-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label anak buah. Show all posts
Showing posts with label anak buah. Show all posts

Wednesday, July 27, 2016

MyLip's Generation : Rayakan Sebulan

Salam 1 Malaysia ^_^

Ini kisah hari AHAD 24.07.2016 yang lalu. Kami semua ke Kluang beraya rumah Kak Long Cik Mimie di Taman Matahari. Alhamdulillah, semua 9 beradik dapat berkumpul tapi still tak cukup ahli. Riuh-rendah dibuatnya, dengan anak-anak buah berlari sana-sini. Adik-beradik dok bergosip plus melatah lepastu ketawa sampai cramp perut. Ipar-duai sibuk bersembang. Hehehe.. Inilah Keluarga Cik Mimie :D

Disebabkan hari ni hari Rabu, maka tak boleh nak taip panjang-panjang. "Wordless Wednesday" :P

Family Besar Cik Mimie



Kami 9 beradik, 1 Kumbang 8 Bunga :)



My anak-anak buah, Dah besar dah..







Jom balik Segamat :)
Alhamdulillah, tahun ni memang jauh-jauh berjalan. So, mulai hari ini kita attend Open House pulak! Yeeaayhhh! Tak sabar nak makan-makan..Hahahaha..

p/s : Lepas ni dah kena lupakan pasal raya, fokus persiapan hari penting pulak ^_^

Wednesday, October 28, 2015

Monday, October 12, 2015

Tahniah - Peneka Berat Rayyan

Salam 1 Malaysia ^_^

Selamat Pagi U Olls!! Alhamdulillah, Cik Mimie dah jumpa peneka untuk entry Cik Mimie "BERAT DAH BERTAMBAH". Seminggu jugak Cik Mimie buka untuk U Olls teka jawapannya :) Dan hari ini Cik Mimie akan tutup teka entry tersebut. Terima kasih kepada yang meneka, jawapan untuk berat Rayyan ialah...


Berat Rayyan ialah 8.1kg, Cik Mimie dah jumpa pemenangnya. Walaupun tak tepat tapi beliau yang paling hampir dengan jawapan. Tahniah buat Nabila Syifa :) *applause!!


Kepada Nabila Syifa nanti emelkan no.tel dekat Cik Mimie ye :) (mimie_yumiko90@yahoo.com). Ada sedikit rewards buat Nabila :) Terima kasih sebab meneka :)

p/s : Blog semakin sendu, macam tuan dia jugak.. kenapa mimie? kenapa? T_T

Tuesday, October 6, 2015

Berat Dah Bertambah!!

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai U olls!! Dah macam biskut chipsmore dah Cik Mimie ni kan? kejap ada, kejap xde..heheheheh.. Ok, Cik Mimie rasa macam lama pulak tak share pasal Si Comel Cik Mimie. So, hari ini Cik Mimie nak tepek gambar Si Comel yang semakin bijak, comel, dan bambam ni.

Muhammad Rayyan Bin Razis
Kalau nak tahu hari ini Ibu Rayyan bawa dia pergi Klinik untuk check up & timbang. Ha!! agak-agak U Olls berapa berat Rayyan ni? Umur budak bambam ni 8 bulan 8 hari :D

Ha! siapa yang dapat teka berat Rayyan berapa kilo? Kalau tekaan betul Cik Mimie bagi reward. Cik Mimie mencari seorang pengomen jawapan yang paling pantas dan tepat *kalau xde yang tepat, Cik Mimie pilih paling hampir. :)

p/s : seorang satu komen, dan satu jawapan.  Tutup bila-bila masa je :) Have fun!! :)

Wednesday, June 3, 2015

Wednesday, April 22, 2015

Wordless Wednesday #14 (2015) : Anak Buah Ke-22

Salam 1 Malaysia ^_^

Alya Nur Najwa *Cilok gambar dekat FB Papa dia :P
Sepupu Rayyan beza sebulan je dengan Yaya..hehee..Mak Yaya dah habis pantang, So kita reveal gambar anak dia :)


p/s : Manja sangat asyik nangis je..hahaha..

Sunday, April 12, 2015

Photoshop : Aksi Si Comel #5

Salam 1 Malaysia ^_^

Selamat Pagi!!! Bersiaran di hari ahad, jarang-jarang kot...Hehehehe...baru lepas balik dari driving school, omaiii so sleepy. Rasa macam nak sambung tido je ni. Huhuhu..So, untuk entry hari ni just nak share gambar Rayyan yang Cik Mimie edit sana sini. Hahaha..Mak Ucu tengah takde keje memang inilah keje yang akan Mak Ucu buat. Maaf ye Rayyan Mak Ucu pinjam gambar..hehe..

Rayyan terbang bersama belon-belonnya :)
Jom teddy kita jalan-jalan :)
Hasil yang tak berapa nak jadi, masih dalah proses belajar Photoshop ni. Kesabaran kena tinggi kalau tak, memang separuh jalan lah jawab..kikiki..

oklah tu je nak share...hahaha

p/s : Hari cuti kena rehatkan diri, Owh AHAD kenapa cepat sangat ko pergi? Esok ISNIN =_="

Tuesday, April 7, 2015

Si Bambam Rayyan : Aksi Si Comel #4

Salam 1 Malaysia ^_^

Rindunya nak berbloggging ni, kekangan masa buat Cik Mimie jadi macam Chipsmore "kejap ada, kejap takde" dalam dunia blog. HEHEHE. Maaf ye kengkawan yang mana Cik Mimie masih berhutang BW tu. Cik Mimie tengah kayuh  perlahan-lahan ni, nak laju-laju tak mampu. Harap U Olls faham :)

Ok, untuk entri kali ini Cik Mimie juz nak share gambar-gambar Si Bambam Cik Mimie yang makin hari makin bulat dan tembam. Suka sangat buli dia..hahaha.. nak tahu tak siapa?






MUHAMAD RAYYAN BIN RAZIS

Ha, inilah dia Anak buah Cik Mimie (No.21). Keje dia makan, tidur & ketawa je. Geram betul..hahaha..Mak ucu dia pulak suka buli dia time dia tidur :P

p/s : Anak sendiri takde lagi, kita buli anak orang..hahahaha

Monday, March 16, 2015

Selamat Bertunang Anak Buah

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai U Olls, banyaknya cerita nak story tapi masa tak mengizinkan..sob..sob..sob..Entri kali ini Cik Mimie juz nak story pasal pertunangan anak buah Cik Mimie, NoorShazlisa dan pasangannya Muhd Syamir pada Sabtu lepas (14.03.2015). Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar di rumah Kakak No.3. Tema kali ini Turqoise dan Purple. Jom layan gambar :)

DIY by Kakak No.5 semua buat sendiri :)
Anak Buah - saja nak mention make up by Kakak No.5, tudung style by Mak ucu dia..haha
Shazlisa & Syamir - Selamat Bertunang
" I lagi comey dari U lah..hahah" - Haruslah Mak Ucu dia kena ada :p

Ambik berkat kata orang..hahaha..:)

Dia nak simple-simple je, so inilah hasilnya :) Semua orang puas hati dan majlis selamat semuanya. Kita tunggu majlis langsung pulak bulan 10 atau 11 nanti..huhu..:)


P/s : Padahal banyak lagi gambar..haha..letak gambar Mak Ucu dia je..*Giler Glamour...hahahaha :)

Tuesday, March 3, 2015

Wednesday, January 21, 2015

Wordless Wednesday #3 (2015) : Anak Buah Ke-20

Salam 1 Malaysia ^_^

Beberapa jam selepas dilahirkan pada 08.12.2014 :)
Selepas majlis cukur jambul, rambutnya dibotakkan..hahaha..
Dah pandai ketawa dah sekarang :)
Hari ini cukup 44 hari umur Muhamad Zameer Rafli Bin Muhammad Isa. Anak buah ke-20 anak kepada Kakak No.3 :)


p/s : Hujung bulan ni dan bulan 3 nanti bertambah lagi :)
300 x 250