-->
728 x 90

CARI APE TU?

Monday, January 19, 2015

Lulus Ujian Undang-Undang

Salam 1 Malaysia ^_^


Semua sedia maklum yang Cik Mimie telah mendaftar untuk megambil LESEN kelas D pada tahun ini. So, semalam 18.01.2015, Cik Mimie telahpun menduduki Ujian berkomputer untuk lulus ujian undang-undang. Pendaftaran untuk menduduki ujian ini hendaklah dibuat 3 hari sebelum tarikh yang kita kehendaki. Cik Mimie apply hari Selasa yang lalu, cuma bagi No. K/P dan No siri Buku Teks Undang-Undang yang kita terima.

Pusat RILEK Cawangan Segamat, Johor
Pusat RILEK, inilah tempat yang Cik Mimie dan semua calon perlu pergi untuk menduduki ujian berkomputer undang-undang. Kalau nak tahu Pusat RILEK ini adalah hak milik Konsortium Multimedia Swasta Sdn Bhd (KOMMS) dimana ia telah diperbadankan di Malaysia sebagai sebuah syarikat sendirian berhad pada 24 Julai 1998. Ia dibina daripada perkongsian strategik tiga pemegang saham, iaitu Mass Media Interaktif Sdn Bhd (MMI), CSA MSC Sdn Bhd dan Dibena Enterprise Sdn BHD. Misi utama ialah pelaksanaan pelbagai saluran penyampaian yang akan menghubungkan orang ramai dengan Kerajaan. 

RILEK pula ialah singkatan daripada "Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan" (Kerajaan Portal Rangkaian Interaktif). RILEK telah menjadi satu jenama generik untuk KOMMS dan semua perkara yang berkaitan dengan perkhidmatannya.  
  
Perkhidmatan yang disediakan ialah : -
  1. Ujian Teori JPJ - Tempahan Online dan Peperiksaan.

    Penyediaan perkhidmatan di Pusat RILEK merangkumi semua aspek ujian teori memandu di bawah kursus pelesenan pemandu, daripada pengimejan digital untuk keselamatan, pembelian kad ujian untuk perolehan ujian.
  2. Lesen memandu JPJ.

    Memberi kemudahan kepada pengguna untuk memohon dan mendapatkan lesen memandu baru ini termasuk pembaharuan atau penggantian.
  3. Saman PDRM.

    Menyediakan kemudahan untuk Pengguna menyemak/memeriksa saman secara dalam talian.
  4. Insolvensi.

    Menyediakan kemudahan kepada Pengguna untuk mengenal pasti status kebankrapan individu dan status pembubaran syarikat.

Lulus 47/50
Keputusan Ujian yang Cik Mimie perolehi semalam. Alhamdulillah, walaupun dup dap dup dap hati ini masa nak jawab akhirnya LULUS. Yeeaaayhhhh!! Lepas ni dah boleh belajar bawa kereta pula..Guuurrlpp! Mampu ke?

Tempat lepak kegemaran - Nanyang Kopitiam

Malam pula, keluar Dinner dengan Incik Kesayangan. Dapatlah makan Free orang belanja kan..Sebab ape belanja? Sebab LULUS dalam Ujian tu.. hahahahaha.. kenyang sangat! Terima kasih Sayang :)

Related Entry :-
1.  Kata Putus Telah Dibuat
2.  Entri Tanpa Kata : Keep Calm 
3.  Wordless Wednesday #31 : Belajar Semula

p/s : Bulan 2 baru mula belajar memandu :)

9 comments:

  1. wah..tahniah cik mimie..x lama lagi belajar drive pulak..best la orang tersayang belanja makan..heheh..belanja kak wana makan nasi minyak bila pulak?? ;p

    ReplyDelete
  2. wahhh taniah cik mimie dah lulus! boleh merempit kete la pasni hehe. ehem2~ wahh besnye dinner dgn encik kesayangan hehe

    ReplyDelete
  3. Tahniah....!!!!! Boleh bawak g jalan2 nek kte lpas ni..

    ReplyDelete
  4. Tahniah CM kerana berjaya...bukan senang tau ujian tu..so mmg layak En kesayangan tu lanje heee

    ReplyDelete
  5. Tahniah mimie.
    Mesti boleh punya..
    Akak dulu pun penakut.
    Tapi, tekad tu yang penting.

    ReplyDelete
  6. tahniah *bunga bunga api*
    CT amek dua kali baru luluih.. dok bace buku tu hahaha..

    ReplyDelete
  7. time akak dulu belum guna komputer.
    pakai tanda dengan pensel ja.
    tahniah la, pasni boleh la bawak jenjalan

    ReplyDelete
  8. tahniah Cik Mimie terbaik markah tu

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250