-->
728 x 90

CARI APE TU?

Saturday, June 25, 2011

Imam Muda yang Ke Final

Salam 1 Malaysia ^_^

Malam yang penuh syahdu semalam untuk Imam Muda apabila 3 daripada mereka terpaksa menamatkan perjalanan dalam Imam Muda. Dan 2 orang Imam Muda telah layak ke Final. Pada minggu tersebut, mereka telah diberi tugasan untuk pergi ke Rumah Orang Tua-tua yang terlantar di sana. Alhamdulillah semua peserta dapat melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang dan sempurna.

Selangkah lagi penentu untuk kita mengetahui siapakah Bakal Imam Muda musim 2. Tahniah buat Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazrul kerana layak untuk ke final pada 1 Julai 2011.


Mohd Hassan Adli Bin Yahya @ Yahuza berusia 26 tahun. Dilahirkan pada 17 Februari 1985 dan berasal dari Perak. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (Al-Quran & Hadith) di Universiti Islam Antarabangsa. Seorang pensyarah (sepenuh masa) da masih bujang.

Nazrul Izwan Bin Zolkiflee berusia 26 tahun. Dilahirkan pada 20 Jun 1985 dan berasal dari Johor. Pemegang Diploma Pengajian Islam dari Kolej Pengajian Islam & Dakwah. Merupakan seorang Guru Besar dan sudah berkahwin.

Bagi 3 Imam Muda yang tidak berjaya iaitu Imam Muda Fakhrul, Imam Muda Amar dan Imam Muda Azlan. Mereka tetap hebat cuma rezeki tidak menyebelahi mereka.

Video Lagu Tema Imam Muda Musim 2 nyanyian Mawi feat Akhil Hayy -Hambamu-



p/s: Siapa tahu tajuk lagu masa Imam Muda Terkeluar erk? leh share tak?

10 comments:

  1. tu lah agu tu sedap kan tapi tak tahu lh lagu ap

    ReplyDelete
  2. ...Manah BluR...: a'a sedap sgt lagu tu..de gak usha2 cri p, x jmpe la lak..heee

    ReplyDelete
  3. dah ke penghujung..semua sama hebat saja =)

    ReplyDelete
  4. xpernah nengok rancangan ni... segannnyeeeeee..... lagu tu memang best :)

    ReplyDelete
  5. Mohamadazhan.com: betul2 semua hebat..yg pasti org kmpung cik mimie masuk..cikgu nazrul..hohoho

    ReplyDelete
  6. Taufiq Arifin a.k.a Topimagine: hehehe..rugi la x tgok..best tau..sambil2 tu leh tmbah pengetahuan..=)

    ReplyDelete
  7. xde astro..
    tak tgk imam muda.
    hehe
    :)

    ReplyDelete
  8. SweetLikeWhat: suka dua2 imam..=)

    ReplyDelete
  9. NARDtheNERD: alorh, rugi la cm tu..bestt tau!!

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250