-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label kad raya. Show all posts
Showing posts with label kad raya. Show all posts

Friday, June 9, 2017

Menang Ramadhan / Syawal 2017 Giveaway by Kasihkuamani

Salam 1 Malaysia ^_^


Hari ini 09.06.2017, maka tamatlah GA anjuran Kak Sha @ Kasihku Amani Imani. Alhamdulillah, Cik Mimie tersenarai sebagai salah seorang pemenang di antara 20 orang yang dipilih. So, siapa-siapa yang belum semak senarai pemenang boleh KLIK SINI :)


P/s : Tahniah buat semua pemenang, terima kasih kepada Kak Sha jugak :)

Tuesday, June 6, 2017

“Giveaway Kad Raya by Zafirah Nazri”

Salam 1 Malaysia ^_^


Syarat - syaratnya :

1 - follow blog saya

2 - buat satu entry bertajuk “Giveaway Kad Raya by Zafirah Nazri”

3 - Tempekkan banner dekat atas , backlink kan ke entry ini . 


4 - klik salah satu link | ini | ini | dan |ini |  singgah habis loading

5 - komen link entry anda di entry ini.

Siap ! selamat bersegmen semua . 


saya akan pilih seramai 10 orang untuk diberikan kad raya . 

Tarikh Tamat : 18 Jun 2017

p/s : All the best!

Monday, August 3, 2015

Kad Raya Dari Kakak Manis :)

Salam 1 Malaysia ^_^


Huwaaaa!! sibuk betul lately ni. Entri pun jarang nak melekat. Ampunkan Cik Mimie, I olls cuba untuk mencari masa. So, hari ni 3.8.2015 bermakna dah 3 hari bulan Ogos menjelma. Sangat pantas masa berlalu, senarai PT belum sempat nak update. Sabaq na!

Kad Raya selepas raya diterima lagi, kali ini datangnya dari Kakak Manis kita. Siapa lagi kalau bukan Si Jari Manis tu a.k.a Sis JM :)

Setelah berminggu-minggu menunggu baru posmen jumpa jalan ke rumah Cik Mimie..ekekeke..nasib baik tak jumpa posmen tu, mahu Cik Mimie sound se das dua...hikhikhik.. 



Terima kasih Sis JM, Kad Raya Sis Cik Mimie dah selamat terima. Hehehe..terima kasih atas ucapan di dalam kad raya tu. tak dan nak reply..ekekeke..

p/s : Tengah cari idea nk create sijil untuk PT :)

Wednesday, July 29, 2015

Kad Raya Dari Si Paling Comel

Salam 1 Malaysia ^_^

Ini dia, kad raya lagi..hehe..awatlah abang posmen ni lambat hantar. Dah lepas raya baru terima, papepun terima kasih abang posmen dan juga penghantar kad raya ni. :)




Si paling Comel siapa lagi kalau bukan Siti Yang Menaip a.k.a CT Humairah :) Hehehe.. Terima kasih Ct untuk Kad raya ni.. Selamat hari raya maaf zahir dan batin jugak :)

#muahmuahciked!!

p/s : Petang ni nak pergi beraya lagi #rayakansebulan #inikanraya

Tuesday, July 28, 2015

Kad Raya Diterima Selepas Raya

Salam 1 Malaysia ^_^

Ha, siapa ingat entry INI. Dalan entry ni Cik Mimie ada bagitahu yang Cik Mimie menang beberapa segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger :) Hadiah yang Cik Mimie menang ialah Kad raya. So, Kad raya mereka telah pun Cik Mimie terima..itupun pada hari raya keempat..huhu..apalah Posmen ni.  Terima kasih pada penganjur untuk kad raya yang sangat cantik dan comel :)

Ini Kad raya dari Amanina Mads. comel kan patung dalam gambar tu..pakai kebaya lagi..hehe :) Mekasih Nina, sorry lambat up entry pasal kad raya nina ni :) Nanti Cik Mimie terjah rumah ye..



Kad kedua pula dari MommyLizz. Pengedar Shaklee tau, so lepas2 raya ni kalau ada sesiapa tu yang terlebih makan..boleh la beli suplement dengan Mommy :)

p/s : Sekejap je dah nak setengah bulan Syawal kan?

Thursday, July 16, 2015

E- Kad Pengganti Diri

Salam 1 Malaysia ^_^

Pejam celik, pejam celik...Esok kita semua akan menyambut Hari Raya. Ya Allah, sekejap betul waktu berlalu kan. Ini bermakna Ramadhan akan berakhir pada hari ini. Semoga kita dapat bertemunya lagi pada tahun hadapan.


E-kad pengganti diri Cik Mimie buat semua. Di kesempatan ini Cik Mimie ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua rakan-rakan blogger. Jika ada perkataan-perkataan ataupun komen-komen yang mengguris hati kalian selama kita berkenalan di alam maya ini, Cik Mimie mohon seribu kemaafan diharapkan kalian dapat memaafkan Cik Mimie. 

Lemang ketupat hidangan istimewa,
Buat semua tetamu yang datang,
Cik Mimie ucapkan kepada semua,
Salam Lebaran yang bakal menjelang.

Main mercun di malam hari,
Bunyinya bising memecah keriangan,
Jika ada salah silap pada diri,
Diharapkan ia dapat dimaafkan.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DAN SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA!!!

Jaga diri, berhati-hati dijalan raya & jumpa lagi :)

p/s : Blog akan aktif selepas cuti..:D

Wednesday, July 15, 2015

Kad Raya Ketiga Dari Mama3Farhanah

Salam 1 Malaysia ^_^

Nak dekat-dekat raya ni hari-hari posmen singgah rumah...hehehe..Hari ini, dapat lagi sekeping kad raya yang datangnya dari Mama3Farhanah a.k.a Kak An :) Kad raya ni Cik Mimie terima sebab menjadi salah seorang Top Komentator di blog Mama :)


Siap dapat Bookmark RETRO lagi...hehe..Terima kasih ye Mama..Jauh kad ni dilayangkan dari KOTA BAHRU, KELANTAN ke SEGAMAT, JOHOR.


Selamat hari raya aidilfitri Mama..maaf jika selama kita kenal di alam maya ini ada yang terguris di hati..kosong-kosong ye :)

p/s : ramai dah start cuti.

Tuesday, July 14, 2015

Kad Raya Kedua Dari SihatiMerahJambu

Salam 1 Malaysia ^_^

Petang U Olls, buat apa tu? Huwaa...ngantok la mata ni..rasa nak cari tilam dan bantal je..hehehe.. Actually, Cik Mimie nak story pasal kad hari raya yang kedua Cik Mimie terima semalam. Kad raya yang sangat cantik dari blog SIHATIMERAHJAMBU a.k.a Kak Fiza :) 

muka depan kad
belakang kad
Terima kasih Kak Fiza untuk kad raya yang sangat cantik dan comel ni. Tak sangka pulak Cik Mimie salah seorang penerima kad raya Kak Fiza :) Terharu sangat :)



Ha, kalau nak tahu kad raya ni Kak Fiza design sendiri tau. Bukan setakat kad raya je dia boleh design..macam-macam lagi contoh, header, blog, kad jemputan kahwin, kad event dan banyak lagi la. Lupa pulak, gambar pun dia boleh edit. So, kalau rasa-rasa ada yang nk tempah dengan Kak fiza boleh la contact beliau :)

p/s : Makin nak cuti, makin banyak pula kerja..huhu

Friday, July 10, 2015

Kad Raya Pertama dari DZ

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini tinggal 6 hari je lagi kita akan menyanbut bulan Syawal. Persiapan pun tak 100%, yang penting baju untuk mak dan abah dah pun disediakan :) Ramadhan kali ini betul-betul sekejap je, tup..tup..dah nak abis.. Okla, actually Cik Mimie nak story pasal Kad Raya yang telah selamat Cik Mimie terima hari semalam.


Ini dia Kad Raya pertama Cik Mimie yang dihantar oleh DZ @ Dunia Zumal. Terima kasih DZ untuk Kad Raya yang cantik ni. Nanti Raya Cik Mimie gantung kat dinding ye.. :D


"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN JUGAK UNTUK DZ, JIKA ADA TERSALAH KATA, TERSAKIT HATI OR APA-APA JE LA, CIK MIMIE MINTA MAAF YEE :)"

p/s : Mood nak cuti semakin membuak-buak, tengok fail atas meja pun dah macam nampak ketupat, lemang...hahahaha

Thursday, July 9, 2015

Alhamdulillah Rezeki Bulan Julai :)

Salam 1 Malaysia ^_^

 http://25.media.tumblr.com/tumblr_lpu44kZqwd1qa4qxbo1_1280.jpg

Alhamdulillah, rezeki hari ini. Tak sangka jadi pemenang untuk 3 segmen yang Cik Mimie sertai. Terima kasih kepada penganjur dan juga Mr. Random sebab pilih blog Cik Mimie :) So, jom kita usha segmen apa yang Cik Mimie menang :)







 Boleh klik tajuk segmen untuk semak nama pemenang yang lain. Mana tahu U Olls pun tersenarai jugak :)

 p/s : Tahniah buat semua pemenang :)

Monday, July 6, 2015

'Segmen Kad Raya by Ms. Kejupenyet'

Salam 1 Malaysia ^_^

http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/07/segmen-kad-raya-by-ms-kejupenyet.html

Due Date : 08.07.2015

p/s : Jom memeriahkan segmen ni :)

Wednesday, July 1, 2015

"Kad Raya GA by Nina"

Salam1 Malaysia ^_^

http://sukasamko.blogspot.com/2015/07/kad-raya-ga-by-nina_1.html


Hadiahnya :

1 Kad Raya x 15 keping
 
Due Date : 7 Julai 2015
 
p/s : Jom join ramai-ramai :)

Friday, August 8, 2014

Kad Raya Kedua Dari Naalisaa

Salam 1 Malaysia ^_^

Selamat pagi Jumaat semua. Semoga hari ini kita semua diberkati..AMIN..Ok, hari ini Cik Mimie nak story pasal cerita semalam. Kalau u oll nak tahu semalam after balik kerja sesampai je di rumah Kakak Cik Mimie bagi satu surat pada Cik Mimie. Buka-buka je Cik Mimie dapat kad raya dari Adik Cik Mimie yang cute sorang ni NAALISAA @ WHITE LILY. 

Wah, teruja sungguh Cik Mimie lagi-lagi tengok kad raya beliau Fully handmade dari Naalisaa sendiri. Cantik sangat. Terima kasih Naalisaa. Rajin sungguh awak ni. HEHEHE. Cik Mimie tahu ramai jugak blogger yang dah terima kad raya dari Naalisaa, tapi Cik Mimie tetap nak tunjuk jugak dekat u oll ;p HEHEHE.. Macam mana Cik Mimie boleh dapat kad raya dari beliau -KLIK SINI-

Inilah dia Kad Raya dari beliau. Cantik + Comel je kan? HA, kreatif pun ada Naalisaa ni. Kalau Cik Mimie tak tahu la jadi ke tak kad raya tu..hekhekhek..

Tadaaa, ini isi kandungan kad raya Naalisaa :)

Sebelum ni pun Cik Mimie ada dapat kad raya dari seorang blogger jugak Miss-AzwarSyuhada :) -KLIK SINI-

p/s : Suka panggil dia Naalisaa, sedap je bunyinya..hehe..Naalisaa :)

Monday, July 28, 2014

KAD RAYA FAMILY

Salam 1 Malaysia ^_^

Selamat Hari Raya u oll, Alhamdulillah dapat jugak kita sambut raya pada tahun ni kan? Macam mana sambutan hari raya u oll? Mesti meriahkan? :)

Actually, entry  kali ni Cik Mimie juz nak show off kad raya rekaan Cik Mimie untuk family Cik Mimie. Maklumlah sekarang ni semua orang bagi kad raya melalui atas talian je (on-line) dan tags semua orang, Hehehe..senang katanya. So, Diorang dah request Cik Mimie buatkan lah :) Jom usha!

Ini Family Abang Ngah :)

Ini Family Uda :)

Ini Family Andak :)

Ini Family Atih :)

Ini Family Anjang :)

Ini Family Miktam :)

Ini Family Acik :)

Ini Ucu Punye :)
Hehehehe..ok x ? Simple jer..:) Okla, nak sambung beraya..Hehehe :)

Saturday, July 26, 2014

Selamat Hari Raya AidilFitri

Salam 1 Malaysia ^_^

Wah, pejam celik..pejam celik..Lusa je kita nak sambut AidilFitri. Seronoknya, tak sabar nak berkumpul rama-ramai dengan adik-beradik, anak buah bagai. Riuh-rendah lah rumah gamaknya.HEHEHE. So, dengan ini Cik Mimie ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA ^_^ minta ampun minta maaf kalau sepanjang kita di alam maya ni ada terkasar bahasa or menyakitkan hati ke.. kosong-kosong ye :)

Bagi sesiapa yang balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya. Ha, yang baru nak shopping pulak ingat jaga anak-anak u oll baik-baik jangan leka. Kalau boleh tak perlu bawa mereka, sekarang ni macam-macam kes ada mengenai kanak-kanak ni. Cik Mimie yang takde anak pun risau tentang anak-anak buah Cik Mimie. *ingat tu ye :)

Nah, Cik Mimie lekatkan Kad Raya untuk semua :)

 p/S : Yeeeeaaayyyhhh!! Cuti :)


Monday, July 21, 2014

Kad Raya Pertama Dari Miss-AzwarSyuhada

Salam 1 Malaysia ^_^

Terima Kasih Miss-AzwarSyuhada *Teruja sangat-sangat Cik Mimie sekarang ini..HEHEHE..Nak tahu tak tadi masa Cik Mimie balik rumah at lunchtime. Abang posmen singgah rumah hantar surat.Tengok-tengok nama Cik Mimie yang tertera *Dalam hati dah tahu dah ini mesti Kad Raya.


Inilah sampul kad raya tu...HEHEHE..Cik Mimie tahu sebab Cik Mimie request kad raya dekat Miss-AzwarSyuhada sorang je. U ooll boleh KLIK SINI. Dia bagitahu siapa yang nak kad raya tu juz send email details dekat dia. *senang kan :)


Taaaarraaaa!!! Inilah dia kad raya by Miss-AzwarSyuhada Comel kan?  Cik Mimie suka sangat-sangat nanti boleh tampal kat dinding rumah *Deko-deko wall untuk kad raya:p


Close up sikit :) Terima kasih sekali lagi Miss-AzwarSyuhada :)

Saturday, July 19, 2014

Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com

Salam 1 Malaysia ^_^

Hee, nak mencuba nasib la :) mana tahu ada rezeki dapat kad raya dari kak Mia Liana :) Jom u oll, join reramai~

Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com bermula pada hari ini sahaja, 19 Julai 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

20 blogger yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan akan menerima kad raya dari Mia Liana. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Julai 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
300 x 250