-->
728 x 90

CARI APE TU?

Friday, June 3, 2011

Imam Muda Minggu 6: 2 Orang Tersingkir

Salam 1 Malaysia ^_^

As salam u all.. Erm, tadi Cik Mimie tengok Imam Muda tau!! Tak sangka malam ini ada 2 penyingkiran. Sedih jugak lah Cik Mimie tengok tadi. Tapi, nak buat macam mana kan? dah prosedur dia kena macam tu. Redha je la. Tak semestinya keluar awal bermakna mereka tak bagus, mungkin rezeki mereka sampai minggu ke-6 jer kan?

Erm, Sebelum Cik Mimie bagitahu u all sapa yang terkeluar, meh kita usha dulu siapakah Imam Muda terbaik pada minggu ini.
_
_
_
_
_
_
Ini Dia Imam Muda terbaik pada malam ini ialah Imam Muda Fatah.
Imam Muda (IM) Abdul Fatah Riddzwan, 21 thn, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seorang yang amat peramah dan penuh dengan lawak jenakanya. Sentiasa ceria dan ada saja topik dan lawak yang disampaikan oleh beliau bersesuaian dengan tugasnya sebagai seorang Fasilitator. IM Fatah sentiasa mendengar radio kerana ia adalah sumber informasi buatnya. Untuk pengetahuan u all IM Fatah jarang sekali meninggalkan MP3 nya.

Dan sekarang 2 orang Imam Muda yang terpaksa menamatkan pengajian beliau pada malam ini adalah Imam Muda Ali dan Imam Muda Fadhli.
Imam Muda Ali Khairudin Hj Abdul Marif, 26 thn, Beaufort, Sabah. IM Ali merupakan seorang yang peramah dan berjiwa seni. Memegang gelaran sebagai seorang Guru KAFA sedikit pun tidak menghalang minatnya dalma bidang muzik. Menyukai lagu-lagu bergenre ROCK. IM Ali adalah anak ke-13 dari 17 adik-beradik satu ayah dan ibu. IM Ali juga merupakan seorang pelukis kartun dan hair sytlist untuk lelaki.

Imam Muda Fadhli Hj Awang, 24 thn, Brunei Darussalam. IM Fadhli merupakan satu-satunya peserta dari brunei. Beliau bertugas sebagai Pegawai Masjid, dan masa yang banyak beliau gunakan untuk menelaah bahan-bahan agama dan melayari internet untuk mengetahui perkembangan semasa. Selain itu, IM Fadhli juga suka menonton televisyen.

P/s: bagi IM Ali & IM Fadhli saya doakan anda berdua terus maju di luar sana.

No comments:

Post a Comment

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250