-->
728 x 90

CARI APE TU?

Friday, December 11, 2015

Entri Tanpa Kata : Jumaat Yang Indah #52

Salam 1 Malaysia ^_^

Di atas IzinNya dan RahmatNya...Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

Ada Empat jenis golongan manusia...

- Tidak ada lidah dan hati, telah terkunci pendengaran, penglihatan dan mata hati...golongan seperti ini tidak pernah mahu memikirkan Kebesaran Ilahi, tidak pernah mensyukuri nikmat serta RahmatNya..

- Adanya lidah tetapi masih tidak punya hati... golongan yang mencari imbuhan dan ganjaran, hipokrit, munafik dsbnya..mereka bijak berbicara, mengajak manusia lain menuju kepada Allah, tetapi mereka sendiri lari dpd Allah. Mereka membenci kemaksiatan, dlm masa yg sama mereka bergelumang dgn maksiat.

- Ada hati tetapi tidak punyai lidah..Kebanyakkannya bertaqwa, beriman, mendapat pertunjuk dan hidayah dari-Nya, berusaha menjadi soleh diantara hamba-hambaNya, sentiasa bersyukur dlm semua keadaan, redha, menyeru pada kebajikan dan kebaikan dan sentiasa taat dan sabar..khusuk dan tawadduk..

- Ada hati dan ada lidah..mereka kebanyakkannya pencinta keruhanian, mengembara di alam spiritual samada bersendirian mahupun perkumpulan..Allah jadikan lidah dan hati mereka menjadi gedung ilmu yang amat bernilai, memiliki ilmu-ilmu ketuhanan..Di atas izinNya dan RahmatNya Allah akan menaburkan rezeki ilmu dan membuka rahsia-rahsia Nya yg tidak semua orang memilikinya. Hati dan lidah mereka sentiasa mengingati Allah dalam semua keadaan..terusan rasa kerinduan, dan kecintaan.. SubhanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaha Ilallah, Allahu akhbar

Tidak ada maqam yg lebih dari itu melainkan para keNabian.

Kata Syeikh Abdul Qadir Al –Jailani di dlm sebuah kitabnya Futuuhul Ghaib ( Menyingkap keghaiban ):

“ Telah daku bahagikan manusia itu kpd empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada kamu membuat pilihan serta memeriksa diri kamu sendiri jika kamu mempunyai fikiran. Dan selamatlah diri kamu jika kamu ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah swt membimbing kita menuju kpd apa yg di kasihiNya dan diredhaiNya dalam dunia dan akhirat kelak

Sekadar berkongsi terima dari Whatsapp Group

p/s : Salam Jumaat Buat Semua

3 comments:

  1. salam singgah cik mimie, terima kasih atas perkongsian , moga kita sentiasa memanfaatkan segala kurniaanNya dengan sebaik ya

    ReplyDelete
  2. salam jumaat :)

    ada lidah tp tidak punya hati tuu yg susa >< alahaii. thanks sharing cik mimie :)

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250