-->
728 x 90

CARI APE TU?

Thursday, October 30, 2014

Temuduga SPA 27.10.2014

Salam 1 Malaysia ^_^

Selamat Pagi Semua! Ha, Cik Mimie ada bagitahu kan yang Cik Mimie dapat panggilan temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ). So, 27.10.2014 (Isnin) hari tu Cik Mimie telah pun menghadiri temuduga tersebut..Debor dia jangan cakap la..dup dap dup dap jantung ni sepanjang perjalanan nak ke sana.


Cik Mimie bertolak dari Segamat pada pukul 6.00 pagi dan tiba di Muar pada pukul 7.50 pagi..Nasib baik sempat sebab IV start pukul 8.00 pagi*janji melayu..tteeettt!!.

Hotel Trader Muar
Jawatan yang ditawarkan kepada Cik Mimie ialah Pembantu Khidmat Pelanggan (GRED N17). Ramai jugak calon yang hadir, kalau tak silap ada lah dalam 20 something macam tu. Ramai lelaki dari perempuan tau..heee..So, sementara menunggu sempatla jugak borak-borak dengan calon lain, tak sangka kebanyakkan calon semuanya dari Segamat..hahaha..Hai, Dayah..Hai Nisa :)

Sebelum masuk bilik temuduga, ada 2 orang Encik (tak tahu nama mereka) telah ditugaskan untuk mengambil kedatangan kami semua dan pecahkan kami mengikut panel masing-masing. Ada 2 Panel iaitu Panel A dan Panel B. Cik Mimie Panel A, tak tahu pulak apa beza dengan Panel B sebab jawatan yang ditawarkan pun sama je. Maybe nak mempercepatkan masa temuduga kot. hihihi. 

Selepas kedatangan di ambil dan disusun mengikut giliran, seorang demi seorang dipanggil untuk mengesahkan maklumat dulu dekat 2 orang Encik tadi. Antara soalan yang ditanya ialah :-
  1. Alamat tempat tinggal
  2. Pekerjaan sekarang
  3. Gaji
  4. Pendidikan 
  5. Semak dokumen dan sijil-sijil
Ha, sekarang masa untuk temuduga pulak. Bayangkan dari pukul 8 pagi kami menunggu pukul 10 pagi baru calon dipanggil masuk ke bilik temuduga. Cik Mimie calon yang keenam a.k.a calon perempuan terakhir tau. Lepas Cik Mimie semua calon lelaki pulak. Nak tahu tak pukul berapa Cik Mimie dipanggil? Ha, pukul 12.30 tengah hari.*memang kematu duduk menunggu kat dalam tu..hohoho.. Sebelum masuk bilik temuduga ada sedikit taklimat yang diberi.
  1. Apabila dengar bunyi loceng calon perlu ketuk pintu, masuk serta bagi salam.
  2. Serahkan Dokumen dan Sijil-sijil kepada penemuduga paling kanan sekali.
  3. Soalan-soalan yang akan ditanya ialah :-
  • Biodata diri
  • Pengalaman Kerja
  • Pengetahuan Agama
  • Isu Semasa (Johor)
  • Pengetahuan Am
  • Pengetahuan Jawatan yang Ditawarkan
*Masa Temuduga antara 20 ke 30 minit seorang.
    Sekarang Cik Mimie nak share soalan yang ditanya kepada Cik Mimie. Mana tahu ada yang dipanggil oleh SPA boleh prepare awal-awal :)
    1. Biodata Diri Cik Mimie
    2. Pengalaman Kerja
    3. Pengetahuan Am
    • Namakan 3 Menteri yang berasal dari Negeri Johor.
    • Apakah Nama Sultan Johor
    • Apakah Nama Tengku Mahkota Johor
    • Namakan kesemua Perdana Menteri Malaysia.
    • Lagu Negeri Johor Dikenali Lagu Apa? *yang ni Cik Mimie tak tahu jawapan dia.. =_=" Jawapan dia "Lagu Kebesaran Negeri Johor".
         4. Isu Semasa
    • Namakan Isteri TMJ
    • Felda vs JDT siapa menang? Berapa Score?
    • Johor ada berapa Daerah namakan Daerah baru  Negeri Johor.
         5. Pengetahun Agama
    • Surah AL-fatihah ada berapa ayat? Jawapan 7 ayat
    • Sebutkan ayat pertama dalam Al-Quran. Jawapan Bismillah
    • Islam sinonim dengan angka 7. Nyatakan apa yang berkaitan dengan angka 7 di dalam Islam. Jawapan : Saie - ulang alik 7 kali antara Safa dan Marwah, Tawaf Kaabah 7 Kali, Samak sebanyak 7 kali, Sujud 7 anggota 2 ibu jari kaki, 2 lutut, 2 tapak tangan dan 1 dahi. 
    • Keistimewaan orang musafir - Jawapan Jamak Qasar
    • Rukun sembahyang ada berapa? Jawapan 13 rukun
    • Perbuatan ketika mengerjakan haji dipanggil apa? Jawapan Rukun Haji
     Inilah diantara soalan yang ditanya kepada Cik Mimie tempoh hari, alhamdulillah boleh la..tak confident sangat boleh dapat sebab calon ramai sangat. Apa-apa pun berserah pada ALLAH :)

    Kesian Incik kesayangan dan adik beliau sebab kena tunggu Cik Mimie dari pukul 8 pagi tu, pukul 1 baru Cik Mimie selesai.


    p/s : Ini entry paling panjang rasanya Cik Mimie taip..hahaha..

    12 comments:

    1. semoga berjaya..tahniah dah harungi temuduga..pengalaman yang bagus juga tu..

      ReplyDelete
    2. lamanya baru turn. jenuh menunggu kan?
      thanks for sharing. banyak lagi yang tak cover untuk exam online. kalau tanya pasal bola memang kompem tak tau. hehe

      apa2 pun, semoga berjaya! ^_^

      ReplyDelete
    3. Felda vs JDT siapa menang? Berapa Score?

      ha, dia tanya soalan ni? -.- mampus den nak nak jawab kalau ada temuduga dok p tanya soalan ni. adoi...

      alhamdulillah. yang penting berjalan dengan lancar.. and confident! hehe.. semoga cik Mimie dapat jawatan ni. aamiin :)

      ReplyDelete
    4. saya klik2 lagi nuff2 cik Mimie. hehe

      ReplyDelete
    5. unpredictable jugak ea soklan2 die. kalo nadia xtau la lepas ke tak nak jwp...hehehe

      ReplyDelete
    6. wow best nye cik mie... Good luck luck cik mie...
      may all the best things comes true kayh.. fighting!! keep doa..
      miss u too.. heheh!! :P :P

      ReplyDelete
    7. mcm susa jugek soalannya.. huhu pasal bola pon ade ek? kalo nadyya mmg fail kot -.-'

      ReplyDelete
    8. Fuhhh mau berpeluh ayu.kalau tny soalam2 cmtu...
      Reject kene tendang awal2...
      Mule2 mmg la.igt..
      Tp.bile npk penemuduga trs hilang

      ReplyDelete
    9. Uish soalan hebat gak ni. Bila tau result? Hehe

      ReplyDelete

    sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

    300 x 250