-->
728 x 90

CARI APE TU?

Friday, June 3, 2011

Imam Muda Minggu 6: 2 Orang Tersingkir

Salam 1 Malaysia ^_^

As salam u all.. Erm, tadi Cik Mimie tengok Imam Muda tau!! Tak sangka malam ini ada 2 penyingkiran. Sedih jugak lah Cik Mimie tengok tadi. Tapi, nak buat macam mana kan? dah prosedur dia kena macam tu. Redha je la. Tak semestinya keluar awal bermakna mereka tak bagus, mungkin rezeki mereka sampai minggu ke-6 jer kan?

Erm, Sebelum Cik Mimie bagitahu u all sapa yang terkeluar, meh kita usha dulu siapakah Imam Muda terbaik pada minggu ini.
_
_
_
_
_
_
Ini Dia Imam Muda terbaik pada malam ini ialah Imam Muda Fatah.
Imam Muda (IM) Abdul Fatah Riddzwan, 21 thn, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seorang yang amat peramah dan penuh dengan lawak jenakanya. Sentiasa ceria dan ada saja topik dan lawak yang disampaikan oleh beliau bersesuaian dengan tugasnya sebagai seorang Fasilitator. IM Fatah sentiasa mendengar radio kerana ia adalah sumber informasi buatnya. Untuk pengetahuan u all IM Fatah jarang sekali meninggalkan MP3 nya.

Dan sekarang 2 orang Imam Muda yang terpaksa menamatkan pengajian beliau pada malam ini adalah Imam Muda Ali dan Imam Muda Fadhli.
Imam Muda Ali Khairudin Hj Abdul Marif, 26 thn, Beaufort, Sabah. IM Ali merupakan seorang yang peramah dan berjiwa seni. Memegang gelaran sebagai seorang Guru KAFA sedikit pun tidak menghalang minatnya dalma bidang muzik. Menyukai lagu-lagu bergenre ROCK. IM Ali adalah anak ke-13 dari 17 adik-beradik satu ayah dan ibu. IM Ali juga merupakan seorang pelukis kartun dan hair sytlist untuk lelaki.

Imam Muda Fadhli Hj Awang, 24 thn, Brunei Darussalam. IM Fadhli merupakan satu-satunya peserta dari brunei. Beliau bertugas sebagai Pegawai Masjid, dan masa yang banyak beliau gunakan untuk menelaah bahan-bahan agama dan melayari internet untuk mengetahui perkembangan semasa. Selain itu, IM Fadhli juga suka menonton televisyen.

P/s: bagi IM Ali & IM Fadhli saya doakan anda berdua terus maju di luar sana.

Nora Elena buat Cik Mimie jeles

Salam 1 Malaysia ^_^


Aarrgghhh!! Kenapa?? Kenapa?? Kenapa Seth Tan tu pilih Nora bukan Cik Mimie?. Pergi Cameron Highlands berdua je, sikit pun tak ajak Cik Mimie. Adil ke cam tu? Seth Tan ni pun 1 boleh pulak belikan si Nora tu bunga banyak-banyak, nak tunjuk dia romantik la tu. Huh! Saja je nak Cik Mimie jeles. *padahal memang jeles pun!!

Owh, tidak-tidak Cik Mimie tak boleh marah. Nanti Cik Mimie kena jual dengan En. N. *tetiba tersedar ke alam nyata. Hehehehe..Ini semua gara-gara dah tersampuk dengan Drama Bersiri Akasia "NORA ELENA". Cerita yang telah diadaptasikan dari novel bertajuk "KASIH YANG SUCI" ditayangkan setiap hari Isnin-Khamis bermula dari pukul 7.00 ptg-8.00 mlm hanya di TV3. Dilakonkan oleh Siti Saleha dengan Aaron Aziz. *wat iklan jap!

Woo, Cik Mimie confirm bukan Cik Mimie sorang je yang jeles dengan si Nora tu kan? u all pun sama kan? especially, kaum-kaum hawa di luar sana tu. Haish, mahu tak jeles. Dapat suami bukan main romantik lagi, penuh dengan kejutan setiap hari..so sweet ^_^. *berangan kejap!! Seth Tan..Seth Tan...

Ha, bagi yang tak tengok lagi cerita ini. Meh la kita tengok sesama, best gilak!! Esok takde, so kita jumpa hari Isnin nanti yer?? hehe..c ya =)

p/s: i ingat janji u tu~~ ^_*

Thursday, June 2, 2011

Adinda Evans Bikin Kecoh!!


Salam 1 Malaysia ^_^

Ha, mesti u all kenal kan dengan blogger muda yang bernama Adinda Evans ni? Mana tidaknya dalam masa 24 jam follower remaja yang berusia 14 tahun ini boleh mencecah 1000 orang..wooo..*sangat jeles kot Cik Mimie. Ini semua gara-gara pengakuan berani mati beliau di dalam 1 entry.

Entry apa?? Erm, bagi yang dah terjah mesti u all dah tahu entry itu pasal apa kan? Dan bagi yang belum atau baru-baru nak terjah tu, hentikan lah niat u all tu sebabnya entry tersebut telah pun dihapuskan / di'private'kan.


Cik Mimie rasa lebih baik entry tersebut dihapuskan daripada terus dipaparkan kat blog beliau. Kecian kat mak bapak budak ni, disebabkan 1 entry ni tak pasal-pasal dapat malu. Inilah budak zaman sekarang nak buat sesuatu taknak fikir baik buruknya dulu. Bila kita bagi nasihat cakap kita ni penyibuklah, suka jaga tepi kain orang lah. Padahal kita buat macam tu, sebab kita sayang kat diorang. Haaiisshhh!! *apa pun tak boleh!!
Onion Emoticon Set

--->Untuk adik Adinda Evans, masih ada waktu lagi untuk adik kembali ke pangkal jalan yerk? Toksah fikir pasal teman lelaki, kahwin bagai semua tu. Belum masanya lagi dik oi, masih jauh lagi perjalanan yang adik kena lalui. Balajar lah bagi habis dulu, kecian kat mak ayah sia-sia jer dorang hantar adik pergi sekolah. *u BEAUTIFUL? takde sapa pun nak HATE u la adik!!

Kepada rakan-rakan yang lain marilah kita berdoa agar adik ini menyesal terhadap perbuatan beliau.. =)

p/s: Berfikirlah sebelum bertindak, jangan fikir kita hanya berkata di alam maya takde orang pedulikan kita..Ramai yang peduli sebenarnya..

pssstt!! Nasib baik Cik Mimie sempat baca entry tu..
300 x 250