728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label sarapan pagi. Show all posts
Showing posts with label sarapan pagi. Show all posts

Friday, May 19, 2017

Sarapan Ala Kampung : Lempeng Cair

Salam 1 Malaysia ^_^

Selamat pagi Jumaat Penghulu segala hari, alhamdulillah kita masih diberi peluang bernafas untuk menikmati nikmat Allah S.W.T. Hari ini Cik Mimie bawa bekal ke pejabat. Sarapan ala kampung je, iaitu lempeng cair. Incik Kesayangan request malam tadi. hahahaha.. Jom usha resepi buat Lempeng cair yang mudah lagi mengenyangkan :)

Lempeng cair
Bahan-bahan (10 keping) :

3 cawan tepung gandum
3@4 cawan air (ikut keperluan)
1 sudu kecil garam
Minyak untuk memasak (sikit je)

Cara membuatnya :
1. Campurkan tepung gandum, air dan garam.
2. Adun sebati sehingga tepung tidak berketul-ketul dan tidak terlalu pekat@cair (sedang2 je)
3. Panaskan kuali (boleh guna kuali leper @ non-stick pan) letak sedikit minyak dan ratakan.
4. Gunakan senduk untuk letak adunan tepung atas kuali (satu senduk da cukup da)
5. Lepas tu ratakan adunan menggunakan bawah senduk secara bulatan.
6. Guna api perlahan je, bila nampak tepung terangkat sikit terus terbalikkan bahagian atas ke bawah.
7. Masak sehingga warna kekuningan .
8. Angkat dan hidangkan :)

Cik Mimie guna kuali leper je, bulat sedang-sedang je :)
Lempeng cair ni, boleh dimakan @ dicicah dengan kuah kari, sambal tumis, sambal sardin or kuah asam pedas. Memang marvelous!!

Bekal hari ini, alhamdulillah kenyang :)
Cik Mimie cicah dengan kuah kari, sampai menjilat jari makan.. hehehehe.. 2 keping pun dah cukup kenyang dah. Alhamdulillah :) Bagi nak mencuba resepi ni, selamat mencuba :D

p/s : U Olls, sarapan apa hari ni?

Thursday, December 4, 2014

DIY - BreakFast

Salam 1 Malaysia ^_^

Selamat pagi U olls, breakfast apa pagi ni? Cik Mimie breakfast roti bakar je..hehehe..Sedap jugak apa...heee..Ok, cakap pasal breakfast ni. Cik Mimie nak share dengan U olls beberapa breakfast yang kita boleh buat sendiri atau dalam kata lain Do It Yourself @ DIY yang menarik, sedap dan mudah..Yiipppiieee! DIY ni Cik Mimie jumpa dalam FB...Hahahaha..Cik Mimie kan suka stalk FB..ngeh3!!! Jom, kita try buat nak tak?





 
 
 




Amacam? Senang dan sedap kan? hahaha..actually, Cik Mimie tak tahu nak letak nama apa untuk semua menu ni..haish, pandai-pandai U olls la nak panggil apa..Roti cheese telur ke, roti cheese gulung ke...hahahahaha.. yang penting perut kenyang..hehehe v(^_~*)

Credit : Shopping99.my

p/s : Nanti Cik Mimie balas jejak U olls ye, badan tak sihat ni rasa takde mood sangat T_T
300 x 250