-->
728 x 90

CARI APE TU?

Wednesday, May 31, 2017

"SGshop RM1000 FREE Shopping Credit Giveaway"

Salam 1 Malaysia ^_^ 

10 Pemenang X RM100 Shopping Credit


Hai U Olls, jom join GA anjuran blogger ELIH JAPAHAR ini. GA sangat menarik dan hadiah yang ditawarkan sangat lumayan. Untuk menyertai giveaway ini, U Olls perlu memenuhi syarat-syarat paling mudah yang dinyatakan dibawah ni. Giveaway yang sangat mudah untuk memenangi RM100 Free Shopping Credit di SGshop Malaysia.


Syarat-Syarat Penyertaan:

  • WAJIB register akaun anda di SGshop Malaysia 
  • Like Fan Page SGshop Malaysia
  • Copy banner giveaway diatas dan buat satu entry bertajuk "SGshop RM1000 FREE Shopping Credit Giveaway"
  • Senaraikan Minimum 1 Produk yang anda teringin sangat beli jika anda menang RM100 Free Shopping Credit itu nanti. (lihat contoh entry sini)
  • Copy URL entry penyertaan diatas dan pastekan dibahagian komen dibawah.
  • Tempoh giveaway ini bermula 17 Mei hingga 31 Mei 2017, senarai nama pemenang akan diumumkan pada 1 Jun 2017 jam8 pagi.
Sekiranya saya berjaya terpilih sebagai pemenang, antara produk yang saya akan beli jika menang RM100 shopping credit ni adalah:


Ladies Bag 2017 New Tide All-Match Korean Fashion Personality Handbag Shoulder Messenger Bag Of Middle-Aged Mother

Harga : RM 23.54


L500 Mini 2.4''Car DVR Camera Dashcam 1920x1080 Full HD 108

Harga : RM 76.25

Jumlah harga produk yang ingin dibeli : RM99.79

Jom kita support giveaway ni ramai-ramai, inilah masanya kita bershopping dengan duit free dari SGshop. Untuk menyertai giveaway ini, klik banner diatas atau klik sini

Harap boleh menang giveaway ni, nak sangat beli camera dashcam tu :)

p/s : Hari ni last day untuk join tau...cepat-cepat!!!

Tuesday, May 30, 2017

"Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz"

Salam 1 Malaysia ^_^


Salam ramadhan buat semua pembaca Papaglamz yang aku sayangi. Sayang lebih sikit untuk sesiapa yang sudi baca entri segmen aku kali ni. Hehehe. Ok la, straight to the point. Bersempena bulan penuh barokah ini, aku tergerak hati untuk menganjurkan segmen simple untuk korang semua. Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz. Aku saje je anjurkan segmen sebegini rupa sekadar hendak membawa kita semua selain dari blogwalking tu terasa ada pengisian la sikit kan. Insyallah. Jangan lupa join. Ikuti syarat-syarat yang mudah dengan tertib tau...!!!!


Syarat-syarat

1. Baca 3 Zikir yang mudah ni sebanyak mana yang korang mahu. At least sekali pun Alhamdulillah. Jangan skip ye.









2. Mainkan video youtube di bawah ni. Selama mana yang mampu korang tengok la video ni tau.


Baca syarat-syarat lain di Entri Official Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz (Klik Disini)


SELAMAT BERSEGMEN


10 Peserta BERTUAH bakal mendapat Sampul Duit Raya EXCLUSIVE by PAPAGLAMZ beserta HADIAH MISTERI dari Papaglamz.com.

Segmen berlangsung bermula 27 May 2015 hingga 10 Jun 2017

Jom jom jom cepat join.....!!!!!

Monday, May 29, 2017

"Ramadhan / Syawal 2017 Giveaway by Kasihkuamani"

Salam 1 Malaysia ^_^


Hadiahnya

1. 8 set sampul duit raya & kad raya untuk 8 orang pemenang.
2. Hadiah saguhati untuk 12 orang pemenang iaitu kiriman kad raya dari Sha.

Jumlah hadiah = 20 pemenang

Tempoh Giveaway 27 Mei 2017 sehingga 07 Jun 2017.
Pengumuman pemenang pada 09 Jun 2017.

Salam Ramadhan 2017

Salam 1 Malaysia ^_^

Sumber
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberi kesempatan pada kita semua untuk menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Di kesempatan ini, Cik Mimie ingin mengucapkan selamat berpuasa buat semua rakan-rakan blogger dan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. 

Semoga Ramadhan kali ini, dapat memberi kita seribu satu kebaikan dan menambahkan lagi amalan pahala kita. :D

p/s : Hari ini dah Ramadhan yang ke-3..

Friday, May 19, 2017

Resepi Asam Pedas

Salam 1 Malaysia ^_^

Jom!! Sertai Peraduan Lazada Ramadhan Raya Blogger & Memenangi Baucer Membeli-belah Lazada!



Gedung Membeli-belah secara atas talian @ Online iaitu LAZADA, telah menganjurkan beberapa peraduan untuk Blogger bersempena Bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang tak lama lagi. Cik Mimie pasti semua blogger tahu mengenai peraduan ini. Ha? ada yang tak tahu? takpe-takpe U Olls, boleh KLIK SINI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Peraduan dari LAZADA :)

Bersempena Bulan Ramadhan yang tinggal beberapa hari je lagi akan menjelang Lazada ada menyediakan Jualan Ramadhan Lazada dimana U Olls boleh menikmati Diskaun Istimewa sehingga 90% yang berlangsung selama dari 16 Mei sehingga 30 June 2017.

<KLIK BANNER>
BAGAIMANA NAK SERTAI PERADUAN LAZADA RAMADHAN RAYA BLOGGER?

Peraduan ini bermula dari 19 Mei sehingga 25 Jun 2017 selama 4 minggu. Peserta yang ingin menyertai perlu memilih salah satu atau boleh menyertai lebih dari satu topik berbeza yang telah Lazada sediakan pada setiap minggu. So, ini bermakna ada 4 topik yang U Olls boleh pilih untuk tulis di blog U Olls mengikut tarikh pertandingan yang ditetapkan. Sebagai contoh, bermula minggu ini iaitu 19 Mei sehingga 1 Jun 2017 artikel yang perlu U Olls tulis ada mengenai masakan kegemaran semasa berbuka puasa, kongsikan resepi dan pilih produk di Lazada yang boleh membantu U Olls menyediakan masakan U Olls. Ha, mudah je kan? Tajuk article adalah nama resepi U Olls :) setiap article yang telah di post perlu emelkan link ke contest@lazada.com.my dengan seubjek: Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest.

HADIAH - LAGI BANYAK PENYERTAAN, LAGI RAMAI PEMENANG!!
  1. Kurang dari 100 penyertaan (15 Pemenang) - 15 x RM100.00
  2. Lebih dari 100 penyertaan (20 Pemenang)  - Pertama = 1 x RM400.00, Kedua = 8 x RM150.00 & Ketiga = 11 x RM100.00
  3. Lebih dari 200 penyertaan ( 50 Pemenang) - Pertama = 1 x RM500.00, Kedua = 16 x RM150.00 & Ketiga = 33 x RM100.00
  4. Lebih dari 300 penyertaan (80 Pemenang) - Pertama = 1 x RM600.00, Kedua = 35 x RM150.00 & Ketiga = 44 x RM100.00
Berita baik untuk U Olls, setiap minggu Lazada akan memilih3 pemenang bertuah untuk memenangi Baucer Membeli-belah dia Lazada setiap seorang!!

Pergh, betul-betul awesome bukan? so, tunggu apa lagi jom lah kita memeriahkan lagi peraduan dari Lazada ni. Mana tahu ada rezeki buat kita :D 

PERADUAN LAZADA RAMADHAN RAYA BLOGGER

A.  Apakah masakan Iftar kegemaran anda?
     (What are your favourite Iftar dishes?)

   Asam Pedas

B. Kongsikan resepi masakan tersebut.
     (Share the recipes of the dishes)

Bahan-bahannya :
  1. Ikan @ ayam (ikut selera anda)
  2. Segengam cili kering (ikut kepedasan masing-masing) *
  3. 2 biji bawang besar *
  4. 4 ulas bawang putih *
  5. 1 inci kunyit hidup *
  6. 2 inci halia *
  7. 2 cawan air 
  8. 1 Cawan air asam jawa
  9. 1 sudu besar kunyit serbuk
  10. Garam dan perasa tambahan
  11. Minyak untuk menumis
Cara-cara menyediakannya :
  1. Kisar semua bahan yang bertanda (*)
  2. Panaskan minyak dalam kuali
  3. Tumis bahan kisar dan serbuk kunyit sehingga naik minyak
  4. masukkan air, air asam jawa, garam dan perasa tambahan.
  5. Setelah air mendidih masukkan ikan @ ayam (kalau nak kuah lebih boleh tambah air)
  6. Masak sehingga kuah mnjadi pekat sedikit.
  7. Siap dan sedia untuk dihidangkan :)

C. Apakah jenis produk yang boleh anda temui di Platform Lazada untuk membantu anda        menyediakan masakan?
  (What kind of products can you find on Lazada's Platform to help you prepare the       dishes?)

Lazada ada segala-galanya, dengan Lazada Cik Mimie jimat masa tak perlu ke shopping mall untuk mendapat produk yang Cik Mimie inginkan. Lazada juga memudahkan Cik Mimie untuk menyediakan juadah berbuka puasa, hanya cari sahaja di Platform "Ramadhan Bazar" dan "Ramadhan Home" yang mana harga yang ditawarkan sangat-sangat berbaloi!! :D



Di ruangan "Riang Ria Raya Groceries Cooking" menyediakan pelbagai produk yang Cik Mimie inginkan. Sebagai contoh perasa tambahan dan juga serbuk kunyit ni. Wah, free shipping lagi U Olls memang puas hati :)



Selain itu di ruangan "Riang Ria Raya My Ramadhan Home Kitchen" juga Cik Mimie boleh dapatkan peralatan dapur yang gilerrrr murah harga dia. Baru semangat nak memasak kalau dapat beli GTE 4 set Non Stick Alat Memasak :D





So, kepada U Olls yang tak join lagi. Boleh join peraduan dari Lazada ni.. CEPAT-CEPAT :)

p/s : Semoga ada rezeki buat kita semua ^_^

"Birthday Giveaway By Cheese & Cincau"

Salam 1 Malaysia ^_^


Jom join GA mudah ni :)

Tarikh Tamat : 31 Mei 2017

p/s : IG takde :)

Sarapan Ala Kampung : Lempeng Cair

Salam 1 Malaysia ^_^

Selamat pagi Jumaat Penghulu segala hari, alhamdulillah kita masih diberi peluang bernafas untuk menikmati nikmat Allah S.W.T. Hari ini Cik Mimie bawa bekal ke pejabat. Sarapan ala kampung je, iaitu lempeng cair. Incik Kesayangan request malam tadi. hahahaha.. Jom usha resepi buat Lempeng cair yang mudah lagi mengenyangkan :)

Lempeng cair
Bahan-bahan (10 keping) :

3 cawan tepung gandum
3@4 cawan air (ikut keperluan)
1 sudu kecil garam
Minyak untuk memasak (sikit je)

Cara membuatnya :
1. Campurkan tepung gandum, air dan garam.
2. Adun sebati sehingga tepung tidak berketul-ketul dan tidak terlalu pekat@cair (sedang2 je)
3. Panaskan kuali (boleh guna kuali leper @ non-stick pan) letak sedikit minyak dan ratakan.
4. Gunakan senduk untuk letak adunan tepung atas kuali (satu senduk da cukup da)
5. Lepas tu ratakan adunan menggunakan bawah senduk secara bulatan.
6. Guna api perlahan je, bila nampak tepung terangkat sikit terus terbalikkan bahagian atas ke bawah.
7. Masak sehingga warna kekuningan .
8. Angkat dan hidangkan :)

Cik Mimie guna kuali leper je, bulat sedang-sedang je :)
Lempeng cair ni, boleh dimakan @ dicicah dengan kuah kari, sambal tumis, sambal sardin or kuah asam pedas. Memang marvelous!!

Bekal hari ini, alhamdulillah kenyang :)
Cik Mimie cicah dengan kuah kari, sampai menjilat jari makan.. hehehehe.. 2 keping pun dah cukup kenyang dah. Alhamdulillah :) Bagi nak mencuba resepi ni, selamat mencuba :D

p/s : U Olls, sarapan apa hari ni?

Thursday, May 18, 2017

'Segmen BLOGLIST Jun-September 2017.'



Salam 1 Malaysia ^_^

Ok, kali ni Cik Mimie nak join segmen yang telah ditag oleh Nanad.*terima kasih Nanad! Segmen ini adalah anjuran CIK LA, untung siapa yang join sebab pemenang akan berada di bloglist CIK LA selama 4 bulan.. huyooo!! lama kan? So, tunggu apa lagi? Jom la join, kita memeriahkan segmen rakan blogger kita :)

Segmen BLOGLIST Jun-September 2017.

Syarat-syarat penyertaan seperti berikut;

  1. Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nanti cikla akan followback. 
  2. Follow g+ di SINI
  3. Follow twitter di SINI
  4. Follow Instagram di SINI
  5. Like fb page di SINI
  6. Tag 2 atau lebih kawan-kawan (wajib) untuk join segmen. Pastikan diaorang tau yang diaorang ditag. 
  7. Buat satu entri ringkas yang bertajuk 'Segmen BLOGLIST Jun-September 2017.' Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini. Tinggalkan link entri korang di ruangan komen. 
  8. Siap.
Cik Mimie tag :


Segmen berlangsung selama 17 Mei 2017 hingga 31 Mei 2017 (pukul 8 malam)

p/s : Maaf CIK LA, Cik Mimie takde IG so tak dapat nak follow :)

Wednesday, May 17, 2017

Majlis Resepsi Belah Lelaki (25.12.2016)

Salam 1 Malaysia ^_^


Cik Mimie a.k.a Puan Mimie bersiaran lagi untuk hari ini. Mood dan idea datang mencurah-curah ke ladang gandum. Hehehehe.. Ok, kali ni nak bercerita mengenai Majlis Resepsi belah lelaki pulak. Hari tu belah perempuan Cik Mimie dah cerita. Siapa tak baca lagi boleh klik link diatas tu :D

Majlis Resepsi atau Majlis Persandingan Belah Lelaki ini telah berlangsung pada 25 Disember 2016 bersamaan Hari Ahad. Kira lepas Majlis belah Perempuan esoknya terus ke Majlis belah Lelaki pulak. Memandangkan kami duduk satu daerah dan tak berapa nak jauh, kami bercadang buat majlis selang sehari sahaja. Penat pun sekejap je la kan. hehehehe... Alhamdulillah, majlis berjalan dengan sangat lancar seperti yang dirancang. Majlis belah lelaki telah diadakan di Dewan Serbaguna Rumah Rakyat, Bukit Siput, Segamat.

Actually, malam Sabtu lepas majlis belah perempuan Cik Mimie terus ikut Incik kesayangan balik rumah dia sebab malam tu ada Majlis Khatam Al-Quran. Memang stay kat situ je la terus. Esoknya, MUA + Bridal pun sampai untuk siapkan kami berdua. Bagi Majlis belah lelaki ni tema untuk pelamin MIL yang pilih dia nak biru+Putih macam tu. Manakala, baju kami Incik Kesayangan yang pilih, Songket warna Emerald Green. Cik Mimie ikut je sebab majlis Cik Mimie totally Cik Mimie yang pilih.. hahahaha.. adil la kan? :D

Tepat pukul 2.00 Petang rombongan dari keluarga Cik Mimie pun sampai. Ha, ada retro sikit di Majlis belah lelaki ni. Incik kesayangan punya Plan, kami telah berarak ke Dewan dengan menaiki VESPA milik FIL dan diiringi dengan beberapa biji motor sepupu dan adik Incik Kesayangan. Wah, memang seronok la kan Cik Mimie. Huhuhuu..


Macam-macam program yang berlangsung dalam Majlis belah Lelaki ni. Makcik Incik Kesayangan anjurkan. Ada tarian Zapin dari sepupu dan anak buah Incik Kesayangan, ada cabutan nombor bertuah dan juga baling/lempar syiling kepada kanak-kanak. Penat + seronok sangat, lepas majlis sanding Cik Mimie dan Incik Kesayangan ada Photoshot untuk Outdoor pulak dalam pukul 4.00 kami dah cabut lari. HAHAHA.. disebabkan masa tak banyak, kami pilih outdoor dekat kawasan taman tu je, pergi Taman Permainan tak jauh dari situ. Alhamdulillah, majlis selesai dengan jayanya. Semua yang dirancang berjalan dengan lancar. :D

Ok, jom kita layan gambar Majlis Resepsi Incik Kesayangan





Tema : Emerald Green
Bridal + MUA : Eiza Faiezah Bridal
Photograper : Airol Niezam Yasin
Katering : Di Yang Katering
Tempat : Dewan Serbaguna Rumah Rakyat, Bukit Siput, Segamat

p/s : Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Majlis Kami :) 

Wordless Wednesday #2 (2017) : Siblings @ Adik Beradik

Salam 1 Malaysia ^_^



p/s : 9 Orang < 1 lelaki 8 Perempuan >

Cik Mimie Menang Birthday Giveaway By Cik Nadyya #Second Giveaway!



Salam 1 Malaysia ^_^


Alhamdulillah, pagi-pagi hari ini dapat berita gembira. Haish, dah lama Cik Mimie tak menang apa-apa GA/Contest rasa teruja pulak.. hehehehe... So, hari ini Nanad telah mengumumkan para pemenang untuk Birthday Giveaway By Cik Nadyya #Second Giveaway. So, sesiapa belum semak lagi senarai pemenang boleh terjah SINI!!

Nanad inform berita gumbira XD



Cik Mimie menang dan hadiahnya ialah Nanad akan Review Blog Cik Mimie yang dah lama menyepi ni. Harap Nanad tak pening kepala nak review nanti.. hehehe.. Terima kasih Nanad :D

p/s : Tahniah buat pemenang yang lain :)

Saturday, May 6, 2017

Birthday Giveaway By Cik Nadyya #Second Giveaway!



Salam 1 Malaysia ^_^


SYARAT GIVEAWAY :

1- Blogger warganegara Malaysia.
2- FOLLOW blog Cik Nadyya
3- FOLLOW instagram @nadyashafiqa__
4- Buat entry bertajuk: Birthday Giveaway By Cik Nadyya #Second Giveaway!
5- Copy banner atas dan backlink ke entry ini.
6- Ucapan buat Cik Nadyya sempena hari lahirnya. *Tak paksa. seikhlas hati. HAHA*
7- Dah siap? tinggal link entry anda dan comment di entry ini.

Hadiah

Tunai/topup RM10 - 2 pemenang
Bloglist - 5 pemenang
Review Blog - 2 pemenang


Ucapan Buat Nanad :D

Selamat Menyambut Hari Lahir buat NANAD pada 11.05.2017, Wah, dah 25 Tahun matang dah ni kan? hehehe... Semoga nanad dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik, diperluaskan rezeki dan dipertemukan jodoh yang baik-baik nanti.. Allahuma Amin.. Teruskan berblogging tau,jangan jadi cam Cik Mimie kejap ada, kejap takde..hehehe :D


p/s : Aci tak bagi burger x bagi kek? heheheh

Majlis Resepsi Belah Perempuan (24.12.2016)

Salam 1 Malaysia ^_^

Ya Allah, lamanya Cik Mimie tak bersiaran dekat sini. Maaf semua Cik Mimie tak menghilang ke mana pun, ada je. Cuma mood nak berblogging tu tak kunjung tiba. Hari ini, rindu nak menulis  tu menebal sangat. So, Cik Mimie nak story sikit mengenai Majlis Resepsi Cik Mimie pada Disember yang lepas. (*Dah basi dah majlis ni...hehehe)

Kalau u olls scroll entry lama Cik Mimie, u olls akan nampak entry mengenai Majlis pernikahan Cik Mimie iaitu Solemnization - 23 Disember 2016. Masuk bulan Mei ni bermakna dah 5 Bulan Cik Mimie bergelar isteri. Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T ^_^

Ok, berbalik kepada Majlis Resepsi atau Majlis Persandingan Belah Perempuan. Majlis ini telah berlangsung pada 24 Disember 2016 bersamaan Hari Sabtu. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan sangat lancar seperti yang dirancang. Actually, Majlis belah Cik Mimie telah diadakan di Dewan Taman Pelangi, Paya Pulai, Segamat. So, petang lepas nikah pada hari Jumaat tu. Cik Mimie terus drive pergi Homestay berdekatan Dewan sebab malam tu Cik Mimie tidur di Homestay je. Petang Jumaat tu juga Bridal dan juga Katering datang untuk setting segala benda.. Pelamin, meja beradap, meja makan dan juga meja buffet . Penat tu jangan cakap la. Terkejar sana, terkejar sini.. hehehe..

Alhamdulillah, semuanya selesai, Esoknya pada hari kejadian, pihak lelaki sampai pada pukul 1.00 petang. Sebelum tu, dalam pukul 12.00 tengah hari hujan tiba-tiba turun lebat sangat. Hati dah risau dah, macam mana nak hadap majlis hujan-hujan ni. Alhamdulillah, hujan berhenti sebelum pukul 1.00 tu. Hujan pemberi rahmat mungkin. So, disebabkan pengantin dah siap, pihak lelaki dah datang, kompang pun dah ada, Tepat 1.30 petang majlis perarakan pun bermula. Awal seperti yang dijadualkan, sepatutnya pukul 2.00 petang, Benda baik, tak perlu tunggu-tunggu kan? :D

Majlis selesai pada pukul 5.00 petang, nasib baik sahabat Cik Mimie dari Johor dan KL sempat datang. Dorang tiba dalam pukul 4.30 macam tu, disebabkan jalan jem. Terima kasih korang sudi datang dari jauh. Amoy, Shasha, & Qila :)

Ok, jom kita layan gambar Majlis Resepsi Cik Mimie




Tema : Merah + Putih
Bridal + MUA : Eiza Faiezah Bridal
Photograper : Airol Niezam Yasin
Katering : Kuzam Caterer
Tempat : Dewan Taman Pelangi, Paya Pulai, Segamat

p/s : Nanti kita sambung Majlis Resepsi Belah Lelaki pulak :)
300 x 250