nak meletup je perut dia tu..hahaha
Belanja gambar sekeping sebelum pergi kerja, pakai cecantik sebab lepas kerja nak pergi rumah orang kahwin pulak...Cantik ke?? hahaha...hmmm, program makan je la hari ini..hehehe..

P/s : U olls breakfast apa hari ini?
300 x 250