p/s : Muhamad Nazeem Nashrullah - 10month
Showing posts with label kesayangan. Show all posts
Showing posts with label kesayangan. Show all posts
Wednesday, March 6, 2019
Friday, August 18, 2017
Selamat Hari Lahir Suamiku
Salam 1 Malaysia ^_^
Ya Allah, lama betul tak bersiaran disini. Kalau ikutkan banyak sangat story nak kongsi. Tapi, apakan daya Cik Mimie tak mampu nak luangkan masa seperti dulu. InsyaAllah, perlahan-lahan cari mood untuk berblogging semula.
Hari ini 18.08.2017 genaplah usia Incik Kesayangan Cik Mimie yang ke- 27 Tahun. Tahun pertama sambut Hari Lahir sebagai seorang suami.. hehehe.. Malam tadi tepat pukul 12.00 Cik Mimie hanya mampu nyanyi lagu "Happy Birthday To You" dan bagi ucapan je. Cakap dengan dia Tahun ni takda pape nak bagi kat dia. *padahal dah ada surprise tok dia.. HAHAHAHA
So, setelah bersekongkol dengan Bouquet Surprise Planner. Misi untuk bagi kejutan kepada Incik Kesayangan dijalankan tepat pukul 3.30 petang. Alhamdulillah misi berjaya dengan jayanya. Cik Mimie rasa happy giler dapat buat dia terkejut.. siap Whatsapp cakap terima kasih dan terharu sangat. *Sorry Papa :D
Selamat Hari Lahir Papa Sayang
Mama doakan semoga papa dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki serta diberi kebahagian dunia dan akhirat.
Terima kasih menjadi suami yang terbaik dalam hidup Mama. Semoga Allah makbulkan doa dan impian kita untuk dapat "our own annyo".. Amin..
Isterimu,
Mama
p/s : Gembira dan seronok sangat rasa hati ni bila dapat buat orang yang kita sayang gembira.. :D
Saturday, June 24, 2017
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2017
Salam 1 Malaysia ^_^
Hari ini merupakan Ramadhan terakhir untuk tahun 2017. Alhamdulillah, kita semua dapat merasai nikmat bulan Ramadhan hingga penghujungnya. InsyaAllah, esok kita semua bakal meraikan Hari Raya AidilFitri yakni hari kemenangan kita setelah sebulan menjalani ibdah puasa.
Dikesempatan ini, Cik Mimie ingin memohon ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan blogger yang dikenali mahupun tidak. Jika ada terkasar bahasa ataupun terdapat bait-bait kata yang selama ini Cik Mimie tulis menguris hati. Cik Mimie mohon ampun dan maaf. Halal segala apa yang dikongsikan disini, harap kita dapat terus mengikat silaturahin di alam maya ini.
Tahun ini merupakan tahun pertama Cik Mimie beraya sebagai seorang isteri dan juga beraya di rumah mertua. Semoga semuanya berjalan lancar dan kita semua dapat menikmati nikmat hari raya tahun ini. Amin..
Dengan ini Cik Mimie ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN!
#teamrayajohor #teamtakdekampung #pagirumahmertuapetangumahmakabah #satudaerahjer
p/s :Hari ini still bekerja, off satu minggu...yeaayhhh!!!
Wednesday, June 14, 2017
Saturday, June 10, 2017
Genap 6 Tahun
Salam 1 Malaysia ^_^
Alhamdulillah, hari ini 10.06.2017 genaplah 6 tahun usia perkenalan Cik Mimie dengan Incik kesayangan. Kalau ikutkan lagi lama sebab kami satu sekolah menengah dulu. Tapi, masa sekolah memang buat tak tahu jer. Bercakap pun payah, sikit pun tak tertarik orang kata. HAHAHA.. Kalau Dah Jodoh Tak Kemana la kan? Hehehe..
Sekarang pun dan 6 bulan menjadi suami isteri, InsyaAllah semoga Allah berkati dan rahmati hubungan kami sehingga ke Jannah-NYA. Adat berumahtangga, ada pasang surutnya. Semoga Allah bekalkan dengan kesabaran dan ketabahan untuk hadapi segala ujian yang mendatang. Amin :)
SELAMAT ULANGHTAHUN PERKENALAN KITA SAYANG :) Semoga kasih sayang dan cinta antara kita tak pernah kurang. Harap kita dapat menjalani kehidupan kita bersama-sama hingga ke akhir hayat. MAMA SAYANG PAPA!!
P/s : Incik kesayangan tak pernah lupa tarikh ni sebab selama 6 tahun, setiap bulan kami akan wish happy monthiversary kami. hahaha.. mungkin ini satu tips untuk lelaki tak lupa tarikh penting. ^_-
Saturday, May 6, 2017
Majlis Resepsi Belah Perempuan (24.12.2016)
Salam 1 Malaysia ^_^
Ya Allah, lamanya Cik Mimie tak bersiaran dekat sini. Maaf semua Cik Mimie tak menghilang ke mana pun, ada je. Cuma mood nak berblogging tu tak kunjung tiba. Hari ini, rindu nak menulis tu menebal sangat. So, Cik Mimie nak story sikit mengenai Majlis Resepsi Cik Mimie pada Disember yang lepas. (*Dah basi dah majlis ni...hehehe)
Kalau u olls scroll entry lama Cik Mimie, u olls akan nampak entry mengenai Majlis pernikahan Cik Mimie iaitu Solemnization - 23 Disember 2016. Masuk bulan Mei ni bermakna dah 5 Bulan Cik Mimie bergelar isteri. Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T ^_^
Ok, berbalik kepada Majlis Resepsi atau Majlis Persandingan Belah Perempuan. Majlis ini telah berlangsung pada 24 Disember 2016 bersamaan Hari Sabtu. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan sangat lancar seperti yang dirancang. Actually, Majlis belah Cik Mimie telah diadakan di Dewan Taman Pelangi, Paya Pulai, Segamat. So, petang lepas nikah pada hari Jumaat tu. Cik Mimie terus drive pergi Homestay berdekatan Dewan sebab malam tu Cik Mimie tidur di Homestay je. Petang Jumaat tu juga Bridal dan juga Katering datang untuk setting segala benda.. Pelamin, meja beradap, meja makan dan juga meja buffet . Penat tu jangan cakap la. Terkejar sana, terkejar sini.. hehehe..
Alhamdulillah, semuanya selesai, Esoknya pada hari kejadian, pihak lelaki sampai pada pukul 1.00 petang. Sebelum tu, dalam pukul 12.00 tengah hari hujan tiba-tiba turun lebat sangat. Hati dah risau dah, macam mana nak hadap majlis hujan-hujan ni. Alhamdulillah, hujan berhenti sebelum pukul 1.00 tu. Hujan pemberi rahmat mungkin. So, disebabkan pengantin dah siap, pihak lelaki dah datang, kompang pun dah ada, Tepat 1.30 petang majlis perarakan pun bermula. Awal seperti yang dijadualkan, sepatutnya pukul 2.00 petang, Benda baik, tak perlu tunggu-tunggu kan? :D
Majlis selesai pada pukul 5.00 petang, nasib baik sahabat Cik Mimie dari Johor dan KL sempat datang. Dorang tiba dalam pukul 4.30 macam tu, disebabkan jalan jem. Terima kasih korang sudi datang dari jauh. Amoy, Shasha, & Qila :)
Ok, jom kita layan gambar Majlis Resepsi Cik Mimie
Tema : Merah + Putih
Bridal + MUA : Eiza Faiezah Bridal
Photograper : Airol Niezam Yasin
Katering : Kuzam Caterer
Tempat : Dewan Taman Pelangi, Paya Pulai, Segamat
p/s : Nanti kita sambung Majlis Resepsi Belah Lelaki pulak :)
Tuesday, January 3, 2017
Solemnization - 23 Disember 2016
Salam 1 Malaysia ^_^
Hai U Ollsss! Terlalu lama Cik Mimie menyepi, mesti ada yang dah lupa pada Cik Mimie kan? Maaf sangat-sangat sebab banyak benda yang perlu Cik Mimie uruskan.
Alhamdulillah, hari ini merupakan hari 3 dalam tahun baru. Cik Mimie nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2017 pada semua rakan-rakan blogger. Nampak gaya nya azam tahun lepas kena bawa ke tahun baru ini, sebab tak complete lagi..hahahaha..
Actually, Cik Mimie nak berkongsi mengenai hari paling bersejarah dalam hidup Cik Mimie. Alhamdulillah pada tanggal 23.12.2016 dengan sekali lafaz Cik Mimie telah selamat bergelar seorang ister buat insan yang bernama Muhamad Najib Bin Lokman. Selama hampir 6 Tahun kami bercinta akhirnya, kami dapat menyempurnakan impian kami untuk menjadi suami dan isteri. Syukur Alhamdulillah.
Terima kasih buat ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan semua yang mengenali Cik Mimie. Di atas ucapan dan juga doa buat kami. InsyaAllah, Cik Mimie harap jodoh buat kami ini akan berkekalan hingga ke Jannah :)
Buat suamiku, Muhamad Najib Bin Lokman. Terima kasih di atas segala-galanya yang telah papa berikan pada mama. Kasih, sayang, cinta dan juga perhatian yang terlalu banyak buat mama. InsyaAllah, mama akan cuba jadi isteri yang baik buat papa dan menantu yang baik buat emak dan ayah. Mama harap kita dapat sama-sama sabar dan tabah dalam menempuhi dugaan dalam berumahtangga. Amin..
p/s : boleh guna 'Cik Mimie' lagi kan, walaupun dah kahwin? :P
Thursday, August 18, 2016
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG!
Salam 1 Malaysia ^_^
Hari ini merupakan hari lahir Incik Kesayangan yang ke? teeettt!! So, malam tadi Cik Mimie dan adik Incik Kesayangan telah merancang kejutan buatnya.. Baaaikkk punya! hahahaha..
Terpaksa berlakon dan bersusah payah sorokkan kek dalam plastik sampah supaya dia tak tahu apa isi dalam plastik tu.. ahahaha.. nasib baik dia x banyak soal! Maaf Sayang, jangan marah-marah tau :D
Sambut Birthday sekali dengan Ayah (20.08), alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.. Yeaayhhhh!!
![]() |
| Selamat Hari Lahir :D |
![]() |
| Kemain suka lagi dia!! |
![]() |
| Potong kuihnya..potong kuihnya... Adik nyanyi :D |
![]() |
| Jom kita makan :) |
![]() |
| Opps! kantoi pulak main-main mata..hahaha |
![]() |
| Muka dia yang lebih :P |
![]() |
| Hadiah buat Incik Kesayangan :) ILYSM!! |
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG, semoga Allah S.W.T melanjutkan usia sayang, beri kesihatan yang baik, meluaskan pintu rezeki dan memudahkan segala urusan buat kita tak lama je lagi :) Amin..
#takpernahtaksayang #birthdayboy #tahunterakhirbujang #18082016
P/s : Nanti ada masa Cik Mimie datang jengan rumah U Olls ye, maaf sangat :(
Friday, July 15, 2016
SYAWAL 2016 - BERAYA BERSAMA KELUARGA
Salam 1 Malaysia ^_^
Hari ini merupakan Syawal yang ke-10, sekejap betul masa berlalu. So, memandangkan semua orang dah update gambar raya, Cik Mimie pun nak update jugak..hehehehe.. Tahun ini alhamdulillah, dapat berkumpul adik beradik walaupun pagi raya pertama tu, Cik Mimie dengan mak je ada dekat rumah siapkan apa yang patut. hukhukhuk. Sedih tau! Adik beradik yang lain ondeway dari rumah masing-masing. Tengah hari baru la dapat berkumpul itupun tak semua ada sebab ada yang balik rumah mertua.
Tentatif hari raya. Ceh, siap ada tentatif lagi kan..hahaha..
Raya Pertama - Duduk rumah tunggu tetamu / sedara-mara serbu rumah
Raya Kedua - Masih dirumah layan program TV
Raya Ketiga - Balik kampunggggg PEKAN PAHANG raya rumah Ayah long, Mak Andak & Makcik
Raya Keempat - Terjah rumah sedara-mara di SEGAMAT
Raya Kelima - Serbu rumah adik-beradik & rumah bakal Mertua. :D
Raya Keenam hingga hari ini - KERJAAAAAA T_T
So, Cik Mimie malas nak bebel banyak-banyak. Jom kita layan gambar ye? Sila jangan muntah hijau sebab gambar banyak sangat..hehehehe.. :P
HARI RAYA PERTAMA - RUMAH JERRR
HARI RAYA KETIGA - PEKAN PAHANG
RAYA KEEMPAT - RUMAH SEDARA MARA
RAYA KELIMA - KAWASAN RUMAH
Tahun ni takde gambar dengan Incik Kesayang sebab dia kerjaaaaa, so kita collage je la ye gambarnya :) Insyaallah, tahun depan kita raya sama-sama :) Yeaaayhhh!
SELAMAT HARI RAYA SEMUA!! :D
#kosongkosong #ootdraya #lastrayaassingle #selamathariraya #blogger
p/s : Ada masa Cik Mimie terjah u Oll k? :D Terima kasih sudi jenjalan kat sini.
Tuesday, August 18, 2015
Selamat Hari Jadi Kesayangan
Salam 1 Malaysia ^_^
Hari ini 18.08.2015, genaplah umur Incik Kesayangan doplohlima tahun. Seperti yang dirancang semalam, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun kantoi sikit dengan abang ipar. HA HA HA.. Dulu, sambut birthday diorang kira berenam je, tapi sekarang berlapan...masing-masing dah ada 'handbag'. Papepun memang happening, layan kerenah si Yaya n Rayyan sekali.
Tempat yang Cik Mimie pilih semalam ialah Nanyang Kopitiam di One Segamat Mall. Sebab senang nak beli kek sekali dalam mall tu. So, jom kita layan gambar semalam.. Terobek!!
Happy Birthday in advance buat abang ipar Cik Mimie Taufik (20/08) dan juga Razis (21/08). Semoga menjadi suami dan ayah yang soleh buat keluarga masing-masing :)
To my dearest Mr. Muhamad Najib, Happy Birthday to you. Semoga dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan sentiasa si bawah lindungan-NYA. U know how much i love you. And hope tahun depan Insha Allah will be our day's to be HALAL . Amin :)
p/s : Lupa nak snap gambar hadiah yang Cik Mimie bagi dia, takut kantoi punya pasal..Hahahaha..
Subscribe to:
Posts (Atom)





















































