Salam 1 Malaysia..
| sumber M Star |
Seperti kita semua tahu pada 17 Julai 2014 (Khamis) yang lalu, negara kita telah dikejutkan dengan berita nahas kapal terbang milik Malaysia (MAS) iaitu MH17 telah terhempas akibat ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Russia. Seramai 298 orang penumpang dan anak kapal terkorban dalam nahas tersebut.
Hari ni 22 Ogos 2014 (Selasa) merupakan Hari Berkabung Malaysia bagi menghormati ketibaan jenazah mangsa nahas MH17 di tanah air. Seramai 20 jenazah dibawa pula ke Malaysia. Alhamdulillah, semoga dengan kepulangan jenazah ini sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan dan mengurangkan kesedihan terhadap keluarga mangsa. Semoga upacara dan perjalanan semua jenazah hari ni berjalan dengan lancar.
Senarai Nama Jenazah MH17 yang Dibawa Pulang
Anak kapal
1. Mastura Mustafa
3.Hamfazlin Sham Mohamed Arifin
4. Nur Shazana Mohamed Salleh
5.Dora Shahila Kassim
6.Lee Hui Pin
7.Angeline Premila Rajandaran
8.Chong Yee Pheng
9.Azrina Yakob
Penumpang
1.Foo Ming Lee
2.Karamjit Singh Karnail Sigh
3.Ng Qing Zheng
4.Mabel Anthony Samy
5.Paul Rajasingam/Sivagnanam
6.Elisabeth Ng Lyeti
7.Ariza Ghazalee
8.Muhammad Afif Tambi
9.Noor Rahimmah Mohd Nor
10.Mohd Ali Mohd Salim
11.Hasni Hardi Parlan
Al-Fatihah buat semua mangsa beragama Islam. Cik Mimie doakan semoga Allah memberi kekuatan kepada semua ahli keluarga yang terlibat serta mempermudahkan segala urusan. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. :(
p/s : Salah seorang penumpang warga Segamat turut dibawa pulang hari ini. Takziah buat keluarga mangsa MH17.