-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label nabil. Show all posts
Showing posts with label nabil. Show all posts

Saturday, February 7, 2015

Zero - Juara Maharajalawak Mega 2014

Salam 1 Malaysia ^_^


Malam tadi telah berlangsungnya Pentas Akhir Maharajalawak Mega 2014, peserta yang terlibat terdiri daripada 5 Superhero iaitu, BOCEY, ZERO, NABIL, SEPAHTU & SHIRO. Persembahan semua superhero memang sangat menyengat! 2 tema yang dipertandingkan iaitu Bebas & Muzikal. Setelah 13 minggu mengerah idea untuk dipertandingkan akhirnya mereka sampai ke kemuncaknya.

Tahniah buat kumpulan ZERO kerana telah dinobatkan sebagai JUARA MAHARAJALAWAK MEGA 2014. Yeeeaaaaayhhh!! Cik Mimie suka, lompat-lompat depan TV malam tadi..hahaha.."You guys deserves it!. Sekaligus meletakkan kumpulan SEPAHTU sebagai Naib Juara MLM.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9gzclXrnH6BE7Wg4iOPrQ2Wt5jgjgZBJu5XcE5nXDn_2A_Bg4EMVAhioRibbpIZntYlY9IDJoHElSSMNy-o8cjNDzsM7fbBFVcdUnxxygehy9zIgiT0hzIG3BKEgQqHCR6oPH2x1UjdKf/s1600/Capture.PNG 

2 persembahan dipersembahkan malam tadi. Tema bebas kumpulan Zero menyerikan persembahan mereka dengan Tarian Singa, memang kelakar. Siap joget awak kat mana, awak awak kat mana...hahaha.. Persembahan kedua bertemakan muzikal, ending yang sangat menyentuh jiwa. Cik Mimie nangis tau T_T betapa kuatnya mereka menempuh hidup ini tanpa Ayah. Semoga mereka terus sukses diluar sana :) All the best ZERO!!!

Keputusan Penuh :

Tempat Pertama : Zero
Hadiah yang dimenangi RM500,000.00 dan Trofi sumbangan Astro

Tempat Kedua : Sepahtu
Hadiah yang dimenangi RM250,000.00 dan Trofi sumbangan Astro

Tempat Ketiga : Nabil
Hadiah yang dimenangi RM150,000.00 dan Trofi sumbangan Astro

Tempat Keempat : Shiro
Hadiah yang dimenangi RM50,000.00 dan Trofi sumbangan Astro

Tempat Kelima : Bocey
Hadiah yang dimenangi RM25,000.00 dan Trofi sumbangan Astro

p/s : Boleh la Melati guna buat kahwin nanti :) hikhikhik...

pssst : Kak Wana & HSB macam mana MLM malam tadi puas hati tak??
300 x 250