-->
728 x 90

CARI APE TU?

Tuesday, August 12, 2014

Tak Boleh Makan Kicap

Salam 1 Malaysia ^_^

Wah, hari ini idea untuk menulis tu macam banyak pulak. Semalam langsung takde idea..hehehe. Alhamdulillah ^_^. So, hari ini Cik Mimie nak story-mory pasal cerita hari Ahad hari tu. Cik Mimie pergi berubat cara Islam di Felda Sri Jaya, Tangkak, Johor dengan Abah Cik Mimie. Perjalanan ke sana ada la dalam 30 minit macam tu dari Segamat, Johor. Tak jauh pun. Pagi tu dalam pukul 11.30 Cik Mimie bergerak dengan Abah so, sampai sana dalam pukul 12.00 tengah hari. Sampai-sampai je dah ramai orang menunggu untuk berubat dengan En.Rani ni. Actually, Cik Mimie malas nak pergi tapi Abah Cik Mimie suruh jugak.

Cik Mimie takde la sakit teruk mana juz batuk je yang tak henti-henti. kalau u oll nak tahu batuk Cik Mimie ni dalam 1 tahun melarat sampai 7-8 bulan tau. kekadang tu straight 1 tahun. Ubat jangan cakaplah macam-macam dah makan, tapi still sama jugak. Jumpa doktor, doktor cakap batuk biasa then bagi ubat batuk. Sampai 1 tahap tu Cik Mimie malas dah nak g checking mana2. Tapi tahun ni batuk dia makin teruk, tak boleh sejuk sikit mesti batuk macam nak pecah dinding rumah tu =_=". So, Abah Cik Mimie apa lagi ajak gi berubat cara Islam. Mana tahu ikhtiar kali ni berjaya katanya. *nak taknak kena pergi jugak la -_-'

Semasa rawatan tu kita diminta berbaring dan dia akan tanya kita sakit apa, kalau sakit pinggang, pinggang la dia rawat. Kalau sakit kaki, kaki la dia rawat. Bagi sakit Cik Mimie yang batuk ni, En.Rani rawat dibahagian kerongkong/tekak. Dia urut & tekan korongkong/tekak Cik Mimie. satu sesi rawatan ada 8 orang pesakit yang dia rawat. setiap seorang tu dirawat dalam masa 15minit. Owh, lupa nak bagitahu sebelum datang tu kita perlu bawa sebotol atau lebih air masak. Ok, setelah selesai Cik Mimie dirawat. Dia baca something pada air yang Cik Mimie bawa tadi. Then part ni yang Cik Mimie tak boleh lupe, pantang larang Cik Mimie.

En.Rani bagitahu "Kerongkong awak ada masalah sikit saluran sempit dan ganggu pernafasan itu yang buat tekak awak gatal dan batuk. So, dalam 2 minggu ni awak kena berpantang sedikit tak boleh makan TEBU, TEMBIKAI, NENAS, BUAH LAI, AIR GAS, AIR BATU &......"*yang ni memang Cik Mimie rase macam susah sikit, favourite Cik Mimie ni kot KICAP hhhhuuwaaaaa T_T. 



Pastu die minta 2 minggu lagi datang balik untuk pemeriksaan kali kedua. So, hari ni dah masuk hari kedua berpantang. Air yang Cik Mimie bawa tu dia minta minum 1 cawan pagi & 1 cawan malam. So far, tekak rasa kurang gatal tapi batuk still lagi ada. Hope, batuk ni tak lah kronik sangat dan semoga Cik Mimie cepat sembuh. Tak salah kita berikhtiarkan, mana tahu dengan cara ni sakit kita akan sembuh. Tapi, apa-apa pun doa pada ALLAH itu perlu jangan sesekali lupa pada-NYA. Cik Mimie anggap rawatan ni salah satu cara ALLAH bantu sembuhkan penyakit kita.

#SakitAdalahSatuUjianDariALLAHBagiMenghapusDosa-dosaKecilHambanya
#EntryPanjangPulak

p/s : Hari ini Iman sedikit tergugat sebab mak masak lauk pucuk manis masak KICAP. Favourite tu..Menci~ - _ -"

14 comments:

  1. laaa siannyaa.. smoga cepat sembuh ye cik mimie.. bahaya gak batok tuu mlarat.. nadyya batok kejap pon rasa tseksa la jugak >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nad :) Actually, batuk ni dah bertahun2 da..minum air masak pun stil xilang2 jugak..dah pantang bayk da kot T_T

      Delete
  2. xpelah cik mimie. nak buat macam mana kan. dari sakit ttu melarat, susah lak...

    saya dulu pun kes sama juga kena berpantang. cuma bukan sebab batuk, tapi resdung. 2 tahun x makan seafood T__T

    semoga cik mimie cepat sembuh ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula, dah penat da ni asyik batuk2 je..sampai bos and ofismate pun naik risau tengok tak elok2. T_T

      Cik Mimie pun ade resdung jugak p itulah degil xnk berpantang..hehe..

      Terima kasih Amy J :)

      Delete
  3. get well soon mimie... akak selalu confuse cik mimie ngan pink ummi.. sebab nama sama mimi.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..Kak KM suka kompius2 tau.. Mesti salah orang jugak ni kan? hehehe :p

      Delete
  4. Peminat kicap rupanya... Moga cepat sembuh yer ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahak, peminat tegar dari kecik sampai besar :)
      Tapi skrg tak boleh makan T_T

      Delete
  5. Emm. semoga cepat sembuh. ^^ allah nak test kita. syafakillah. :)

    ReplyDelete
  6. ya allah.. sampai macam tu skli batuk awak.. terukk eaa... npe tak try je cre2 perubatan lain... batuk2 nie laa sakit dy payah sikit..sbb bru batuk2 sehari dua..dh rse mcm lemah gle sgt dh bdn..nie kan pula bertahun.. ppe pon, smga batuk cik mimie tu beransur pulih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah macam2 dah cuba awak..tapi still sama je T_T. Bukan badan je lemah, dada ni pun turut sakit jugak bila batuk tu.. :(

      Hope doa2 dari kalian buat batuk Cik Mimie cepat sembuh..

      Terima kasih T_T

      Delete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250