-->
728 x 90

CARI APE TU?

Thursday, June 30, 2011

Spontaneous Thursday #2

Salam 1 Malaysia ^_^

Agak lambat Cik Mimie post mende alah ni, almaklumlah sekarang ni sudah bekerja. Sampai kekadang tak sempat nak online. Pe2 pun Cik Mimie akan cuba balas jejak u all semua ye.

Apa itu Spontaneous Thursday? Untuk maklumat lanjut boleh tnya Encik Syafiq Rosli. Kalau suka like la Fanpage ini juga. =)

"ADESS! SAKITNYA PINGGANG NI!!!"

-adios-

Saturday, June 25, 2011

Imam Muda yang Ke Final

Salam 1 Malaysia ^_^

Malam yang penuh syahdu semalam untuk Imam Muda apabila 3 daripada mereka terpaksa menamatkan perjalanan dalam Imam Muda. Dan 2 orang Imam Muda telah layak ke Final. Pada minggu tersebut, mereka telah diberi tugasan untuk pergi ke Rumah Orang Tua-tua yang terlantar di sana. Alhamdulillah semua peserta dapat melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang dan sempurna.

Selangkah lagi penentu untuk kita mengetahui siapakah Bakal Imam Muda musim 2. Tahniah buat Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazrul kerana layak untuk ke final pada 1 Julai 2011.


Mohd Hassan Adli Bin Yahya @ Yahuza berusia 26 tahun. Dilahirkan pada 17 Februari 1985 dan berasal dari Perak. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (Al-Quran & Hadith) di Universiti Islam Antarabangsa. Seorang pensyarah (sepenuh masa) da masih bujang.

Nazrul Izwan Bin Zolkiflee berusia 26 tahun. Dilahirkan pada 20 Jun 1985 dan berasal dari Johor. Pemegang Diploma Pengajian Islam dari Kolej Pengajian Islam & Dakwah. Merupakan seorang Guru Besar dan sudah berkahwin.

Bagi 3 Imam Muda yang tidak berjaya iaitu Imam Muda Fakhrul, Imam Muda Amar dan Imam Muda Azlan. Mereka tetap hebat cuma rezeki tidak menyebelahi mereka.

Video Lagu Tema Imam Muda Musim 2 nyanyian Mawi feat Akhil Hayy -Hambamu-



p/s: Siapa tahu tajuk lagu masa Imam Muda Terkeluar erk? leh share tak?
300 x 250