-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label zero. Show all posts
Showing posts with label zero. Show all posts

Saturday, February 7, 2015

Zero - Juara Maharajalawak Mega 2014

Salam 1 Malaysia ^_^


Malam tadi telah berlangsungnya Pentas Akhir Maharajalawak Mega 2014, peserta yang terlibat terdiri daripada 5 Superhero iaitu, BOCEY, ZERO, NABIL, SEPAHTU & SHIRO. Persembahan semua superhero memang sangat menyengat! 2 tema yang dipertandingkan iaitu Bebas & Muzikal. Setelah 13 minggu mengerah idea untuk dipertandingkan akhirnya mereka sampai ke kemuncaknya.

Tahniah buat kumpulan ZERO kerana telah dinobatkan sebagai JUARA MAHARAJALAWAK MEGA 2014. Yeeeaaaaayhhh!! Cik Mimie suka, lompat-lompat depan TV malam tadi..hahaha.."You guys deserves it!. Sekaligus meletakkan kumpulan SEPAHTU sebagai Naib Juara MLM.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9gzclXrnH6BE7Wg4iOPrQ2Wt5jgjgZBJu5XcE5nXDn_2A_Bg4EMVAhioRibbpIZntYlY9IDJoHElSSMNy-o8cjNDzsM7fbBFVcdUnxxygehy9zIgiT0hzIG3BKEgQqHCR6oPH2x1UjdKf/s1600/Capture.PNG 

2 persembahan dipersembahkan malam tadi. Tema bebas kumpulan Zero menyerikan persembahan mereka dengan Tarian Singa, memang kelakar. Siap joget awak kat mana, awak awak kat mana...hahaha.. Persembahan kedua bertemakan muzikal, ending yang sangat menyentuh jiwa. Cik Mimie nangis tau T_T betapa kuatnya mereka menempuh hidup ini tanpa Ayah. Semoga mereka terus sukses diluar sana :) All the best ZERO!!!

Keputusan Penuh :

Tempat Pertama : Zero
Hadiah yang dimenangi RM500,000.00 dan Trofi sumbangan Astro

Tempat Kedua : Sepahtu
Hadiah yang dimenangi RM250,000.00 dan Trofi sumbangan Astro

Tempat Ketiga : Nabil
Hadiah yang dimenangi RM150,000.00 dan Trofi sumbangan Astro

Tempat Keempat : Shiro
Hadiah yang dimenangi RM50,000.00 dan Trofi sumbangan Astro

Tempat Kelima : Bocey
Hadiah yang dimenangi RM25,000.00 dan Trofi sumbangan Astro

p/s : Boleh la Melati guna buat kahwin nanti :) hikhikhik...

pssst : Kak Wana & HSB macam mana MLM malam tadi puas hati tak??

Thursday, February 5, 2015

Melati Peserta MLM Nak Kahwin???

Salam 1 Malaysia ^_^

Eh..eh..betul ke cerita yang Cik Mimie baca ni? Kalau tak betul tolong betulkan ye?. Cik Mimie baca yang Melati peserta Maharajalawak Mega (MLM) bakal berkahwin pertengahan bulan Februari ini. Ala, baru nak minat dekat dia. Patutlah masa Stacy tanya nama penuh si Melati ni dia jawab "Sekuntum bunga Melati binti sudah dipetik orang" hehehe.. Ha, siapa yang layan MLM mesti tahu siapa Melati ni kan? Sejak dari MLM tahun lepas Syaiful dari kumpulan ZERO atau nama sebenar beliau Mohd Syaiful Bin Doli Sharif, 25 sudah mendapat jolokan dengan nama MELATI.

“Insyaallah, saya akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan bulan ini. Kalau ada rezeki saya, wang kemenangan itu nanti bolehlah dibuat belanja kahwin." Syaiful memberitahu ketika ditemui pada majlis sidang media MLM 2014 separuh akhir Jumaat lepas. Sumber Astro Gempak.

http://www.rotikaya.com/wp-content/uploads/2015/02/Syaiful-Zero-Umum-Bakal-Kahwin-Selepas-Pentas-Akhir-MLM-2014-ROTIKAYA-700x451.jpeg
Credit : Google image
Cik Mimie minat dengan kumpulan ZERO, diorang semua sempoi-sempoi. Walaupun kekadang ada lawak yang tak menjadi tapi semangat dan usaha mereka itu ada :) Harap-harap semua peserta MLM Akhir ini akan buat yang terbaik dan memberi persembahan yang meletup la orang kata.

http://assets.hmetro.com.my/images/articles/mlm04.transformed.jpg
Credit : Google image
ZERO - PANTANG MUNDUR KECUALI OPERASI

p/s  : Tak sabar nak tengok MLM esok ^_^ Kak Wana, HSB dah bersedia ke idak?
300 x 250