Salam 1 Malaysia T_T
| Sumber : Google Image |
Cik Mimie pasti u olls mesti tahu apa yang sedang berlaku sekarang ni di bumi GAZA kan? Isnin lalu pihak rejim Zionis a.k.a ISRAEL telah melancarkan perang ke 3 di PALESTIN. Seriously, Cik Mimie sedih sangat-sangat dengan apa yang berlaku sekarang ni. Setiap hari pasti kita akan mendengar berita kematian orang-orang yang tak berdosa. Anak-anak kecil disana tak bebas macam kanak-kanak di negara kita, perempuan-perempuan disana takde masa nak outing atau berhibur macam kita disini. Mereka disana sentiasa diburu ketakutan, kesedihan, dan juga kelaparan. *Kita patut bersyukur kita berada di MALAYSIA :(
Cik Mimie tak pasti kenapalah ISRAEL bertindak sebegitu kejam sekali. Anak-anak yang tak berdosa dijadikan mangsa, mereka dibunuh dengan kejam. Seriously, Cik Mimie tak sanggup tengok gambar or video yang selalu ada di wall FB Cik Mimie. Sangat-sangat kejam ISRAEL memperlakukan rakyat GAZA. T_T
Ya Allah, Engkau lindungilah saudara-saudara kami di GAZA. Engkau kuatkan lah mereka semua menghadapi semua ini. Dan Engkau berilah hukuman atau balasan yang setimpalnya ke atas ISRAEL Ya Allah. Sesungguhnya kami semua disini hanya mampu berdoa untuk mereka di sana. Amin Ya Rabbal Alamin T_T
Cik Mimie harap u oll semua dapat mendoakan saudara-saudara kita disana. Sesungguhnya mereka semua adalah Pejuang-pejuang Islam yang sebenar dan tentu-tentunya Syurga menanti mereka.
LETS PRAY 4 GAZA