-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label online. Show all posts
Showing posts with label online. Show all posts

Friday, July 15, 2016

Voucher RM100 - Hasil Berkolaborasi bersama ZALORA

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai U Olls, hari ini agak rajin nak update blog. Wah, terkikis sikit kerinduan nak menaip di teratak usang Cik Mimie ni. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan walaupun tak berapa nak aktif macam dulu. Takpe, Cik Mimie CUBA :)

So, petang ini nak story hasil kolaborasi Cik Mimie bersama dengan ZALORA*jangan cakap U oll tak tahu ZALORA tu apa, ha ada kena viral nanti..hehehe..


Hari Selasa yang lepas Cik Mimie terima satu comment invitation di blog Cik Mimie dari Aini Shah wakil ZALORA. Wah, memang teruja giler Cik Mimie sebab tak sangka yang ZALORA sudi pilih blog Cik Mimie ni. Dah la lama tak berupdate, inilah orang kata REZEKI :)

Lepas je Cik Mimie baca comment tu terus Cik Mimie email Aini untuk bertanya lebih lanjut mengenai kolaborasi ni. Semuanya berjalan dengan lancar, article yang ZALORA minta Cik Mimie update diblog sudah pun Cik Mimie publish. U olls boleh KLIK SINI untuk baca. Terima kasih :)

Dan seperti yang dijanjikan Cik Mimie menerima voucher sebanyak RM100 untuk dihabiskan di ZALORA. Wah, shopping siapa tak suka kan. Apa lagi, Cik Mimie pun cuci mata la. Dengan RM100.00 Cik Mimie dapat grab 3 barang di ZALORA.


Taddaaaa!! Inilah barang-barang yang Cik Mimie beli di ZALORA. Alhamdulillah, servis ZALORA memang tip top. Semalam, pukul 4 petang Cik Mimie order, Hari ini, tengah hari Cik Mimie selamat terima barangnya. Terima kasih ZALORA :) BARANG BEST SANGAT~!



Jam tangan putih untuk ABAH, Blouse untuk EMAK, dan Couple Watch untuk CIK MIMIE & INCIK KESAYANGAN. :)

Orang kata kalau kita ada rezeki lebih, dan kita berkongsi dengan orang lain. INSYAALLAH, Allah akan murahkan lagi rezeki kita.AMIN.

Apa yang Cik Mimie pegang "Kalau kita tak berkira rezeki kita dengan orang lain, ALLAH pun takkan berkira rezeki dia dengan kita" Semoga kita selalu dimurahkan rezeki. Amin.

p/s : Ramai jugak yang berkolaborasi dengan ZALORA ni, meh la kongsi-kongsi dengan Cik Mimie article U Olls :)

Thursday, January 29, 2015

Gelang Tangan Zalora

Salam 1 Malaysia ^_^

Petang U Olls!! Ha, Cik Mimie nak cerita pasal Zalora ni. Ada siapa-siapa kat sini yang tak tahu Zalora tu apa ke? Ok2, takpe Cik Mimie boleh bagitahu. Zalora ini merupakan butik online yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian wanita, pakaian lelaki, pakaian muslimah, aksesori dan macam-macam lagi. Memang berbaloi kalau membeli di Zalora. Servis dia memang tip top, sebab tu Cik Mimie selalu shopping di Zalora :) 

Kalau u olls nak tahu Jumaat lepas zalora ada buat tawaran hebat yang mana setiap barang diberi diskaun 90% sehingga 93%. So, Cik Mimie tak lepaskan peluang ini. Setelah membelek sana, membelek sini. Cik Mimie grab satu aksesori kira macam reward untuk diri sendiri :)


Cik Mimie beli gelang tangan jenama KLF berharga RM15.40. Kalau nak tahu harga sebenar gelang tangan ini ialah RM220.00 selepas potongan sebanyak 93% Cik Mimie dapatla harga tu :) Berbaloi tak?


Gelang tangan Cik Mimie order dah pun sampai tadi :) Nasib baik muat...hahaha..gelang tangan ni saiz M :) cantik sangat. Actually, dia bukan emas 916 tau U Olls, material yang digunakan ialah 22ctw Gold Plated Alloy. Kira macam emas celup la..hehehe..okla kan, at least kalau hilang ke apa ke takde la kita ralat sangat...hehe..sesuai untuk dipakai hari-hari :)

p/s : Bila gaji nak masuk ni?? $_$

Thursday, December 11, 2014

PROMOSI SHOPPING ONLINE 12.12.2014

Salam 1 Malaysia ^_^

Salam Petang U Olls, bersempena dengan tarikh 12.12 esok. Kebanyakan Kedai Dalam Talian sedang membuat promosi besar-besaran. Ia juga bersempena dengan perayaan Hari Krimas dan juga Tahun Baru yang akan tiba beberapa hari sahaja lagi. So, disini Cik Mimie nak share beberapa Kedai Dalam Talian yang sedang berlumba-lumba memberikan harga runtuh kepada rakyat Malaysia. Apa tunggu lagi? Jomlah kita serbu sementara stok masih ada.


http://bm.zalora.com.my/women/all-products/?cmpgn_four=luckynumber12&sort=popularity&dir=desc&page=1&wt_em=my.Email.Newsletter.MY_NL2014-12-11_F_-_EN_FQ1.3083055.body_F_women_1_SA_0_0_10113782493221072_RSYS_2014-12-11&utm_source=Newsletter&utm_medium=Email&utm_campaign=MY_NL2014-12-11_F_-_EN_FQ1_3083055&utm_content=body_F_women_1_SA_0_0&zuid=10113782493221072

Lucky Number 12 - Promosi berlangsung selama 3 hari bermula dari semalam iaitu 10.12.2014 sehingga 12.12.2014. Antara barang-barang yang dijual dengan harga promosi iaitu RM12.00





Selain ZALORA, Nile.Com juga turut mengadakan jualan promosi selama 5 hari. Setiap barang mendapat potongan harga sehingga 80%. Wow, bukan senang nak dapat diskaun banyak macam tu. So, U Olls jangan lepaskan peluang ok. Untuk hari ini barang yang mendapat potongan harga ialah :-

11.12.2014 (Thursday)






Best tak? Ini untuk hari ni sahaja tau. Kalau nak tahu barang untuk esok boleh KLIK SINI :)


http://www.lazada.com.my/online-revolution/

The 12/12 Countdown, Ha yang ni pasti semua orang tahu kan? Esok LAZADA akan buat promosi giler kentang la orang kata. Sampai ada contest yang dianjurkan iaitu Shopping RM1212 at Lazada Malaysia [Contest] boleh klik kalau ada sesiapa yang belum join lagi. 

http://www.lazada.com.my/sneak-preview-flash-sale/

Ini dia SNEK PREVIEW untuk esok. Setiap satu jam ok.HA, Kena alert tau..Antara barang-barang yang dipromosikan ialah :-


Amacam? Menarik tak untuk hari esok? hahahaha..ades, akaun kosong-kosong ni..ada sesiapa yang nak belanja tak?

p/s : Jom shopping-shopping :)

Wednesday, November 19, 2014

Tips Memilih Pakaian Wanita yang Rendah

Salam 1 Malaysia ^_^ 

Hai U Olls, hari ini Cik Mimie nak berkongsi beberapa tips untuk Memilih Pakaian Wanita bagi mereka yang bertubuh rendah. Seperti kita semua tahu wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Kalau boleh tiap-tiap hari kita nak kelihatan cantik, bergaya dan menarik dalam penampilan kita. Betul tak? So, penting bagi kita untuk tahu tips-tips ini :)

See, Cik Mimie pun nak nampak bergaya jugak..hehehe...:)
Kenapa Cik Mimie kata ia penting? Sebab, wanita yang rendah atau bersaiz genit selalu sangat ada masalah untuk mencari PAKAIAN WANITA yang bersesuaian dengan tubuh mereka. Jika salah membuat pilihan, silap-silap pakaian yang dipilih itu boleh mencacatkan penampilan dan tidak menonjolkan personaliti mereka. Oleh itu, si pemakai harus bijak dalam memilih jenis pakaian yang mampu memberikan ilusi tubuh badan yang tinggi.


Tips PERTAMA : Pilih corak pakaian yang tidak terlalu besar atau corak jalur menegak untuk kelihatan lebih tinggi.


Tips KEDUA : Bagi penggemar Skirts atau Short, U olls kena elak daripada memakai Skirts atau Short yang terlalu pendek atau terlalu labuh. Ini kerana, saiz Skirts atau Short terlalu pendek, ia akan membuatkan kaki kelihatan lebih pendek manakala jika terlalu labuh pula, ia akan membuatkan U olls kelihatan lebih rendah. Ingat tu!


Tips KETIGA : U olls juga perlu memilih pakaian dengan potongan yang betul. Kalau boleh elakkan dari memakai pakaian yang terlalu longgar atau terlalu ketat. Ini dapat menyelamatkan penampilan U olls.


Tips KEEMPAT : Pemilihan warna pakaian, kalau boleh pilihlah pakaian yang berwarna gelap seperti hitam, biru tua dan hijau tua. Ini kerana, warna memainkan peranan yang penting ia bukan sahaja membuatkan U olls kelihatan lebih kurus, malah lebih tinggi.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5uETZXpdh-R3kB8Fp8XUCV-59s3Fn3Cdmjkduh7tpfys5wKVOSTPdFbUmZ-T60KhfDGvJCAk429PhtogEzFvJ9ySavs25S66VLKD6b66HXAddDk_Ybqq9HWL1LWLuCsBYG7kk1OJlE36Q/s1600/zalora-logo.png
Butik Online Wanita iaitu ZALORA adalah destinasi fesyen yang tepat untuk U olls mendapatkan pakaian yang bersesuai seperti di dalam tips-tips yang Cik Mimie bagi. Zalora bukan sahaja menawarkan koleksi pakaian wanita yang terbaik malah ia juga menyediakan pelbagai variasi seleksi pakaian wanita seperti pakaian wanita Muslimah, pakaian pejabat muslimah, pakaian wanita hamil dan juga pakaian wanita bersaiz besar. Bagi U olls yang mempunyai bajet jangan risau kerana Zalora turut menyediakan seleksi pakaian wanita murah yang sangat berpatutan, berkualiti dan memuaskan! 

Apa tunggu lagi? Jom beli pakaian wanita terbaru online bersama ZALORA hari ini!
300 x 250