-->

Pages

Wednesday, March 6, 2019

2019 Yang Mencabar : Rindu Anda Semua!

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai semua, Ya Allah lama betul Cik Mimie tinggalkan dunia blogging ni. Satu update post pun takde, maaf ye semua. Komitmen semakin besar sekarang ni. Almaklum la, dah jadi isteri dan ibu ni tanggungjawab pun makin bertambah.

Kite kena pandai manage masa, mana nak kena uruskan. Alhamdulillah, Cik Mimie dikurniakan seorang anak lelaki pada tahun lepas. Sekarang da berumur 10 bulan, sekejap betul masa berlalu. Muhamad Nazeem pun semakin membesar dengan sihat dan bijak. Banyak akal da sekarang budak ni.hehehe..

Buat rakan-rakan blogger yang da lama Cik Mimie tak bertegur sapa dan jengah rumah masing-masing tu. Harap takde la kecik hati ye, nanti InsyaAllah ada kelapangan Cik Mimie cuba untuk blogwalking satu-satu. Serius, rindu giler dengan semua..

Dan ramai lagi rakan-rakan blogger yang Cik Mimie rindu nak chatting-chatting. Haish, berair pulak mata ni bila ingat balik zaman aktif berblogging dulu. Satu bulan beratus entry dulu boleh tulis, sekarang nak buat satu entry pun terkial-kial.. huwaaa T_T

Okla, curi masa sekejap je ni. Nak sambung kerja semula. :D


p/s : Ada yang ingat Cik Mimie tak?

17 comments:

  1. Dahulukan yang utama..kemudian intai-intailah lainnya bila ada sedikit waktu dan ruang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, betul tu PC.. dahulukan mana yg penting :D

      Delete
  2. Kalu dah nama pon suri rumahtangga memang kebusyian laa manjang kan... Tapi... At least Cik Mimie tak lupakan SS... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... apa boleh buat kn SS.. Cik Mimie masih bekerja lagi.. tu yang x sempat nk jenguk blog..hihihi..

      Mana boleh lupa otai2 dalam blog ni.. :)

      Delete
  3. SS pon dah lama sebenornya tak blogwalking... Just walking kat blog sendiri jek... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... SS balas kunjungan and comment kt sini pun Cik Mimie dah teruja da.. :D

      Delete
  4. semoga dipermudahkan urusan untuk kembali update blog semula dan kembali berukhwah dengan blogger lain. hehhehe ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. InsyaAllah, mudah2an ada sedikit masa tok blog nanti.. Thank you Umi :)

      Delete
  5. RIndu Cik Mimie gak.. akak pun dah jarang blogwaking blog update jah hahaha.. nak kembali macam rasa macam2 dulu mikir banyak kali.. hihihi

    ReplyDelete
  6. Cik Puan Mommy Mimie! Rindunya! Akak ingat Cik Mimie dah tak blogging. Rindu kan zaman aktif dulu2. Akak pun sekarang susah sangat nak cari masa untuk blog. Nway, salam peluk cium untuk anakanda Nazeem 😊

    ReplyDelete
  7. Jawab soalan last tu - Of course akak ingat Cik Mimie :)

    ReplyDelete
  8. welcome back Puan Mimie.. hehe.. takpe slowly nanti kita catch up eyh =D

    ReplyDelete
  9. ehem nama kite takde pun huk3 =P
    welkem back cik mimie hehe

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda