-->
728 x 90

CARI APE TU?

Thursday, June 2, 2011

Edisi Kesihatan: Cara Mengatasi Migrain

Salam 1 Malaysia ^_^

[uncle google]

Ehem!ehem! Hari ini Cik Mimie nak berkongsi sedikit tentang cara-cara yang boleh u all lakukan jika u all diserang Migrain. Macam kita semua tahu, kekadang kita tengok lappy lama-lama pun boleh kena migrain betul tak? So, disini ada beberapa cara yang u all boleh cuba bagi menghilangkan migrain yang menyerang u all tu. Tapi Sebelum itu mari kita ambil tahu terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan Migrain.

Apa itu migrain? Onion Icon

Migrain adalah nyeri kepala berdenyut yang kerapkali disertai mual atau muntah. Penghidap migrain biasanya sensitif terhadap cahaya, suara, bahkan bau-bauan. Sakit kepala ini selalunya berlaku pada satu sisi kepala sahaja, kadang-kadang berpindah ke sisi sebelahnya, dan ada juga berlaku pada kedua-dua sisi kepala sekaligus.

Migrain kadang kala agak sulit berbanding dengan sakit kepala jenis lain. Sakit kepala adalah disebabkan oleh gangguan pada sinus atau akibat ketegangan otot leher, dan ia mempunyai gejala yang hampir sama dengan migrain.

Cara untuk mengatasinya..MSN Onion Emoticons

Beredar ke tempat yang suasananya agak gelap dan selesa. Perkara yang biasa dan amat mudah dilakukan ialah cuba jauhkan diri kamu dengan suasana dan persekitaran yang terang dan bercahaya. Ini kerana, serangan migrain sering dikaitkan dengan berlebihan rangsangan yang masuk ke dalam sistem tubuh. Justeru, sebaiknya elakkan diri kita daripada mendapat rangsangan luar seperti cahaya, haba, suara dan sebagainya.

Letakkan tuala yang basah dan sejuk di dahi, kepala dan juga sekitar leher. Di samping itu, rehatkan mental kamu. Migrain sememangnya dikaitkan dengan mental dan minda yang berat. Jadi, elakkan minda kamu daripada dihimpit dengan pelbagai faktor dari luar.

Langkah seterusnya, fokus kepada hidup kamu yang ceria. Lupakan sebaik mungkin apa juga masalah yang membebani hari-hari kamu.

Langkah terakhir, dapatkah tidur yang secukupnya dan berkualiti. Seperti yang kita semua tahu, untuk mendapatkan tidur yang sempurna, memang susah. Justeru, cuba dapatkan rehat dan seboleh-bolehnya tidurlah. Apabila kamu tidur, minda akan benar-benar rehat dan bebas daripada rangsangan dan gangguan dari luar yang mana ia boleh meningkatkan migrain kamu.

Ok, ini sahaja 4 cara mudah yang boleh u all lakukan sekiranya diserang migrain. Tak salahkan kita berkongsi apa yang kita tahu. Bak kata omputih "Sharing Is Caring"MSN Onion Icons

p/s: Alhamdulillah, setakat ini Cik Mimie bebas dari migrain2 ni..=)

Onion Emoticons

9 comments:

  1. alhamdulillah.. sy xda migrain..

    btw, http://telagaputihworks.blogspot.com/2011/06/minta-tolong-plzz.html

    ReplyDelete
  2. pernah tgk membe migrain, sampai pengsan2..huhu~ cian..

    ReplyDelete
  3. TelagaPutih: sama lah kita atok!! p, kna waspada jgak..kkdg bnda cmni x diduga dtgnye..^_^

    ReplyDelete
  4. Khumaera Ismail aka Habibi Hamid: keciankan tgok dorg kekedg.. erm..

    ReplyDelete
  5. Mohamadazhan hjDesa: itula, kkdg tgok cm terseksa je dorg ni..

    ReplyDelete
  6. i ada migrain ~ ): bule copy x ? t i credit to your blog ~ (:

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250