-->
728 x 90

CARI APE TU?

Thursday, June 23, 2011

Mari Berpantun!!

Salam 1 Malaysia ^_^

Malam-malam mengadap lappy,
Sambil makan choki-choki,
Apa khabar saudara-saudari,
Ada sihat tak hari ini?

Ke sana ke mari mencari zaitun,
Sampai ke petang masih tak jumpa,
Marilah kawan-kawan kita berpantun,
Tradisi orang lama jangan dilupa.

Asap rokok membahayakan kesihatan,
Kesannya buruk berganda-ganda,
Kurangkan merokok dalam kehidupan harian,
Kerana nyawa anda begitu berharga.

Traffic light ada 3 warna,
Salah satu merah warnanya,
Janganlah kita melanggarinya,
Kerana anda mampu menggubahnya.

Pagi-pagi makan burger,
Sambil minum air kopi,
Sudah menjadi amalan blogger,
Kunjung-mengunjungi sesama sendiri.

Sana stori, sini stori,
Kekadang pening, betul ke ni?
Dunia blogging memang kontroversi,
Kalau tak caya marilah join sekaki.

Pantun dicipta saja suka suki,
Mengisi masa lapang yang kosong ni,
Jangan pulak ada yang benci,
Cik Mimie sikit pun tak mencaci.

Pergi ke kedai beli bahulu,
tak lupa juga kuih pelita,
Cik Mimie minta diri dahulu,
Salah silap maaf dipinta.

-Adios-

[Picca takde kena-mengena*muka orang dah bosan!!]

p/s: Jom2 kita berpantun..^_^

4 comments:

  1. alamak aku ni kurang berbakat la dalam berpantun.. tapi aku tetap nak balas gak...

    dua tiga kucing berlari
    mane nak sama si kucing belang
    bestnye ko punye entry
    semoga jadi blogger terbilang

    hehehe. ok x :)

    ReplyDelete
  2. salam

    tahnniah ye..

    http://queenroszaliza.blogspot.com/2011/06/senarai-pemenang-queenpink-lucky.html

    ReplyDelete
  3. Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine :

    terima kasih daun keladi,
    entry biasa, xgempak mana,
    cayalah pantun ko beri,
    terkesima sekejap aku baca. =)

    ReplyDelete
  4. QUEENPINK: salam.. wah, cik mimie mng la..terima kasih kak ros.=)

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250