Salam Jumaat ^_^
Sejarah Solat 5 Waktu
Nabi Muhammad SAW merupakan
nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah
jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad
telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan
kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat
tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut
diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
Subuh:
Manusia pertama yang
mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari
syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan
dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar,
Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari
kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Zohor:
Manusia pertama yang
mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah
memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu
datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak
empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:
Manusia pertama yang
mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh
Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi
pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus
lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah
SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
Maghrib:
Manusia pertama yang
mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan
oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah
terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana
diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah
yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:
Manusia pertama yang
mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah
tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh
dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya
itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat
sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda
dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
p/s : Kopi pasta :) Sharing Is Caring
No comments:
Post a Comment
sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda