Salam 1 Malaysia ^_^
Alhamdulillah, semalam Cik Mimie telah selamat sampai ke kampung (Segamat). huhu, rasa seronok sangat bila dapat berjumpa dengan family tercinta. Tengok keletah anak-anak buah, terubat sikit rindu dengan mereka semua.
Selepas ini dapatlah Cik Mimie luangkan masa dengan mereka semua, memandangkan pengajian Cik Mimie telah pun tamat. *3 tahun di tempat orang, sekejapnya masa berlalu. Sekarang, adalah masa untuk Cik Mimie menghadapi dengan dunia pekerjaan pula.*haiish, takut pun ada. Tapi, nak kerja apa ye?? kerja x cari lagi ni, apply pun tak.*mimie, mimie, apa nak jadi dengan ko ni!!
My sista suruh apply je apa-apa kerja, dia cakap cari lah pengalaman dulu. Nanti baru fikir kerja yang kita nak. Sekarang pun ramai orang nak pekerja yang berpengalaman, kalau setakat graduan macam Cik Mimie ni memang tipis lah peluang nak dapat kerja ni. *hhmmm, minta2 adalah rezeki Cik Mimie..amin!! ^_^
Rasa macam tak percaya jer, yang Cik Mimie dah habis study. 3 tahun kat negeri orang, rasa macam semalam baru daftar dan kenal dengan member2 Cik Mimie. *I'll miss u guys, korang member yang paling best aku kenal. Terima kasih untuk semuanya dan aku nak minta maaf banyak2 kalau sepanjang perkenalan kita ada salah dan silap yang aku buat kat korang. Halalkan apa yang patut yer!! DBS tetap dihati!! bila nak poya2 lagi?? hehehe ^_^
Bagi yang nak sambung belajar tu, aku doakan semoga korang berjaya tau, dan bagi yang akan menempuh alam pekerjaan pulak. Chaiyok2 beb!! Semoga jadi pekerja yang cemerlang. Doakan aku disini juga tau. hehe..
P/s: Selamat menempuh dunia baru wahai rakan-rakan ku..^_*
No comments:
Post a Comment
sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda