-->
728 x 90

CARI APE TU?

Saturday, June 3, 2017

Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

Salam 1 Malaysia ^_^


SILA KLIK BANNER DI ATAS JIKA MAHU MENANG DUIT RAYA!

Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga semua ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t. Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati sekalian dengan secara rasminya melancarkan Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan duit raya dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

RM20 X 11 pemenang
RM10 X 13 pemenang
Selendang Rindu X 2 pemenang
Stokin Tangan dan Stokin Silvy X 2 pemenang
Pre-loved Novel X 2 pemenang
Kad Raya untuk peserta terpantas dan terakhir!

Kesemuanya 32 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog dan Google+ penganjur dan penaja-penaja berikut:

* Abam Kie
* Ceritera Ibu
* Shafyqah Azahar
* Dearies Couple
* Jiakreatifelt
* Lovely Sunshine
* Saghah Cheeky Lady
* Sedetik Seketika
* Lea Azleeya
* Queen Bee
* irrayyan.com
* Kasihku Amani
* Hazrina Halim
* Mia Liana

2. Follow instagram berikut. (Bagi peserta yang ada akaun IG sahaja)

* Najiah Shaharain
* Abam Kie
* Mardhiyyah Rosli
* Shafyqah Azahar
* irrayyandotcom
* mialiana

3. Like Facebook berikut. (Jangan kata anda tak ada akaun FB!)

* Ina Azzahra
* Ayuni Dibble
* Handsock Murah dan Cantik
* Mialiana.com


4. Buat entri bertajuk Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

5. Salin dan tampal kod HTML yang disediakan

6. Terbitkan

7. Tinggalkan pautan entri giveaway anda di ruangan komen entri SINI sahaja

8. Siap!

Pastikan anda mematuhi segala syarat yang dinyatakan. Boleh follow blog2 di atas tu sikit2. Lama2 habis la. Honesty is the best policy. Kerjasama rakan2 blogger amat diperlukan dan Abam Kie akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi menyertai GA ini. Selamat maju jaya dan selamat menyempurnakan ibadah puasa pada tahun ini!

Jom klik di SINI jika nak join Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals.

Tarikh Tamat : 16 June 2017

Kek Butter Kurma - Juadah Sampingan Berbuka

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini merupakan hari ke-8 kita menyambut bulan Ramadhan, terasa pantas masa berlalu. Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat di bulan mulia ni kan? :) So, untuk entry hari ini Cik Mimie nak berkongsi resepi yang sangat simple untuk buat Kek Butter Kurma yang sangat sedap! :)

Semalam Cik Mimie berbuka di rumah Family bersama adik beradik yang lain. So, petang tu Cik Mimie decide nak buat Kek untuk juadah sampingan. Memandangkan bulan puasa ni, so memang orang akan makan buah kurma betul tak? Cik Mimie pun apa lagi, terus buat Kek Butter Kurma. Dapat juga bantu memberi tenaga dan mengenyangkan perut. Tunggu apa lagi? Check it Out!!!

Kek Butter Kurma
Bahan-Bahan yang diperlukan :
  • 1 Buku Buttercup (250gram)
  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 3/4 Cawan Gula Pasir
  • 1 Sudu Serbuk Penaik
  • 1 Sudu Esen Vanila
  • 4 Biji Telur
  • 10 biji buah kurma (dibuang biji dan dipotong kecil)
Cara-cara membuatnya :
  1. Panaskan Oven dan juga loyang dalam suhu 180C lebih kurang 15 minit.
  2. Masukkan Butter, Gula dan telur di dalam mixer dan pukul sehingga semua bahan sebati. (Nak guna manual whisk hand pun boleh :)
  3. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Pukul lagi.
  4. Bila adunan dah sebati masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, serbuk penaik dan juga buah kurma. Gaul adunan sehingga rata.
  5. Keluarkan loyang dan sapukan permukaannya dengan sedikit butter.
  6. Masukkan adunan kedalam loyang dan ratakan. Kalau nak letak hirisan buah kurma diatas adunan pun boleh, macam Cik Mimie buat ni :)
  7. Bakar adunan menggunakan suhu 180C masa lebih kurang 30 minit. (Mengikut Oven masing-masing ye)
  8. Siap dan sedia untuk dimakan.. Nyum3!!
P/s : Selamat mencuba, jangan pula ada yang nak buka puasa baca entry ni..heheheh :D

Thursday, June 1, 2017

Menang Giveaway SGshop RM1000 Free Shopping Credit

Salam 1 Malaysia ^_^


Alhamdulillah rezeki di bulan puasa, tak sangka penyertaan 'last minute' memberi tuah rupanya. Terima kasih kepada pihak penganjur Giveaway ELIPJAPAHAR dan jugak Incik Random.org sebab memilih Cik Mimie menjadi salah seorang pemenang. Seronok tak terkata rasanya :)



Bagi yang belum semak lagi senarai pemenang GA ini boleh KLIK SINI :)

p/s : Tahniah kepada pemenang-pemenang lain :D
300 x 250