-->

Pages

Friday, May 19, 2017

Resepi Asam Pedas

Salam 1 Malaysia ^_^

Jom!! Sertai Peraduan Lazada Ramadhan Raya Blogger & Memenangi Baucer Membeli-belah Lazada!



Gedung Membeli-belah secara atas talian @ Online iaitu LAZADA, telah menganjurkan beberapa peraduan untuk Blogger bersempena Bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang tak lama lagi. Cik Mimie pasti semua blogger tahu mengenai peraduan ini. Ha? ada yang tak tahu? takpe-takpe U Olls, boleh KLIK SINI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Peraduan dari LAZADA :)

Bersempena Bulan Ramadhan yang tinggal beberapa hari je lagi akan menjelang Lazada ada menyediakan Jualan Ramadhan Lazada dimana U Olls boleh menikmati Diskaun Istimewa sehingga 90% yang berlangsung selama dari 16 Mei sehingga 30 June 2017.

<KLIK BANNER>
BAGAIMANA NAK SERTAI PERADUAN LAZADA RAMADHAN RAYA BLOGGER?

Peraduan ini bermula dari 19 Mei sehingga 25 Jun 2017 selama 4 minggu. Peserta yang ingin menyertai perlu memilih salah satu atau boleh menyertai lebih dari satu topik berbeza yang telah Lazada sediakan pada setiap minggu. So, ini bermakna ada 4 topik yang U Olls boleh pilih untuk tulis di blog U Olls mengikut tarikh pertandingan yang ditetapkan. Sebagai contoh, bermula minggu ini iaitu 19 Mei sehingga 1 Jun 2017 artikel yang perlu U Olls tulis ada mengenai masakan kegemaran semasa berbuka puasa, kongsikan resepi dan pilih produk di Lazada yang boleh membantu U Olls menyediakan masakan U Olls. Ha, mudah je kan? Tajuk article adalah nama resepi U Olls :) setiap article yang telah di post perlu emelkan link ke contest@lazada.com.my dengan seubjek: Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest.

HADIAH - LAGI BANYAK PENYERTAAN, LAGI RAMAI PEMENANG!!
  1. Kurang dari 100 penyertaan (15 Pemenang) - 15 x RM100.00
  2. Lebih dari 100 penyertaan (20 Pemenang)  - Pertama = 1 x RM400.00, Kedua = 8 x RM150.00 & Ketiga = 11 x RM100.00
  3. Lebih dari 200 penyertaan ( 50 Pemenang) - Pertama = 1 x RM500.00, Kedua = 16 x RM150.00 & Ketiga = 33 x RM100.00
  4. Lebih dari 300 penyertaan (80 Pemenang) - Pertama = 1 x RM600.00, Kedua = 35 x RM150.00 & Ketiga = 44 x RM100.00
Berita baik untuk U Olls, setiap minggu Lazada akan memilih3 pemenang bertuah untuk memenangi Baucer Membeli-belah dia Lazada setiap seorang!!

Pergh, betul-betul awesome bukan? so, tunggu apa lagi jom lah kita memeriahkan lagi peraduan dari Lazada ni. Mana tahu ada rezeki buat kita :D 

PERADUAN LAZADA RAMADHAN RAYA BLOGGER

A.  Apakah masakan Iftar kegemaran anda?
     (What are your favourite Iftar dishes?)

   Asam Pedas

B. Kongsikan resepi masakan tersebut.
     (Share the recipes of the dishes)

Bahan-bahannya :
  1. Ikan @ ayam (ikut selera anda)
  2. Segengam cili kering (ikut kepedasan masing-masing) *
  3. 2 biji bawang besar *
  4. 4 ulas bawang putih *
  5. 1 inci kunyit hidup *
  6. 2 inci halia *
  7. 2 cawan air 
  8. 1 Cawan air asam jawa
  9. 1 sudu besar kunyit serbuk
  10. Garam dan perasa tambahan
  11. Minyak untuk menumis
Cara-cara menyediakannya :
  1. Kisar semua bahan yang bertanda (*)
  2. Panaskan minyak dalam kuali
  3. Tumis bahan kisar dan serbuk kunyit sehingga naik minyak
  4. masukkan air, air asam jawa, garam dan perasa tambahan.
  5. Setelah air mendidih masukkan ikan @ ayam (kalau nak kuah lebih boleh tambah air)
  6. Masak sehingga kuah mnjadi pekat sedikit.
  7. Siap dan sedia untuk dihidangkan :)

C. Apakah jenis produk yang boleh anda temui di Platform Lazada untuk membantu anda        menyediakan masakan?
  (What kind of products can you find on Lazada's Platform to help you prepare the       dishes?)

Lazada ada segala-galanya, dengan Lazada Cik Mimie jimat masa tak perlu ke shopping mall untuk mendapat produk yang Cik Mimie inginkan. Lazada juga memudahkan Cik Mimie untuk menyediakan juadah berbuka puasa, hanya cari sahaja di Platform "Ramadhan Bazar" dan "Ramadhan Home" yang mana harga yang ditawarkan sangat-sangat berbaloi!! :D



Di ruangan "Riang Ria Raya Groceries Cooking" menyediakan pelbagai produk yang Cik Mimie inginkan. Sebagai contoh perasa tambahan dan juga serbuk kunyit ni. Wah, free shipping lagi U Olls memang puas hati :)



Selain itu di ruangan "Riang Ria Raya My Ramadhan Home Kitchen" juga Cik Mimie boleh dapatkan peralatan dapur yang gilerrrr murah harga dia. Baru semangat nak memasak kalau dapat beli GTE 4 set Non Stick Alat Memasak :D





So, kepada U Olls yang tak join lagi. Boleh join peraduan dari Lazada ni.. CEPAT-CEPAT :)

p/s : Semoga ada rezeki buat kita semua ^_^

4 comments:

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda