728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Monday, July 6, 2015

KOTAK KEINGINAN HAMPIR PENUH!!

Salam1 Malaysia ^_^


Ha, nampak tak gambar kotak keinginan Cik Mimie tu. Alhamdulillah, tahun ni satu-satu benda dalam kotak keinginan Cik Mimie dipenuhi...hehehe..Ops, lupa pulak nak bagitahu yang kotak keinginan ni sama macam wishlist ye adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang sekalian. So, untuk minggu lepas salah satu benda yang ada dalam kotak keinginan Cik Mimie telahpun Cik Mimie dapat...Yeeaayhhh!! suka sangat-sangat tau. 

Nak tahu tak apa yang dia?

See, sebelum ni Kotak untuk Lesen Memandu telah di 'tick', Kali ini satu lagi kotak dah di 'tick'.  Yes!! ia adalah KERETA :)

Alhamdulillah, selepas je lulus dan dapat lesen kereta beberapa bulan yang lepas. Rezeki untuk ada kereta sendiri pula datang. Sebenarnya, kalau ikutkan memang Cik Mimie malas nak beli kereta dulu. Tapi, Abah dah offer nak bagi duit muka dan dia kata senang untuk Cik Mimie nak kemana-mana nanti. Takkan nak gantung je LESEN KERETA tu kat rumah..hahaha.. So, selepas berbincang dengan semua pihak, akhirnya kereta ini jadi milik Cik Mimie. 

PROTON SAGA BLM  1.3

Bagi Cik Mimie, apa yang terjadi pada kehidupan kita semuanya ada hikmahnya yang tersendiri. Mana lah tahu kan? Selepas Cik Mimie beli kereta ni, hikmahnya Cik Mimie dapat kahwin pulak kan?..ekekeke.. Amin... ^_^

p/s : Raya tahun ni, boleh la jalan jauh sikit..heheheh :)

Sunday, February 15, 2015

Entri Tanpa Kata : Keep Calm And Drive On

Salam 1 Malaysia ^_^

http://rlv.zcache.com/keep_calm_and_drive_on_learner_any_color_card-r4311c093c3094a37b02082f46403553b_xvuat_8byvr_324.jpg

p/s : Hari ini first time belajar pandu kereta..macam cuak je..O.o

Saturday, November 29, 2014

Kata Putus Telah Dibuat

Salam 1 Malaysia ^_^

Setelah Cik Mimie berfikir agak lama untuk membuat keputusan. Akhirnya, kata putus telah dibuat. Cik Mimie setuju, dah tak boleh nak tangguh-tangguh lagi dah. Takut nanti makin mahal harganya, nak taknak kena ambil juga tahun ni. Lagipun ini untuk kemudahan Cik Mimie juga in future. Alang-alang tengah ada promosi ni lebih baik ambil peluang, tahun depan dah tak payah fikir lagi :)

Opps, agak lambat Cik Mimie nak ambil lesen kereta, motor dah pass lama dah..hahaha..bukan apa, Cik Mimie ni gabra sikit bab-bab kereta ni. Takut tersondol kereta orang hahahaha *nampak tak pemikiran negatif tu? belum apa-apa dah fikir bukan-bukan. Hehehe...Disebabkan, semua family & Incik Kesayangan dah sokong 200%. Cik Mimie akan gagahkan diri juga*gagah la sangat..tteeeettt! Esok Cik Mimie akan pergi mendaftar *yeeaaayhh!! Tepuk semangat sikit..pap..pap..pap..:)


Belanja gambar Selfie untuk Hari ini, muka happy sebab hari ini Halfday kejap lagi nak makan kenduri rumah orang kahwin..weeee :)

p/s : Ada sesiapa yang nak join Cik Mimie ambil lesen tak? ada jugak Cik Mimie kawan nanti..hehe :)
300 x 250