Salam 1 Malaysia ^_^
Wanita Solehah Mencipta Kehidupan Paling Bahagia & Romantis di Abad Ini.
Untuk menjadi wanita yang solehah, kamu (para hawa) harus memiliki sifat suka menghulurkan tangan (bersedekah) kepada orang lain. Ini kerana Sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan dari Aisyah Ummul Mukminin berkata, "Yang paling cepat di antara kamu bertemu denganku adalah kamu yang paling panjang huluran tangannya."
Kata Aisyah selanjutnya, "Lalu kami sama-sama menhulurkan tangan untuk mengetahui siapa di antara kami yang paling panjang huluran tangannya. Ternyata Zainab yang paling panjang huluran tangannya, sebab dia bekerja dengan tangannya dan bersedekah dengan tangannya pula." HR. Bukhari.
Pesanan tersebut disampaikan oleh Rasulullah S.A.W kepada para ummul mukminin, yang kemudian di antara mereka menyampaikannya kepada orang lain. Apa yang dimaksudkan oleh sabda Rasulullah S.A.W. itu adalah: Siapa yang paling cepat di antara mereka bertemu dengannya, adalah pertemuan di akhirat; pertemuan selepas mati. Manakala maksud yang paling panjang huluran tangannya adalah yang banyak memberi sedekah.
Pada mulanya, mereka (para isteri nabi/ummul mukminin) mengira bahawa panjang huluran tangan adalah tangan yang panjang. Sehingga ketika Rasulullah berkata begitu, mereka sama-sama menghulurkan tangan untuk mengukur panjang tangan mereka. Ternyata tangan yang paling panjang adalah milik Saudah. Sedangkan Zainab disebut paling panjang huluran tangannya kerana banyak memberi sedekah dan mengerjakan kebaikan.
Hadis di atas bernilai mukjizat bagi Nabi S.A.W. dan sekaligus sebagai penghargaan khusus kepada Zainab R.A. Para ahli sejarah sependapat bahawa Zainab R.A. adalah di antara isteri Nabi S.A.W. yang pertama sekali menyusul (meninggal dunia) setelah beberapa lama Rasulullah S.A.W wafat. Beliau meninggal dunia ketika pemerintahan Khalifah Umar R.A.
Sesungguhnya wasiat Rasulullah S.A.W. tersebut bukan hanya ditujukan kepada isteri-isterinya, namun untuk seluruh wanita muslimah. Hadis Nabi itu mengajarkan kepada kita tentang keutamaan sedekah, berikut kesan dan berkahnya. Nabi S.A.W. telah memperingatkan kita tentang suatu sifat yang seharusnya dijauhi oleh wanita, iaitu kikir, berperangai buruk dan pengecut. Hal ini kerana, dalam hadis lain diterangkan pula oleh Abu Hurairah R.A. bahawa sabda Rasulullah S.A.W. berkata "Seburuk-buruk sifat adalah terlalu serakah namun sangat penakut."
Hidup kita ini tidak akan mendapatkan kebaikan kecuali dengan dua hal. Iaitu Zuhud dan Yakin. Jika kita senantiasa menyintai harta berlebih-lebihan kemudian menjadi kikir dan panjang angan-angan, maka dalam waktu yang tidak lama akan jatuh pada kebinasaan.
p/s: Berikan lah sedekah dengan hati yang ikhlas, kerana ganjaran yang akan kita dapat lebih besar dari apa yang kita sedekahkan..=)
besar pahala orang bersedekah ni
ReplyDeletesenyum selalu...
ReplyDelete:))
Bro ahmad: yup..senyum pun da kira bersedekah..=)
ReplyDeleteNARDtheNERD: senyum jgak.. =)
ReplyDelete