-->
728 x 90

CARI APE TU?

Tuesday, January 12, 2016

HARI PERTUNANGAN / ENGAGEMENT DAY

Salam 1 Malaysia 

Tarikh 09 Januari 2016 iaitu hari Sabtu yang lepas, telah berlangsungnya majlis pertunangan Cik Mimie dengan Incik Kesayangan. Setelah hampir 4 Tahun 7 Bulan kami bergelar 'couple'. So, this year we decide to end it as a 'Halal Couple' In Sha Allah. 

Alhamdulillah, majlis yang agak simple dan kecik je hanya antara dua belah pihak telah berjalan dengan lancar. Hati ni Allah je tahu betapa 'nervous' nye, dup dap dup dap bakhang.. hehehe.. Pada mulanya tiada apa-apa tema pun yang Cik Mimie buat sebab Cik Mimie & Incik Kesayangan nak buat simple-simple je. So, masa mencari sireh junjung yang ready made, nampak la warna hitam putih ni. Cantiklah pulak, grab terus memang tak fikir apa pun. Semuanya last minute preparation. hahahaha.. So, bagi mengenakan semua barang dengan sireh junjung terpaksa buat tema hitam putih. Terpaksa beli baju tunang warna hitam, sebab Cik Mimie takkan beli warna putih akan cepat kotor.. sayangnya lahai..

Majlis bermula lepas asar, wakil pihak lelaki sampai dalam pukul 5 petang macam tu. Alhamdulillah semua ok, tempoh pertunangan setahun hidup. So, dalam masa setahun ni Cik Mimie boleh pilih mana-mana bulan untuk majlis perkahwinan kami. So far, belum ada tarikh lagi.. In sha Allah, akan mencari masa yang sesuai. Apa kata kita layan gambar je la ye.. heee.. malas pulak nak tulis panjang-panjang ni.. :D

Menanti dengan penuh debaran.. heartbeat laju giler..hehehe
simple hantaran dari pihak Cik Mimie.

With Abah Kesayangan :)
With Emak Kesayangan :)

With My Siblings :)
Acara sarung cincin... gigil2 tangan masa ni.. opps!
Close up sikit.. abaikan inai yang tak cantik tu..hahaha.. 

Selepas majlis selesai :)
Keluarga belah lelaki :)
Orang tu balik keje terus datang sini.. huhuu... Officially his fiance :)

Alhamdulillah, selesai je majlis hilang segala gugup, nervous, butterfly in my stomach bagai tu.. hahahahah.. Terima kasih kepada semua yang membantu memeriahkan majlis ni. Selesai satu bab, kena fikir bab seterusnya pulak.. alahai... hahahahah..

Thank kepada MUA kak Umie Iena, booking last minute sebab ikutkan nak make up sendiri je. Tapi akak-akak suruh orang make up kan. Inilah first time Cik Mimie make up macam ni.. selalunya letak krim muka je pergi memana.. hahahaha..bedak pun tak pakai.. opps!

Okla, setakat ni je , nanti ada bab baru Cik Mimie story lagi..  Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang wish congratulation dekat FB ye :) terharu sangat.. muahmuahciked!

#tunangorang
#engagementday
#09january2016
#Momentindahpermulaantahunbaru

p/s : Banyak benda nak kena settle kan lepas ni.. semoga dipermudahkan oleh-NYA.. Amin..

SELAMAT TAHUN BARU 2016

Salam 1 Malaysia ^_^

Fuhhh...fuhh.. fuh.. lama betul tinggalkan teratak usang ni.. Rindunya dengan semua orang..  Ada yang rindu Cik Mimie tak? heee.. maaf sebab menghilangkan diri buat seketika, perlu menguruskan beberapa perkara.. Firstly, Cik Mimie nak minta maaf sebab lama tak jengah-jengah & intai-intai blog U Olls semua. Then, Pengomen Tegar untuk bulan lepas pun tak dikeluarkan lagi.. Maaf sangat-sangat, insyaAllah akan perlahan-lahan BW blog-blog U Olls ye :D

So, ini adalah entry pertama untuk Tahun Baru 2016 baru sekarang Cik Mimie nak post. Sudah 12 hari berlalu..hehehe.. janji post kan? teettt.. xde apa yang nak dibebelkan, just nak ucapkan selamat tahun baru kepada U Oll semua :)


p/s : Tahun baru dengan status baru.. :D
300 x 250