-->
728 x 90

CARI APE TU?

Saturday, November 23, 2013

Cuti Hujung Minggu Johor pada Jumaat & Sabtu 2014

Salam 1 Malaysia ^_^

Entry ini khas untuk semua rakyat, blogger-blogger dan pembaca dari Johor. Kenapa Cik Mimie cakap macam tu? sebab Cik Mimie nak berkongsi mengenai cuti hujung minggu untuk semua rakyat Johor yang bakal jatuh pada hari Jumaat & Sabtu bermula 1 Januari 2014.

Untuk pengetahuan semua, semalam iaitu 22/11/2013 merupakan Hari Keputeraan Sultan Johor yang ke-55. Bertempat di Muar, Johor semalam baginda telah bertitah bahawa cuti hujung minggu bagi negeri Johor akan bertukar pada Jumaat & Sabtu. Ini bermakna Ahad Kakitangan Awam Johor kembali bertugas seperti di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada hari Ahad hingga Khamis. 

Daulat Tuanku..



"MUAR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.


Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang. "


Pada semua rakyat Johor adakah anda menerima pertukaran ini? Meh kongsi-kongsi meh!!


Sumber dari Berita Harian Online

p/s: Cik Mimie pun orang Johor jugak..hehehe v(^_^*)

No comments:

Post a Comment

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250