-->
728 x 90

CARI APE TU?

Monday, October 24, 2016

Happy Birthday To Me!!!

Salam 1 Malaysia ^_^

Alhamdulillah, hari ini 24.10.2016 genap umur Cik Mimie 26 Tahun. Terima kasih buat Emak Cik Mimie sebab dia lah Cik Mimie hidup dalam dunia ni. Actually, tengah sibuk sekarang ni.. curi masa sikit update blog..hehehe...

Image result for happy birthday to me

Hadiah untuk diri sendiri tahun ni, dapat handphone baru..Yeeaayhh!!!

#BrideToBe # Countingdays #Taksabarnya..

HAHAHAHAHA!!

Monday, October 3, 2016

Cara Daftar Permohonan Kebenaran Nikah Di Negeri Johor

Salam 1 Malaysia ^_^


Hai, Johor Girlsssss! Ada yang bakal kahwin tak lama lagi?
Dah daftar permohonan Kebenaran Nikah? 
Apa! belum lagi? 


Marilah kita mendaftar secara berjemaah!! hehehe.. Memandangkan Cik Mimie ni berasal dari Johor so, sebelum nak kahwin ni kena lah buat permohonan kebenaran nikah di daerah masing-masing. Permohonan boleh dibuat 3 bulan sebelum tarikh pernikahan U Olls. Ada yang nak tahu Cik Mimie Johor belah mana? SEGAMAT jerrr.. :P 

Actually, permohonan ini bukan untuk perempuan je tau, lelaki yang berasal dan bermastautin di Johor pun kena buat permohonan ni juga. Nasib baiklah tunang Cik Mimie satu daerah so, mudah lah untuk Cik Mimie menyelesaikan semua perkara ini.. Kat mana U Olls kena daftar? Hanya pergi ke laman sesawang e-NCR Johor je. Sistem ni kalau U Olls tak daftar U Olls TAK BOLEH KAHWIN TAU! Ha!! takut tak? takut tak? 

Ok, kalau bagi U Olls yang girls-girls ni berasal dari Johor dan pasangan pulak berasal dari negeri lain. U Olls je kena buat permohonan ini, untuk lelaki pulak kena dapatkan surat kebenaran nikah luar kawasan dari negeri masing-masing. Surat tu pulak U Olls kena lampirkan sekali dengan permohonan U Olls. So, jom kita mendaftar mudah dan cepat!

Cara Isi Permohonan di e-NCR
  • Layari laman sesawang seperti di bawah ini:

  • Bagi pengguna baru sila klik pada item No.2.
  • Tanda pada Box yang disediakan dan Klik Teruskan
  • Pilih No. Kad Pengenalan dan masukkan No. Kad Pengenalan, Klik DAFTAR
Note: Selepas daftar U Olls akan diberi No. Rujukan Pendaftaran dan juga Status Pendaftaran. Jika tidak aktif U Olls boleh telefon Pejabat Kadi Daerah masing-masing untuk mnegaktifkannya. Jangan risau No.tel setiap daerah akan diberi. Sila cetak untuk rujukan U Olls! *Status Pendaftaran Cik Mimie terus aktif, mungkin sistem sekarang dah update :)


  • Selesai mendaftar, sila log in dan masukkan semua maklumat yang diminta. Klik NIKAH>PEREMPUAN>PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH(Perempuan). Isi semua maklumat.
Nota : Bagi pasangan yang kedua-duanya berasal dari Johor, Cik Mimie sarankan daftar lah serentak sebab dalam satu kolum "Pasangan" Ia memerlukan No. Rujukan Pendaftaran pasangan. Just, masukkan No.rujukan tersebut Klik pada Jana Pasangan automatik semua maklumat mengenai pasangan akan keluar. Tak payah la U Olls nak taip lagi. Maklumat pun tak kan bercanggah :) Bagi pasangan luar Johor taip manual je lah :)



  •  Selepas selesai isi semua maklumat boleh lah Klik pada butang "Hantar Permohonan". Sila cetak maklumat berkenaan dan dapatkan tandatangan sesiapa yang terlibat. Disini, akan ada senarai dokumen yang kita perlukan seperti :
  1. Slip Permohonan On-line
  2. Kad Pengenalan
  3. Borang Pengesahan Saksi Permohonan Kebenaran Nikah
  4. 2 Salinan Kad Pengenalan 2 Orang Saksi
  5. 2 Salinan Kad Pengenalan Wali
  6. Surat Akuan Status Diri dari Ketua Kampung, Penghulu atau Majikan beragama Islam 
  7. Sijil Pra-Perkahwinan
  8. Laporan Pemeriksaan Kesihatan HIV
  9. Sijil Nikah Ibu Bapa

Dan beberapa lagi dokumen mengikut maklumat yang U Olls ini, jika wali bukan bapa kandung ada dokumen lain yang perlu disertakan. Bagi permohonan untuk lelaki hanya beberapa borang yang perlu diisi. So, lepas dokumen semua dah lengkap bolehlah hantar ke Pejabat Kadi Daerah yang U Olls dah pilih masa membuat permohonan. Bersedialah untuk di TEMUDUGA!

Cik Mimie belum hantar borang lagi, baru je mendaftar.. HAHAHA.. nanti Cik Mimie continue pasal temuduga pulak tau! Semakin berdebar-debar pulak rasa...:)

p/s : Macam mimpi je semua ni.. :P

Saturday, October 1, 2016

Salam Maal Hijrah 1438 Masihi

 Salam 1 Malaysia ^_^


Ad6e

E68e

Cik Mimie ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah Tahun Baru bagi kita semua.. Di kesempatan ini Cik Mimie ingin memohon maaf jika selama kita berkenalan di alam maya ini ada terguris, terluka or apa je yang ter...hehee.. minta diampunkan dan dihalalkan :)

Salam Awal Muharram

Lirik Lagu Maal Hijrah (1 Muharram) – Al Ajiba

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
[Chorus]
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
[Ulang chorus]
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
[Ulang chorus 2x]
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman
p/s : Selamat Bercuti Buat Semua :D

"October" My Favourite Month



Salam 1 Malaysia ^_^


Image result for hello october my birthday month

Morning U Olls and Hello October!! Cik Mimie ni betul-betul macam biskut, kejap ada kejap menghilang... hehehe.. Maaf ye semua, ada komitmen lain yang Cik Mimie perlu fokus buat masa sekarang ni. Tapi blog-blog U Olls Cik Mimie still baca dan terjah. Mana yang sempat tu Cik Mimie tinggalkan jejak, mana yang tak sempat tu Cik Mimie still baca perkembangan U Olls. Jangan risau tau! ^_^

So, pejam celik pejam celik dah masuk bab ke 10 dari 12 bab yang kita ada untuk tahun ni. Sekejap betul kan masa berlalu. Tinggal beberapa bulan lagi Cik Mimie akan menamatkan zaman bujang. Honestly, Cik Mimie rasa nervous sangat, hope everything will be fine and smooth. Amin.

Eh, lupa nak bagitau kenapa Cik Mimie cakap bulan October Favourite Cik Mimie. Of course la sebab bulan ni bulan kelahiran Cik Mimie. OMG i'm getting old! hehehehe...


Image result for hello october my birthday month

Okla, sampai disini dulu merapu meraban Cik Mimie. Sampai bertemu lagi :P

p/s : Doorgift masih dalam pencarian, any suggestion? (jimat n bajet)
300 x 250