-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Friday, May 19, 2017

Resepi Asam Pedas

Salam 1 Malaysia ^_^

Jom!! Sertai Peraduan Lazada Ramadhan Raya Blogger & Memenangi Baucer Membeli-belah Lazada!



Gedung Membeli-belah secara atas talian @ Online iaitu LAZADA, telah menganjurkan beberapa peraduan untuk Blogger bersempena Bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang tak lama lagi. Cik Mimie pasti semua blogger tahu mengenai peraduan ini. Ha? ada yang tak tahu? takpe-takpe U Olls, boleh KLIK SINI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Peraduan dari LAZADA :)

Bersempena Bulan Ramadhan yang tinggal beberapa hari je lagi akan menjelang Lazada ada menyediakan Jualan Ramadhan Lazada dimana U Olls boleh menikmati Diskaun Istimewa sehingga 90% yang berlangsung selama dari 16 Mei sehingga 30 June 2017.

<KLIK BANNER>
BAGAIMANA NAK SERTAI PERADUAN LAZADA RAMADHAN RAYA BLOGGER?

Peraduan ini bermula dari 19 Mei sehingga 25 Jun 2017 selama 4 minggu. Peserta yang ingin menyertai perlu memilih salah satu atau boleh menyertai lebih dari satu topik berbeza yang telah Lazada sediakan pada setiap minggu. So, ini bermakna ada 4 topik yang U Olls boleh pilih untuk tulis di blog U Olls mengikut tarikh pertandingan yang ditetapkan. Sebagai contoh, bermula minggu ini iaitu 19 Mei sehingga 1 Jun 2017 artikel yang perlu U Olls tulis ada mengenai masakan kegemaran semasa berbuka puasa, kongsikan resepi dan pilih produk di Lazada yang boleh membantu U Olls menyediakan masakan U Olls. Ha, mudah je kan? Tajuk article adalah nama resepi U Olls :) setiap article yang telah di post perlu emelkan link ke contest@lazada.com.my dengan seubjek: Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest.

HADIAH - LAGI BANYAK PENYERTAAN, LAGI RAMAI PEMENANG!!
  1. Kurang dari 100 penyertaan (15 Pemenang) - 15 x RM100.00
  2. Lebih dari 100 penyertaan (20 Pemenang)  - Pertama = 1 x RM400.00, Kedua = 8 x RM150.00 & Ketiga = 11 x RM100.00
  3. Lebih dari 200 penyertaan ( 50 Pemenang) - Pertama = 1 x RM500.00, Kedua = 16 x RM150.00 & Ketiga = 33 x RM100.00
  4. Lebih dari 300 penyertaan (80 Pemenang) - Pertama = 1 x RM600.00, Kedua = 35 x RM150.00 & Ketiga = 44 x RM100.00
Berita baik untuk U Olls, setiap minggu Lazada akan memilih3 pemenang bertuah untuk memenangi Baucer Membeli-belah dia Lazada setiap seorang!!

Pergh, betul-betul awesome bukan? so, tunggu apa lagi jom lah kita memeriahkan lagi peraduan dari Lazada ni. Mana tahu ada rezeki buat kita :D 

PERADUAN LAZADA RAMADHAN RAYA BLOGGER

A.  Apakah masakan Iftar kegemaran anda?
     (What are your favourite Iftar dishes?)

   Asam Pedas

B. Kongsikan resepi masakan tersebut.
     (Share the recipes of the dishes)

Bahan-bahannya :
  1. Ikan @ ayam (ikut selera anda)
  2. Segengam cili kering (ikut kepedasan masing-masing) *
  3. 2 biji bawang besar *
  4. 4 ulas bawang putih *
  5. 1 inci kunyit hidup *
  6. 2 inci halia *
  7. 2 cawan air 
  8. 1 Cawan air asam jawa
  9. 1 sudu besar kunyit serbuk
  10. Garam dan perasa tambahan
  11. Minyak untuk menumis
Cara-cara menyediakannya :
  1. Kisar semua bahan yang bertanda (*)
  2. Panaskan minyak dalam kuali
  3. Tumis bahan kisar dan serbuk kunyit sehingga naik minyak
  4. masukkan air, air asam jawa, garam dan perasa tambahan.
  5. Setelah air mendidih masukkan ikan @ ayam (kalau nak kuah lebih boleh tambah air)
  6. Masak sehingga kuah mnjadi pekat sedikit.
  7. Siap dan sedia untuk dihidangkan :)

C. Apakah jenis produk yang boleh anda temui di Platform Lazada untuk membantu anda        menyediakan masakan?
  (What kind of products can you find on Lazada's Platform to help you prepare the       dishes?)

Lazada ada segala-galanya, dengan Lazada Cik Mimie jimat masa tak perlu ke shopping mall untuk mendapat produk yang Cik Mimie inginkan. Lazada juga memudahkan Cik Mimie untuk menyediakan juadah berbuka puasa, hanya cari sahaja di Platform "Ramadhan Bazar" dan "Ramadhan Home" yang mana harga yang ditawarkan sangat-sangat berbaloi!! :D



Di ruangan "Riang Ria Raya Groceries Cooking" menyediakan pelbagai produk yang Cik Mimie inginkan. Sebagai contoh perasa tambahan dan juga serbuk kunyit ni. Wah, free shipping lagi U Olls memang puas hati :)



Selain itu di ruangan "Riang Ria Raya My Ramadhan Home Kitchen" juga Cik Mimie boleh dapatkan peralatan dapur yang gilerrrr murah harga dia. Baru semangat nak memasak kalau dapat beli GTE 4 set Non Stick Alat Memasak :D





So, kepada U Olls yang tak join lagi. Boleh join peraduan dari Lazada ni.. CEPAT-CEPAT :)

p/s : Semoga ada rezeki buat kita semua ^_^

Wednesday, July 27, 2016

MyLip's Generation : Rayakan Sebulan

Salam 1 Malaysia ^_^

Ini kisah hari AHAD 24.07.2016 yang lalu. Kami semua ke Kluang beraya rumah Kak Long Cik Mimie di Taman Matahari. Alhamdulillah, semua 9 beradik dapat berkumpul tapi still tak cukup ahli. Riuh-rendah dibuatnya, dengan anak-anak buah berlari sana-sini. Adik-beradik dok bergosip plus melatah lepastu ketawa sampai cramp perut. Ipar-duai sibuk bersembang. Hehehe.. Inilah Keluarga Cik Mimie :D

Disebabkan hari ni hari Rabu, maka tak boleh nak taip panjang-panjang. "Wordless Wednesday" :P

Family Besar Cik Mimie



Kami 9 beradik, 1 Kumbang 8 Bunga :)



My anak-anak buah, Dah besar dah..







Jom balik Segamat :)
Alhamdulillah, tahun ni memang jauh-jauh berjalan. So, mulai hari ini kita attend Open House pulak! Yeeaayhhh! Tak sabar nak makan-makan..Hahahaha..

p/s : Lepas ni dah kena lupakan pasal raya, fokus persiapan hari penting pulak ^_^

Friday, July 15, 2016

SYAWAL 2016 - BERAYA BERSAMA KELUARGA

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini merupakan Syawal yang ke-10, sekejap betul masa berlalu. So, memandangkan semua orang dah update gambar raya, Cik Mimie pun nak update jugak..hehehehe.. Tahun ini alhamdulillah, dapat berkumpul adik beradik walaupun pagi raya pertama tu, Cik Mimie dengan mak je ada dekat rumah siapkan apa yang patut. hukhukhuk. Sedih tau! Adik beradik yang lain ondeway dari rumah masing-masing. Tengah hari baru la dapat berkumpul itupun tak semua ada sebab ada yang balik rumah mertua.

Tentatif hari raya. Ceh, siap ada tentatif lagi kan..hahaha..

Raya Pertama - Duduk rumah tunggu tetamu / sedara-mara serbu rumah
Raya Kedua - Masih dirumah layan program TV
Raya Ketiga - Balik kampunggggg PEKAN PAHANG raya rumah Ayah long, Mak Andak & Makcik
Raya Keempat - Terjah rumah sedara-mara di SEGAMAT
Raya Kelima - Serbu rumah adik-beradik & rumah bakal Mertua. :D
Raya Keenam hingga hari ini - KERJAAAAAA T_T

So, Cik Mimie malas nak bebel banyak-banyak. Jom kita layan gambar ye? Sila jangan muntah hijau sebab gambar banyak sangat..hehehehe.. :P

HARI RAYA PERTAMA - RUMAH JERRR




HARI RAYA KETIGA - PEKAN PAHANG




















RAYA KEEMPAT - RUMAH SEDARA MARA



RAYA KELIMA - KAWASAN RUMAH 


 Tahun ni takde gambar dengan Incik Kesayang sebab dia kerjaaaaa, so kita collage je la ye gambarnya :) Insyaallah, tahun depan kita raya sama-sama :) Yeaaayhhh!


SELAMAT HARI RAYA SEMUA!! :D

#kosongkosong #ootdraya #lastrayaassingle #selamathariraya #blogger

p/s : Ada masa Cik Mimie terjah u Oll k? :D Terima kasih sudi jenjalan kat sini.

Tuesday, July 12, 2016

Selamat Hari Raya AidilFitri 2016

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai Uolls, wah masih berada di mood raya lagi ke idak ni? hehehe.. Setelah 5 hari Cik Mimie bercuti semalam dah mula berkerja dah. Dia punya mood nak bangun pagi pergi kerja tu jangan cakap lah. Memang nampak bantal dan tilam tu memanggil-manggil je. hahahaha..

Alhamdulillah, tahun ni beraya dalam keadaan besederhana, Kuih raya pun takde yang beli semua Cik Mimie buat dan Kakak-kakak Cik Mimie bagi.,,hikhikhik,, jimat sikit. Dia punya rajin tahun ni 6 jenis kuih raya Cik Mimie buat sendiri.. Alhamdulillah, semua menjadi dan laku keras.. :D

Tiga kali Cik Mimie cuba buat Kek Butter, kek dia memang menjadi tapi hangus bahagian atas... sabar je la... Nasib baik habis anak-anak buah bedal.. :)

so, masih lagi dalam bulan syawal ni dan mood beraya pun tak habis lagi ni. Cik Mimie ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri buat semua yang mengenali Cik Mimie. Minta ampun, minta maaf jika selama kita berkenalan di alam maya ni ada yang terasa hati, terguris dengan perkataan yang Cik Mimie tulis di blog ini. Cik Mimie minta maaf ye :) #kosongkosong


Hari ni Cik Mimie terima emel yang mengembirakan.. Akan berada di blog ini.. stay tuneeeeee..

P/s : Masih dalam proses merealisasikan kotak keinginan 'KETIGA'. Moga dipermudahkan :)
300 x 250