-->

Pages

Monday, February 17, 2020

KOTAK KEINGINAN SUDAH HAMPIR PENUH

Salam  Malaysia ^_^

Fuhh...fuh.. fuuh... tiup habuk-habuk dekat blog yang dah lama ditinggalkan ni.. teringat time study dulu, assignment blog lecturer suruh created.. every month kna post satu entry, sapa takde entry mesti lec akan cakap "blog siapa yang bersawang tu jangan lupa bersihkan ye.." hahahaha.. blog Cik Mimie bukan bersawang lagi ni dah tumbuh semak samun, entah-entah ada hantu. oppss!

Assalamualaikum, hai semua.. ada yang rindu Cik Mimie tak, Cik Mimie pun rindu U Olls jugak.. Maaf la dah jarang menjengah ke sini. Skill nak buat blog ni pun da lupa..adoyaiiii... hahahaha.. maaf, Cik Mimie harus belajar semula nampaknya.. sebab banyak da berubah mengenai blog ni.  =_="

Ok, untuk entry tahun 2020 ni.. Nak cerita mengenai Kotak Keinginan yang Cik Mimie buat untuk diri sendiri. Alhamdulillah, sudah hampir penuh cuma satu je impian tu belum tercapai.. InsyaAllah akan cuba diusahakan.. Chaiyok2 Mimie!!!

Keinginan yang telah tecapai ialah, Cik Mimie dah berjaya membeli rumah sendiri. Alhamdulillah, Allah mudahkan segala proses untuk memilik rumah itu, walaupun kecil tapi cukup selesa buat keluarga kecil Cik Mimie. Actually, rumah tu dah berjaya Cik Mimie dapat hujung April tahun lepas. lebih kurang 5-6 bulan jugak la untuk settlekan segala prosesnya dari pinjaman bank ke lawyer dan seterusnya pemaju.

Now, officially Cik Mimie dah berpindah ke rumah baru hujung bulan lepas. Alhamdulilah seronok rasanya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan Cik Mimie dan suami dalam memiliki rumah ni,.

Nanti Cik Mimie cerita lagi ye, berhenti disni dahulu.. :)

p/s : Sedikit Terkilan Arwah abah tak sempat nak tengok dan duduk dekat rumah baru Cik Mimie.. Alfatihah untuk arwah abah Md.Yusop Bin Kasim (Sentiasa dihati)


8 comments:

  1. rindu cik mimie gak hihihi.. semoga dipermudahkan keinginan CM yang satu tu...al-fatihah buat arwah abah CM jugak

    ReplyDelete
  2. wahh tahniah Cik Mimie, salam perkenalan #follow sini

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah... dah hampir penuh kotak keinginan Mimie.. tģgl 1 je lagi.. tahniah mimie... dah tinggal di rumah sendiri

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum sis Norshamimi, Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.

    Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI


    Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.. slowly but surely kalo bab bab impian ni. pelan2 kayuh..
    Cik Mimie rajin2 laaa update blog balik =)

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda