728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label the return of superman. Show all posts
Showing posts with label the return of superman. Show all posts

Monday, November 23, 2015

The Return Of Superman : New Family Member 2!

Salam 1 Malaysia ^_^

Entry Pertama DISINI!
Entry Kedua DISINI!

Ha, Cik Mimie tahu ramai yang minat dengan rancangan ni kan? Sebab budak-budak dalam rancangan ni comel-comel belaka.. So, hari ini Cik Mimie nak story-mory mengenai satu keluarga baru yang join rancangan 'The Return Of Superman' ni. Setakat ni beliau merupakan ahli yang mempunyai keluarga yang besar dalam rancangan ini. Are you ready??


“Superman Returns” Welcomes Lee Dong Gook’s Huge Family to Its Lineup


Cik Mimie memperkenalkan ahli keluarga Lee Dong Gook seorang pemain bola sepak Korea bersama-sama dengan lima orang anak beliau. Diulangi lima orang, termasuk 2 pasang pasangan kembar perempuan dan seorang bayi lelaki. Bayangkan beliau perlu uruskan kelima-lima anak beliau sendirian dalam rancangan terbitan KBS World "The Return Of Superman". Cik Mimie dah tengok episod-episod keluarga Lee Dong Gook memang mencabar giler lah..heee.


supermanreturns7


Kalau U Olls nak tahu kemunculan pertama Lee Dong Gook dan anak-anak beliau dalam rancangan ni ialah pada 26 Julai 2015. Hahahaha..dah lama berlalu kan? baru sekarang Cik Mimie nak story..huhuhu.. Pada episod hari tu secara rasminya telah memperkenalkan diri mereka kepada penonton. Kembar sulung perempuan yang pertama bernama Lee Jae Shi dan Lee Jae Ah berumur 9 Tahun. Kembar kedua juga perempuan diberi nama Lee Seol Ah dan Lee Soo Ah berumur 2 Tahun. Manakala yang bongsu seorang lelaki bernama Lee Shi Ahn atau nama panggilannya Daebak berumur 8 bulan... Sangat comel dan kacak! hehehe..



Memang seronok tengok keluarga ni lagi-lagi kembar Seol Ah dengan Soo Ah. Macam-macam ragam mereka, kalau nak tahu Si Soo Ah tu suka curi-curi minum susu adik dia Daebak.. Hahahaha kalau tengok aksi dia memang kelakar sangat :) Seol Ah pula selalu akan kata diri dia Soo Ah, bila tanya nama dia siapa dia akan jawab Soo Ah padahal dia Seol Ah..hehehe..

supermanreturns5


So, kalau U Olls nak join Cik Mimie tengok rancangan ni jangan lupa temujanji kita.
Saluran : 391 - KBS WORLD
Tajuk : The Return Of Superman
Waktu siaran : 3.25 petang (AHAD)

Nak tengok On-line boleh cari di YouTube :)

p/s : Jom tengok sama-sama :)



Sunday, February 8, 2015

Monday, January 26, 2015

The Return of Superman 2015 : New Family Member

Salam 1 Malaysia ^_^

Ha, siapa kat sini peminat program TV Korea The return of Superman? angkat hidung cepat! hihihi..Cik Mimie peminat program ni dan semalam merupakan episod ke-59 juga episod pertama sempena tahun baru 2015. Kalau U oll nak tahu baru tahun 2015 ni ada ahli keluarga baru yang mengantikan Tablo & Haru. Sedihnya dah tak dapat nak tengok keletah Haru lagi T_T.

http://static1.allkpop.com/upload/2014/12/af_org/Epik-High-tablo-uhm-tae-woong-haru_1417487876_af_org.jpg
Credit

So, U oll nak tahu tak siapa yang menggantikan mereka berdua ni? Ahli keluarga baru untuk The Return of Superman 2015 ialah pelakon dan adik kepada penyanyi serta pelakon wanita terkenal Uhm Jung Hwa iaitu Uhm Tae-Woong dan anak perempuan beliau yang bernama Uhm Ji-on. Manakala, isteri beliau bernama Yoon Hye-Jin seorang penari Ballet. Uhm Ji-on dilahirkan pada 18 June 2013. Sangat comel ok, paling muda sekali dalam program ini :) credit

http://images.kdramastars.com/data/images/full/129488/um-tae-woong.png?w=600
Credit : google image
https://i0.wp.com/www.soompi.com/wp-content/uploads/2014/12/Superman-Returns-Uhm-Tae-Woong.jpg
Credit : google image
Semalam ada part terharu untuk sesi  mereka berdua, yang mana Uhm Tae-woong menangis bila melihat Uhm Ji-on copy paste kelakuan Saebom. Kelakar pun ada, ha Saebom tu kalau nak tahu anjing peliharaan mereka. Comel sangat Ji-on masa tu..hehehe :) Tak sabar nak tengok episod minggu depan apa jadi bila mereka tinggal berdua je :)

Saluran : 391 - KBS WORLD
Tajuk : The Return Of Superman
Waktu siaran : 3.27 petang (AHAD)

Nak tengok On-line boleh KLIK SINI :)

p/s : Jom tengok sama-sama :)

Thursday, January 8, 2015

KBS WORLD CHANNEL - THE RETURN OF SUPERMAN

Salam 1 Malaysia ^_^

Selamat Pagi..Hari ini Cik Mimie nak share Program TV Korea yang Cik Mimie layan di Astro saluran 391 (KBS WORLD). Sebenarnya, banyak program Korea yang menarik yang boleh kita tengok. So, Cik Mimie nak kongsi salah satu program kegemaran Cik Mimie yang sentiasa menemani Cik Mimie pada hujung minggu..cewahh ayat~~

The Return of Superman

Cik Mimie rasa ramai juga yang layan program ni. Sebab apa? sebab program realiti ni menampilkan kanak-kanak yang sangat comel..hasih, rasa nak cubit-cubit je pipi dorang tau. Dah la comel bijak pulak tu. Program ni bersiaran pada setiap hari AHAD pukul 3.27 petang.*kekadang waktu dia berubah-berubah =_=!. Ulangannya pula pada hari Ahad juga pada pukul 11.45 malam.*Kalau tak silap Cik Mimie...hehehe..Jom kenali kanak-kanak comel dalam program ni..

https://koreanindo.files.wordpress.com/2014/08/triplet.jpg?w=634

Pasangan kembar 3 iaitu Daehan, Minguk dan juga Manse. Mereka ini merupakan anak kepada pelakon Korea Song IIkook. Kalau U Olls tengok teletah mereka automatik segala masalah akan hilang. Mempunyai karakter yang berbeza dan sangat menyayangi antara satu sama lain. Bagi IIkook memang cabaran untuk membesarkan mereka tetapi penat itu hilang bila melihat mereka membesar dengan sihat. Pasangan Kemabar 3 ini telah dilahirkan pada 16 Mac 2012.

http://31.media.tumblr.com/379a6bb9efe3e38d2c32bfd55feb61d1/tumblr_n2srg3r7Y21tspz4co5_500.jpg

Choo Sarang ini pula memang favourite Cik Mimie bukan sahaja comel tapi bijak juga. Sarang merupakan anak kepada petinju terkenal Choo Sunghoon dari Korea dan Yano Shiho model terkenal dari Jepun. Kiranya Sarang ni campuran antara Korea - Jepun sama dengan ayah dia juga. Emak dia pun comel macam dia jugak tau..hehehe..Kalau nak tahu Sarang ni suka sangat menyanyi n menari. Setiap pagi kalau breakfast dengan ayah dia mesti dia menyanyi sambil tunggu ayah dia prepare breakfast..comel sangat :) Birthday Sarang sama dengan Cik Mimie tau..24 Oktober 2011 :) Cuma tahun je lain..hahaha

http://spe.fotolog.com/photo/62/10/40/mazegohan/13957005965435_f.jpg

Pasangan Kembar Lee Seoeon dan Lee Seojun. Comel gila ok mereka berdua ni, sekarang dah besar dan dah pandai cakap...hehehe..Anak kepada pelakon, pelawak dan juga pengacara Lee Hwijae manakala isteri beliau seorang Florist Moon Jeong Woon. Kalau nak tahu pasangan kembar ni telah dilahirkan pada 15 Mac 2013 dan mereka berdua mula muncul dalam program ini pada 03 November 2013. Sekarang umur mereka dah setahun 10 bulan. :)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwHRywxlFk3IrBuV768eBd8w0sSq62ayvBmv8zjwB-9MT-T0IsKiJZSmwws-IWzR3VMZ896OhaZ4pvkpBAjxFSNnoWh_cjpoi6e584OiSfyvFiYd84Q_kQ-EGlyrkVU5cDzkvL2U83PtVX/s640/Tablo+and+Haru.png

Kanak-kanak terakhir yang menyertai program ini ialah Lee Haru. Dia ni paling senior dalam rancangan ni sekarang berumur 5 Tahun. Fizikal kalau tengok macam umur 7 tahun dah tau..hehehe.. anak kepada penyanyi Rap terkenal Korea Tablo atau nama sebenarnya Lee Seon Wong dan pelakon Kang Hye Jung. Kalau nak tahu Haru ni dia macam weird sikit kelakuan dia, Cik Mimie tak tahu nak descript macam mana. U oll kalau nak tahu kenalah tengok program ni..hehehe..Dilahirkan pada 02 Mei 2010, seorang yang suka bertanya dan sangat bijak :)

Saluran : 391 - KBS WORLD
Tajuk : The Return Of Superman
Waktu siaran : 3.27 petang (AHAD)

p/s : Nanti Cik Mimie share program lain ye, yang selalu Cik Mimie layan dekat KBS World ni. :)

Sumber gamabr : Image Google
300 x 250